CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Janganlah Kereta Putih Dan Tinted", Sekali Betul! Anak Nyaris Nak Kena Culik..

2-3-2018 11:38 AM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 4400| Komen: 16|Original author: Oleh: Whitney


Zaman sekarang, anak yang ada depan mata pun boleh jadi macam-macam. Anak hendak main basikal di luar rumah, takut kena culik. Hendak main di taman permainan pun risau juga kerana sudah tidak selamat. Sebagai ibu bapa, kita harus sentiasa memastikan anak tidak terlepas daripada pemerhatian ketika berada di tempat awam terutamanya ketika berkunjung ke tempat yang ramai orang seperti pasar malam, pasar raya dan pusat membeli belah.

Baru-baru ini, seorang pemilik akaun Facebook yang dikenali sebagai Fadillah Nur telah melalui detik yang mencemaskan. Dia singgah untuk makan di sebuah RNR bersama suami dan anak-anaknya. 

Ketika sedang menunggu suaminya membelikan makanan, ada tiga orang lelaki yang sangat mencurigakan asyik memandang anaknya dengan padangan yang sangat tajam. Dia berasa takut dan sangat tidak selesa ketika itu. 



Seorang ibu memang dapat rasa jika anak-anak berada dalam keadaan tidak selamat. Instinct tu sangat kuat!


Akibat terlalu cemas, dia cepat-cepat peluk anak dengan kuat dan letak di atas riba.



Netizen yang membaca kisah yang dikongsi itu turut berasa takut dan masing-masing berpesan supaya lebih berhati-hati selepas ini. Sekarang ini jenayah menculik kanak-kanak berleluasa dan kejadian culik boleh berlaku di mana-mana sahaja. 



Setuju dengan komen netizen ini. Kadang kala, walau pun anak-anak ada didepan mata tetapi mata kita asyik memandang telefon, ia adalah satu kecuaian. Jadi, apabila berada di tempat awam dan terbuka, janganlah leka tetapi sentiasa memerhatikan pergerakan anak-anak dan orang-orang sekeliling yang mungkin sedang memerhatikan.   



Ibu bapa atau penjaga harus memantau setiap gerak langkah anak-anak walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Ini bagi memastikan mereka berada di dalam zon yang selamat. Semoga ibu bapa mengambil iktibar dan pengajaran daripada perkongsian ini. - CARI 

13

Bagus
9

Marah
8

Terkejut
9

Sedih
7

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (51 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zulka 2-3-2018 11:52 AM
mana ada tinted pun clear je cermin tu..hmm
Quote CiliPadiSedap 2-3-2018 12:11 PM
zulka replied at 2-3-2018 11:52 AM
mana ada tinted pun clear je cermin tu..hmm

tu bukan kereta estima tu perodua lazada dan tidak tinted.
Quote idakamaruddin 2-3-2018 12:15 PM
ye ye je acik ni

Quote Artemesiaa 2-3-2018 12:33 PM
Bagus ler tu ada yang nak mengingatkan kalau kat tempat awam jangan asyik layan phone je lebih kan perhatian pada anak2 lebih baik lagi.  Jenayah kalau nak jadi tunggu masa kalau ada yang leka je.
Quote prettyuglybabe 2-3-2018 12:36 PM
ni hasanah versi satay kah..
kedai pun bukan kat elmina..
takkan la takde snap gambar kereta dgn plate number..
Quote beloomberk 2-3-2018 01:46 PM
bodoh jgk lah penculik2 kt malaysia ni..dh tau smua org dok heboh keta putih n van putih suka dok mnculik..masih lagi gna kenderaan putih..

xpon ni another attention seeker..kak hasanah wannabe
Quote jazaa100 2-3-2018 03:18 PM
prettyuglybabe replied at 2-3-2018 12:36 PM
ni hasanah versi satay kah..
kedai pun bukan kat elmina..
takkan la takde snap gambar kereta dgn p ...

Yg ni akak tak yah tanya babe.....

Memang hasanah sgt.....
Quote najib888 2-3-2018 04:20 PM
Hasanah versi paranoid android.. ye ye je orang tu nak culik anak dia..
Quote Lollipop111 3-3-2018 01:01 PM
naluri seorg ibu mmg kuatkan... org jahat nh klu nk buat jahat, mmg aura dier kiter dpt raser. nak2x kalau terlampau lamer sebelum dorg nk take action.
Quote Nurul8001 3-3-2018 05:19 PM
Bagus penulisan ni, buat kita sentiasa alert..
Mungkin ada sikit2 hasanah nya, nak nak part seni bela diri, titik lemah, berhubung bagai..

Tapi takpe..kita berjaga jaga lah..ambil kebaikan pada isi tulisannya..
Quote batmana 3-3-2018 05:27 PM
ni klu ada pmpn cantik,merenung somi dia, pstu duk sblh meja dia
pastinya dia pluk somi dia, tak bagi jln

Quote samasam90 3-3-2018 11:18 PM
bod kongsi tular dah boleh tukaq ke kompilasi nur citra hasanah dewata raya karipuley.
Quote ffbeauties 6-3-2018 10:50 AM
Agak agak la nak berhasanah pon.
Kenapa kaya sangat ke cik kak ni sampai budak yg duk makan dengan mak pak pon orang stand by nk culik
Quote SWORKS27 6-3-2018 10:54 AM
aku x kisah kalau dia nak berkarya macam ni pun sekadar untu bagi reminder kat kita semua..
ya..orang jahat memang berada diluar sana..just berhati2 je..
cuma..penulis kena tambah sikit bahan penceritaan tu bagi lebih umph..
sila menuntut dengan cikgu suraya.
tq
Quote SWORKS27 6-3-2018 10:56 AM
dalam penceritaan ini macam menggambarkan si suaminya itu tidak melakukan apa2 saja..
sekadar ..
ok..noted..hmm,makan2..hati2..
si isteri saja yg berkobar2 menjaga keselamatan...

ya..situasi ini pun memang ada juga....
kipidap..
Quote Konahhh 14-3-2018 11:29 PM
Cikgu konah pernah pesan, jangan tengok siapa yg memesan (boleh jd attention seeker) tp tengoklah pada apa yg dipesannya. Kalau baik amalkan, kalau tak tinggaikan gitew. Dalam soal ni, pesanan hakak ni okay je, suruh para parents jaga anak2 jangan meleka jew

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 05:17 AM GMT+8 , Processed in 0.043747 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top