CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Mesir Pasang CCTV, Tangkap Orang Kencing Merata

2-3-2018 01:58 PM| Diterbitkan: Cari-Nurulain| Dilihat: 3679| Komen: 13|Original author: Oleh: Ain

Kalau dah tak menahan tu, di mana-mana pun boleh dijadikan tempat 'membuang hajat'. Terpaksa ketepikan rasa malu. Biasanya kejadian ini berlaku ketika dalam perjalanan jauh dan tiada tempat berhenti.

Pun begitu, ada juga segelintir masyarakat yang tanpa segan silu melakukan perbuatan tidak senonoh ini di khalayak ramai dengan sengaja.





Dan siapa sangka, perkara ini juga berlaku di Mesir!

Sehubungan itu, kerajaan Mesir mengambil langkah memasang papan tanda amaran serta kamera litar tertutup (CCTV) di lorong-lorong dan jalan raya yang sibuk bagi mencegah perbuatan tidak senonoh ini.

Gabenor Kaherah, Ibrahim Saber dalam satu kenyataan berkata, tindakan itu adalah hasil kerjasama antara Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), aktivis serta penggubal undang-undang sebagai langkah menghapuskan tindakan tidak bermoral berkenaan.





Sesiapa sahaja yang didapati membuang air kecil merata-rata akan berdepan tindakan undang-undang, katanya kepada media tempatan Youm 7.

Membuang air kecil di kawasan awam dianggap perbuatan lucah dan boleh dijatuhkan hukuman hingga enam bulan penjara serta denda.




Bagaimanapun, tak semua orang bersetuju dengan kenyataan itu.

 

"Mereka akan tularkan rakaman anda sedang membuang air kecil di Youtube."

 

"Anda rasa, ini akan membuat orang ramai daripada berhenti membuang air kecil di khalayak ramai?"
 


"Saya akan setuju jika kalian sediakan tandas awam."

 
Foto: Twitter
"Bila kita nak berhenti beri hukuman tanpa menawarkan pilihan dan penyelesaian?

"Kita haramkan orang menjaja di kaki lima sedangkan tiada ruang disediakan untuk orang berniaga. Kita haramkan orang dari membuang air kecil di tempat awam tanpa menyediakan tandas!"


Alamak, kalau kencing di kawasan bersemak atau tersembunyi sebab tak tahan sangat, tak mengapalah. Ini sampai di kaki lima atau di kawasan awam pun boleh buang hajat, apa kes? - CARI
33

Bagus
33

Marah
40

Terkejut
33

Sedih
13

Lawak
34

Bosan

Friends Rank (186 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 2-3-2018 02:21 PM
Mana mungkin sebuah negara ereb kencing merata.....mana mungkin... ini agenda yehudi... Takbir !
Quote shernazz 2-3-2018 02:40 PM
Persoalannya

X de rasa malu ke kencing merata ni?
Erm...tamadun mana neh?
Quote batman_2007 2-3-2018 03:00 PM
Kau kena stop buat perangai mcm ni.. nanti kena viral. Hehe @MatDeghem
Quote batman_2007 2-3-2018 03:04 PM
MatDeghem replied at 2-3-2018 03:01 PM
acik kluangman frust tonggeng....fatah amin kawin fazura. tag bg mat merata....harap semua faham & ...

Hati hati ...jgn kencing dinding kubur sudah lah. Hehe
Quote jazaa100 2-3-2018 03:09 PM
MatDeghem replied at 2-3-2018 03:01 PM
acik kluangman frust tonggeng....fatah amin kawin fazura. tag bg mat merata....harap semua faham & ...


Pehal korang berdua ni ek......

Kelakor le pulak....
Quote MatDeghem 2-3-2018 03:17 PM
jazaa100 replied at 2-3-2018 03:09 PM
Pehal korang berdua ni ek......

Kelakor le pulak....

cerita nya......si acik kluangman....peminat tegar hajjah neelofa. Kira Lobenak Hajjah Neelofa lah. Wa kira haters. Acik Kluangman tarak puas hati dgn wa....tag wa merata board

wa layan mana wa mampu lah....


Quote jazaa100 2-3-2018 03:21 PM
MatDeghem replied at 2-3-2018 03:17 PM
cerita nya......si acik kluangman....peminat tegar hajjah neelofa. Kira Lobenak Hajjah Neelofa lah ...

Tak pe lahhh......

Asal korang bahgia....
Quote Artemesiaa 2-3-2018 05:10 PM
Baguslah demi menjamin kebersihan dan kesopanan dikalangan masyarakat.  
Quote swimswim 2-3-2018 07:40 PM
Hancing rupanya
Quote revolusi_30 2-3-2018 08:08 PM
Bangladesh dulu pun mcm ne....lepas tu menteri agama mereka buat inisiatif cat dinding2 tu dgn ayat quran....kurang la juga org kencing....lol
Quote Jorja 6-3-2018 02:12 PM
Perempuan jepun yg workaholic pakai pampers orang tua supaya tak payh ke wc selalu.. sila ambil iktibar kt mana mana orang yg pundi kencing dia dah tak betul.
Quote Girl-N-Roses 6-3-2018 03:39 PM
masa zmn morsi pegang sekejap dulu..ada gak nmpk morsi ni ambil inisiatif nk bersihkan egypt ni..
tup2 sisi ambil alih..buat lh camner pun..kalau dh perangai rakyat serupa firaun..
gi mana2 pun busuk hancing !  

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 06:36 PM GMT+8 , Processed in 0.045493 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top