Membeli-belah secara dalam talian sememangnya memudahkan dan sangat menjimatkan masa serta tenaga. Pun begitu, pembeli harus bersedia untuk menerima risikonya. Kita kena ingat, tak semua imej dipaparkan sama dengan produk sebenar. Apa yang berlaku selalunya adalah produk yang diterima indah khabar dari rupa. Tak kiralah sama ada dari segi kualiti, kuantiti, saiz, warna dan sebagainya. Eh, tunggu dulu! Kadang-kadang kesalahan itu berpunca dari kesilapan diri sendiri yang tidak membaca habis butiran terperinci atau tidak memahaminya dengan jelas. Perkara itu juga berlaku kepada Syairozi Ali yang membeli jek kereta menerusi laman beli-belah Lazada. Malangnya, dia berasa sangat kecewa apabila mendapati saiz jek diterimanya berbeza jauh dari sangkaannya.
"Ni nak jek kereta mainan ke kereta Wira syaitonnnn," tulisnya. Perkongsiannya itu menjadi tular dan sungguh menghiburkan netizen. Kena rendam air panas, baru dia kembang Bagaimanapun, segelintir netizen mendakwa kesilapan itu berpunca dari kecuaiannya sendiri yang tidak membaca keterangan produk berkenaan dengan jelas. Bukan perlu berhati-hati, tapi sila belajar untuk jadi pandai Dah banyak sebenarnya kejadian seumpama ini berlaku. Jadi, sebelum membeli pastikan anda sudah membaca dan memahami dengan jelas butiran terperinci supaya kesilapan sebegini dapat dielakkan. - CARI |
7
Bagus |
8
Marah |
6
Terkejut |
19
Sedih |
11
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
alieyrina: Jap..utk apa tu? Yg kuning tu keta apa? Mainan?
ADVERTISEMENT