CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gantung Rakan Di Bilik Air

5-3-2018 10:35 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3804| Komen: 15

Dua lelaki disyaki membunuh dan menggantung rakan mereka di sebuah hotel bajet di Taman Bandar Baru, Sungai Petani, malam tadi, lapor Harian Metro.


Foto: Harian Metro

Mangsa berasal dari Kajang tiba di hotel itu pada jam 6 petang bersama dua rakan sebelum mendaftar masuk ke bilik di tingkat dua hotel berkenaan, kata Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisiner Saifi Abdul Hamid.

Bagaimanapun, penjaga hotel berkenaan terdengar bunyi seperti pertengkaran dari dalam bilik tersebut pada jam 8.30 malam sebelum dua rakan mangsa tergesa-gesa keluar dari bilik itu dan terus menghilangkan diri.

"Penjaga hotel curiga dengan gelagat dua lelaki tersebut dan terus memeriksa bilik sebelum mendapati pintu bilik terbuka dan terkejut apabila terlihat mangsa tergantung di dalam bilik air dengan wayar elektrik.


"Penjaga itu kemudian cuba membantunya dengan menurunkan mangsa yang ketika itu masih bernyawa sebelum menghubungi hospital dan polis.

"Namun mangsa disahkan mati oleh pegawai perubatan yang tiba kemudian," katanya.

Pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan luka pada dahi serta calar pada badan dan lebam akibat jerutan pada leher mangsa.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati kedua suspek bergegas meninggalkan hotel selepas kejadian.

"Polis sudah mengenal pasti kedua rakan mangsa dan yakin kedua suspek dapat ditahan dalam masa terdekat dan motif pembunahan masih dalam siasatan.

"Mayat mangsa dihantar ke Forensik Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," jelasnya. - CARI
16

Bagus
19

Marah
12

Terkejut
22

Sedih
19

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (100 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Changa 5-3-2018 09:51 AM
kawan pun jangan percaya dek
Quote myakayina 5-3-2018 09:53 AM
dibunuh sebab apa la tu ya..
Quote CiliPadiSedap 5-3-2018 10:10 AM
banyak tgk kl gangster ke ni? jumpa kt bilik hotel, biasa kalau kawan jumpa kt mamak je. habislah hantu vokuru bergentayangan
Quote jazaa100 5-3-2018 10:11 AM
Kesiannya......

Dtg dari jauh tu....entah apa lah yg dorang kelentong sampai mangsa setuju ikut ke alor star....
Quote prettyuglybabe 5-3-2018 10:16 AM
entah-entah dia nak bunuh diri kawan dok halang ke..
Quote mieymiey 5-3-2018 10:31 AM
Tunggu berita selanjutnya. Kenapa 2 kawan tu bunuh dia?
Quote arffa 5-3-2018 10:47 AM
Apa nama hotel tu??
Quote insulin 5-3-2018 10:53 AM
Semoga dua orang pembunuh tu dapat ditangkap dengan secepat mungkin.
Quote alieyrina 5-3-2018 02:18 PM
Cctv merata kut..apa ke bengap sangat nak buat jenayah..dol !
Quote chinta89 5-3-2018 03:46 PM
kenapalah kejam sgt.

dah nak bunuh tu, apesal g hotel? sah2 ade cctv.
Quote kroit92 6-3-2018 01:22 AM
kesian si penjaga hotel tu, mesti trauma
Quote iloveselangor 6-3-2018 01:09 PM
Mesti Melayu ni
Quote EvieWanKenobi 4-6-2018 11:37 AM
kes apa ni sampai bunuh2an?
Quote pavlovachoc 4-6-2018 11:44 AM
suke ati je bunuh2 org ,mmmmm
Quote chazey 4-6-2018 11:48 AM
Changa replied at 5-3-2018 09:51 AM
kawan pun jangan percaya dek

Dulu kan ada kes cikki Melayu mati 'dibunuh' kawan gegirl sendiri di mana kesahnya sheol dah lama tak jumpa childhood fren sheol so pabila dihubungi excited la sheol mahu berjumpa dengan rekan tu.

Meka pon berjumpa di hotel tanpa mangsa ketahui cikki gemok tu dan boiprennya dah menunggu di hotel berniat mahu menyamun mangsa. Sudah la diikat dan disamun, masa cikki gemok tu pi mana ntah bodo namampus tinggalkan boipren tu dengan mangsa, boipren tu naik syahwat lalu pi rogol mangsa then cekik mangsa sampai mati. Now dua2 dah dihukum but tak ingat apa hukumannya.

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 06:48 AM GMT+8 , Processed in 0.148991 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top