CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Anak-Anak Runtuhkan Railing Besi, Si Ayah Masih Asyik Pandang HP..

7-3-2018 12:08 PM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 6547| Komen: 32|Original author: Oleh: Whitney


Bermain itu lumrah dan hak anak-anak yang tidak sepatutnya kita halang lebih-lebih lagi yang berusia 5 tahun ke bawah. Umur kanak-kanak waktu itu sebenarnya belajar lebih banyak dan lebih baik ketika mereka bermain kerana ia dapat merangsang otak agar berfungsi dengan baik dan tubuh mereka lebih cergas. Walaupun anak-anak perlu dibiarkan bermain, ia tetap perlu dipantau sama ada kemungkinan bahaya yang bakal menimpa atau berlaku sesuatu yang akan menyusahkan orang sekeliling.

Seorang pengguna Facebook, Mohamad Feroz Zaini mengulas kisah dua beradik yang bermain dicelah-celah baju jualan sehingga railing besi runtuh. Status asal tersebut dimuat naik oleh seorang wanita beberapa hari yang lalu. Sepatutnya, apabila ibu bapa membawa anak-anak keluar di tempat awam, adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk memastikan kelakuan anak-anak terkawal dan juga berada dalam keadaan selamat. 


Kalau macam ini la sikap suami, isteri nak pilih baju pun tak senang. Minta jagakan anak-anak sekejap pun tak boleh.
 


Kalaulah railing besi untuk sangkut baju-baju itu jatuh tertimpa anak-anaknya, pasti si penjual juga yang dipersalahkan.


Netizen masing-masing berasa geram dengan sikap si bapa yang tidak mengawal anak-anaknya. Dia langsung tidak menghiraukan kelakuan anak-anak walaupun sudah ditegur tetapi asyik dengan telefon pintarnya. Untunglah, ada netizen yang jurujual kat kedai boleh jaga dan layan anak-anak ketika tengah pilih baju tapi tak semua kedai macam tu. 




Benarlah komen netizen ini. Malang tidak berbau. Anak-anaknya bernasib baik kerana tidak ditimpa railing besi tersebut. Bagaimana pun, jika si bapa terus bersikap sambil lewa terhadap anak-anak ketika berada di tempat awam, kemungkinan akan berlaku tragedi yang tidak diingini.

Anak-anak adalah amanah yang wajib dijaga dan memastikan keselamatan mereka. Sekiranya tiada perkara penting, simpan dulu telefon pintar dan perhatikan aktiviti anak-anak ketika berada di luar agar mereka tidak mengganggu orang lain atau meletakkan diri mereka dalam keadaan yang membahayakan. - CARI 

4

Bagus
3

Marah
4

Terkejut

Sedih
6

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (18 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 7-3-2018 12:26 PM
Macam kat US sana, mak masuk Sephora nk beli mekap. Anak dia selamba rosakkan mekap kt rak. Takde nk halang anak dia pun. Mekap rosak dah about $1000.

Quote mizruncing 7-3-2018 12:33 PM
knp la ade parents yg perangai mcm ni. aku plak sedih dgn mentaliti masyarakat skg
Quote Artemesiaa 7-3-2018 12:36 PM
Well said tolonglah mak pak kalau bawak anak gi mall janganlah asyik layan phone je kalau ada benda atau barang jualan yang rosak menyusahkan peniaga je.  Lagi pun kat mall bukan ada bibik nak peratikan mereka buat apa tak pun kalau masih nak layan phone sila bawak bibik sendiri dari rumah
Quote imransulaiman 7-3-2018 12:49 PM
"ISTIMEWA"  punya perangai!
Quote missinpiece 7-3-2018 12:58 PM
Org mcm ni xyah kawin xyah beranak. Mengabiskan beras je
Quote Olleo 7-3-2018 12:58 PM
Aku kadang hairan la org yg addict sgt dgn phone ni. Aku cuba jgk nk jadi mcm dorang..pegi mana2 tgk tepon je.. Tp xboleh.

Bukan la xmain phone langsung bila kt luar rmh, tp sekadar scroll2 then simpan. Itupun kalau time menunggu atau aku sensorang sbb nk hilangkan rasa awkward. Melainkan ada msg yg penting2 perlukan aku jwb dgn kadar segera..masa tu fokus sket lah.. Klau sekadar sembang dlm group, aku mmg xlayan sgt. Bg aku, klau betul penting...org tu akan call aku. Aku lg selesa sembang dgn org yg ada dkt dgn aku time tu atau paling tidak aku tgk org2 sekeliling klau dgn partner sblh xde topik nk disembangkan.

Tp klau sekadar buka fb/ig, mmg aku xbuat time2 kt luar rmh. Paling lama aku pegang phone dan tgk social media adalah masa nk tdo. Itupun rasa senak kepala.

Tp kalau jenis yg ada anak pastu sampai xhirau kt anak2 ni aku mmg xpaham dan meluat tgk. Sambil2 berjalan pun nk main phone semua tu, pun aku nyampah sbb bila ko pandang tepon, ko xkan pandang mana kaki ko melangkah.
Quote sarahmirza 7-3-2018 01:09 PM
Mungkin bapaknya tengah melayan forum.
Tak sempat2 nak kena reply orang masa itu juga.

Quote palmolive 7-3-2018 01:14 PM
anak melintas jalan (budak2 mana tengok kalo nak melintas)..
si bapak sibuk tgk hp...mujur la aku perasan dri awal..kalo aku mcm bapak budak tu dh bwh kete la jawabnya..pahtu dia salahkan aku pasal bwk kete laju...
babi oh babi (babi = ayah dlm bahasa Albania)
Quote becir 7-3-2018 01:16 PM
Apaknya tengah amik chance balas WhatsApp skandal sementara emak dlm fitting room..hahah
Quote nuryakmal 7-3-2018 01:21 PM
tak boleh nak komen sebab takde anak lagi. kang kena kecam, ko takde anak, tu la Allah da tarik nikmat beranak etc etc etc  

Quote prettyuglybabe 7-3-2018 02:01 PM
semoga mereka laki bini mandul tak membiak lagi dah..
Quote sofiazara 7-3-2018 02:17 PM
mesti ayah dia terpaksa join shopping so dia protes lettew
Quote Burong_Hantuk 7-3-2018 03:05 PM
usah cuai.nyawa anak lebih utama dari enpon
Quote moonbug 7-3-2018 03:05 PM
Adakah si bapak tlg kemas balik baju2 dgn rak runtuh itu?
Quote sonatalady 7-3-2018 03:12 PM
Memang betul,sikap mak bapa skg kdg2 menyakitkan hati
terutama melibatkan anak2.
Pernah g jamuan hari raya..anak tetamu.jatuhkan 1 mangkuk besar keropok..mak dia buat bodoh aje..terus mkn.
Anak selamba ambil makanan dlm pinggan org lain..dengan selamba..mak bapak x tegur...alasan bdk2..sikit kurang aje katanya.
Itu yg akan dibawa sampai besar..salah satu perangai mak cik bawang...hehhehe
Quote mieymiey 7-3-2018 03:21 PM
Si bapa?

Menoleh sekilas dan kembali ke dunianya bersama telefon bimbit.


Ini namanya bahalol. Dah nampak railing tu jatuh dengan bini dia tengah kalut tolong kemas, dia boleh pandang jeling macamtu jer. Keji punya jantan!
Quote pittjie 7-3-2018 04:50 PM
bz dgn hp atau tak .. mmg ada je parents bahalol yang selamba badak tak nak tegur anak2. kat kedai makan adik aku .. ada kelmarin tu .. satu bapak bawak anak dia beli sarapan tuk tapau. anak dua org .. lelaki. lasak ya ampun tu satu. dia org pegi buli seekor anak kucing. dipijak2 anak kucing tu sampai terjerit2 pekerja adik aku halang. bapak dia nampak buat selamba badak je. kucing tu lari bawah kabinet pun still dikejar nak dicekau2 jgk dek budak2 tu .. bapak dia org ttp buat muka derk. helper adik aku la yang gigih halang budak tu. bapak yang buat derk cenggitu bangang .. bapak yang anak buat salah diherdik ditampar dipukul pun lagi la bangang. <- ni kes masih panas lagi dgn laki ziana zain la ni.
Quote shernazz 7-3-2018 08:18 PM
Bapa ke babi ni?
Quote ~boolean 7-3-2018 08:46 PM
Moga anak2 dia mati cepat..
Mungkin lagi bahagia mati dari hidup dapat bapa tak guna..

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:10 PM GMT+8 , Processed in 0.058044 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top