CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ramai Tertipu Dgn Urusniaga Melalui Internet

2-9-2013 04:15 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6819| Komen: 41


Kuala Lumpur: Mangsa penipuan e-dagang mencatatkan kerugian terkumpul sehingga RM15 juta dalam tempoh antara Januari 2011 hingga Julai lalu. 

Jumlah kerugian itu menerusi 4,792 kes dalam tempoh sama yang dilaporkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Polis Diraja Malaysia, semuanya membabitkan barang yang dipesan melalui dalam talian tidak diterima pembeli walaupun pembayaran sudah dibuat. 

Mereka memilih barang yang mampu menarik minat pembeli dengan menawarkan harga lebih murah berbanding harga pasaran dan berkualiti,” Datuk Syed Ismail Syed Azizan, Pengarah JSJK

Pengarah JSJK, Datuk Syed Ismail Syed Azizan, berkata jumlah kes bagi tahun ini dijangka bertambah apabila sehingga Julai saja, jumlah kes penipuan e-dagang direkodkan ialah 1,201 membabitkan kerugian RM5.2 juta. 


Sepanjang 2011, jumlah kes direkodkan ialah 1,854 dengan kerugian RM5.8 juta dan 2012 pula 1,737 membabitkan kerugian RM5.1 juta.

Penipuan e-dagang

Katanya, antara Januari hingga Julai lalu, polis menerima 593 aduan pengguna yang tertipu selepas menggunakan sebuah portal e-dagang terkemuka dengan kerugian RM1.3 juta manakala sebanyak RM660,000 pula lesap dalam urus niaga Facebook. 
Syed Ismail berkata siasatan mendapati kumpulan penjenayah siber itu bergerak dalam kumpulan kecil, maksimum tiga orang, dengan mewujudkan laman web e-dagang.

“Mereka memilih barang yang mampu menarik minat pembeli dengan menawarkan harga lebih murah berbanding harga pasaran dan berkualiti,” katanya kepada BH semalam.

Antara barang yang ditawarkan termasuk telefon bimbit berjenama terkenal, alat ganti kereta, barang elektronik dan jam.

Pembayaran pula dilakukan menerusi kad kredit, wang tunai yang dimasukkan ke dalam akaun tertentu dan pemindahan wang menerusi perbankan internet.

Beliau berkata, antara cara mudah untuk mengenali urus niaga e-dagang yang mencurigakan ialah penjual tidak mendedahkan kaedah untuk dihubungi seperti nombor telefon atau alamat pejabat kecuali hanya berinteraksi menerusi e-mel.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote juliez 2-9-2013 03:04 PM

akta jualan di internet ni dah ada ker?
Quote kegimaru 2-9-2013 03:04 PM
peniaga lahanat camni la yg wat org fobia nk bli dr internet
Quote Santeira 2-9-2013 03:06 PM
selalu berlaku di mudah.my dan facebook.
Quote R2D2 2-9-2013 03:09 PM
Santeira posted on 2-9-2013 03:06 PM
selalu berlaku di mudah.my dan facebook.

cuma disebut dlm berita "sebuah portal e-dagang terkemuka "
Quote namirulmukminin 2-9-2013 03:10 PM
Ini kes terpencil...

Yang benar,
PDRM

Quote melia_star 2-9-2013 03:11 PM
aku mmg tak cayer online trading...pernah nk try tp sgt seram rasanya.....
Quote cmf_jeangrey 2-9-2013 03:12 PM
ebay yg paling selamat so far




Quote Santeira 2-9-2013 03:13 PM
R2D2 posted on 2-9-2013 03:09 PM
cuma disebut dlm berita "sebuah portal e-dagang terkemuka "

the most popular e-dagang portal is mudah.my because the buyers deal with the sellers without third party involvement.

ni berita tahun 2011 jelas cakap mudah.my, nothing's changed.

Sebanyak 1,241 kertas siasatan berhubung kes penipuan pembelian barangan melalui Internet telah dibuka oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepanjang sembilan bulan pertama tahun ini, membabitkan kerugian hampir RM3 juta.

Daripada jumlah itu, penipuan membabitkan laman web mudah.my paling tinggi dilaporkan iaitu 872 kes dengan kerugian mencecah RM1,354,120.12.

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam), Asisten Komisioner Ramli Mohamed Yoosuf memberitahu, modus operandi sindiket penipuan itu ialah suspek akan mengiklankan barangan dalam laman web dengan menawarkan harga rendah untuk menarik minat pembeli.

"Mangsa dan suspek hanya akan berurusan melalui telefon ataupun emel. Mangsa menyedari tertipu apabila tidak menerima barangan walaupun pembayaran telah dibuat," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Ramli, sejak Januari hingga September tahun ini, sebanyak 1,241 kertas siasatan telah dibuka bagi kes penipuan pembelian melalui Internet membabitkan kerugian RM2,969,420.34.


Quote Santeira 2-9-2013 03:14 PM
kalau yg selamat, it's wether lelong.com.my atau ebay. jual beli kat lowyat.net pun ok. kalau kena tipu, at least dekat ebay pakai paypal boleh buka dispute.
Quote Anak_Nogori 2-9-2013 03:14 PM
dah terang2 bayar dulu baru barang sampai..pi percaya buat pa?..

Ooo nak nampak urban kot..
Quote Santeira 2-9-2013 03:17 PM
mudah.my bahaya sbb bank in terus pada sellers. i'd only buy from mudah if the barang ialah COD, and i get to test and see the product first. tahun 2010, aku pernah beli laptop secondhand  dr couple cina melalui mudah.my. aku jumpa dia terus, tengok dulu laptop, test, pastu baru beli/bagi cash kat dia.

jangan harap aku nak bank in duit kalau aku tak tgk dan test productnya. Last edited by Santeira on 2-9-2013 03:19 PM

Quote lavajeans 2-9-2013 03:20 PM
berhati2 la dgn penipu...

yg jual barang kat mudah atau yg jual cerita kat cari ni...

Quote dino 2-9-2013 03:24 PM
Santeira posted on 2-9-2013 03:17 PM
mudah.my bahaya sbb bank in terus pada sellers. i'd only buy from mudah if the barang ialah COD, and ...

beli je dr verified seller...
Quote puterikhaleeda 2-9-2013 03:24 PM
paling jelas jual minyak wangi ORI yg harga bawah RM100 .... adoiii.. promosi kaw kaw ... siap kalau org tegur/tanya ORI ke tak. .. siap marah .... hmmm malas nak layan.....
Quote dino 2-9-2013 03:25 PM
puterikhaleeda posted on 2-9-2013 03:24 PM
paling jelas jual minyak wangi ORI yg harga bawah RM100 .... adoiii.. promosi kaw kaw ... siap kalau ...

yg bwh rm100 klau btul ori,... musti bahan rampasan kastam
Quote PostBanhammer 2-9-2013 03:26 PM
lavajeans posted on 2-9-2013 03:20 PM
berhati2 la dgn penipu...

yg jual barang kat mudah atau yg jual cerita kat cari ni...

Calling for @Peterpan17 datang mempertahankan diri!

Quote puterikhaleeda 2-9-2013 03:28 PM
dino posted on 2-9-2013 03:25 PM
yg bwh rm100 klau btul ori,... musti bahan rampasan kastam

atau 'rijek' hihihihi....
Quote lavajeans 2-9-2013 03:32 PM
PostBanhammer posted on 2-9-2013 03:26 PM
Calling for @Peterpan17 datang mempertahankan diri!

kejap lagi dia datang bawak pelbagai cerita....

khayalan atau tipuan....

nanti wa perhatikan...



Quote Santeira 2-9-2013 03:38 PM
dino posted on 2-9-2013 03:24 PM
beli je dr verified seller...

kalau lelong.com.my mmg verified seller. kalau kat mudah dah ada ke. rasa mcm belum ada lagi.

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 08:04 AM GMT+8 , Processed in 0.084374 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top