CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

5 Tradisi Paling Pelik Dalam Dunia, Tapi Kenapa Sampai Kena Campak Bayi?

8-3-2018 12:51 PM| Diterbitkan: Cari-Ghafar| Dilihat: 4475| Komen: 7|Original author: Oleh: Ghafar Nawi

Adat dan budaya merupakan identiti sesuatu kaun dalam pelbagai keadaan geografi. Walaupun kini dunia dikatakan tiada sempadan dan ada adat dan budaya yang dilupakan dan diganti dengan pelbagai budaya luar. Ada sesetengah tempat dalam dunia masih mempraktikkan adat dan budaya mereka yang unik dan ekstrem. Ekstrem bagaimana? Mari kita lewati budaya ekstrem yang masih wujud dalam dunia ini.


1. Upacara mengasah gigi

Sumber: hindudamai.blogspot.my
Amalam mengasah gigi ini dilakukan oleh masyarakat Hindu di Bali, Indonesia. Pada mereka gigi adalah simbol kepada tamak, marah, cemburu dan keliru. Sekiranya mana-mana individu yang dalam proses akil baligh wajib mengasah gigi mereka. Ada sesetengah orang yang mengasah gigi mereka ketika hendak berkahwin sebagai simbol penyucian diri dari perkara-perkara jahat. Kebiasaannya tidak semua gigi akan diasah. Hanya gigi atas, bawah dan taring sahaja yang diasah.


2. Upacara mencampak bayi

Sumber: kisahanehpelik.blogspot.my
Upacara ini sangat ekstrem dan kalau tersilap langkah, boleh membawa maut. Bagi mereka yang mempunyai anak, mereka boleh melakukan upacara ini selepas bersumpah di kuil Sri Santeswar di Karnataka, Bengaluru, India. Upacara yang bertahan semenjak 500 tahun dahulu ini disaksikan oleh mereka yang beragama Islam dan Hindu sekitarnya. Bayangkan anak anda dicampak dari kuil tersebut setinggi 15 meter atau 50 kaki, ngeri! Tapi setiap tahun, lebih 200 bayi bawah umur 2 tahun dicampakkan oleh ibu bapa mereka sambil penonton menari dan menyanyi sebagai amalan untuk menjemput kesihatan, kemakmuran dan nasib yang baik kepada bayi tersebut.

3. Upacara memotong jari tangan

Sumber: archipelagos.id
Sanggup anda memotong jari anda sebagai simbol sayang?

Ini adalah perkara yang dilakukan oleh suku kaum Dani atau Ndani di Lembah Baliem, West Papua New Guinea yang memotong jari mereka selepas menerima kematian orang yang mereka sayang sebagai simbol menunjukkan rasa sedih mereka.

Tidak cukup dengan itu, mereka turut melumurkan campuran tanah liat dan abu atas muka mereka atas sebab yang sama. Jari mereka turut dipotong dan dikebumikan bersama-sama orang yang tersayang melambangkan jasad dan jiwa pasangan tersebut akan hidup bersama-sama pasangan mereka yang mati. Hakikatnya, mereka pun sedar yang selepas itu, mereka akan menghadapi kesukaran untuk hidup dengan normal.

Aduh, Sakitnya!

4. Upacara sarung tangan semut peluru

Sumber: magazin.centrum.sk
Anda lelaki sejati?

Anda belum diiktiraf sebagai lelaki sejati lagi sebelum anda melalui upacara semut peluru ini. Itulah yang dilakukan oleh kaum dari Amazon, Satere-Mawe. Remaja lelaki akan keluar bersama-sama pawang dan rakan-rakan seusia dengannya untuk mengumpulkan semut peluru ke dalam hutan. Semut-semut itu akan dipengsankan dahulu sebelum dimasukkan ke dalam sarung tenunan tangan dengan herba. Apabila tersedar dari tidur, semut tadi akan terperangkap dalam sarung tangan itu dan mengamuk. Sengatannya sangat menyakitkan seolah-olah peluru menembusi daging kita.

Remaja tadi akan memakainya selama 10 minit sambil diiringi dengan tarikan dari orang lain bagi mengalihkan perhatian daripada terasa sakit. Bukan sekali ya, tetapi sebanyak 20 kali. Mampu ke jadi lelaki sejati?

5. Upacara hari perkabungan muharram
Sumber: sejarahkarbala.blogspot.my
Upacara ini popular dilakukan sekitar Iran, Bahrain, India, Lubnan, Iraq dan juga Pakistan oleh penganut Syiah. Mereka lakukan sebagai memperingati ulang tahun Pertempuran Karbala ketika Hussein, anak Saidina Ali R.A iaitu cucu Nabi Muhammad S.A dibunuh tentera musuh. Ia juga dikenali sebagai Hussainia yang jatuh pada bulan Muharram. Klimaksnya adalah pada hari ke-10 yang dikenali sebagai hari Asyura. Mereka melalukan libasan terhadap badan dengan menggunakan rantai dipasang pisau. Setiap libasan akan disertakan darah dan sangat dahsyat! -CARI
7

Bagus
2

Marah
7

Terkejut
19

Sedih
12

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (61 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamapea 8-3-2018 03:17 PM
gila btl...pelik2...
Quote noryla 8-3-2018 06:41 PM
melampau  btoi
Quote Girl-N-Roses 9-3-2018 01:56 PM
semua gila...tak masuk akal punya kerja
Quote Artemesiaa 9-3-2018 06:42 PM
Semuanya pelik2 dan membahayakan
Quote SWORKS27 12-3-2018 02:44 PM
nih semua ritual menyakitkan badan dan org lain..ngaruk
Quote Ambola 13-3-2018 05:39 PM
Eewwwwwwwwwww
Quote kuewTiau 14-3-2018 12:33 PM
yang campak bayi tu penah ade kematian x?

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 12:37 AM GMT+8 , Processed in 0.182215 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top