CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tan Sri Sanusi Junid Meninggal Dunia Sebelum Solat Subuh

9-3-2018 11:16 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7115| Komen: 53

Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid meninggal dunia hari ini (Jumaat) pada usia 75 tahun di kediamannya di Pantai Dalam, Petaling Jaya.


Foto: mStar Online

mStar Online melaporkan, Allahyarham meninggal dunia sekitar jam 6 pagi selepas mengambil wuduk sebelum menunggu untuk menunaikan solat Subuh.

Jenazah akan dibawa ke Masjid Saidina Umar Bukit Damansara, Kuala Lumpur untuk disembahyangkan selepas solat Jumaat dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara.

Menyusuri latar belakangnya, Allahyarham sebelum ini pernah meggalas jawatan Ahli Majlis Perundingan Belia Negara, Ahli Lembaga Felda, Ahli Majlis Perundingan Negara Mengenai Latihan Perusahaan dan Ahli Majlis Penasihat Kebangsaan Pelindung Pengguna.  



Foto: Harian Metro

Allahyarham dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara pada 1974, Timbalan Menteri Tanah dan Kemajuan Wilayah (1978 - 1980), Timbalan Menteri Dalam Negeri (1980 - 1981), Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar (1981 - 1986) dan memegang jawatan Menteri Pertanian sebelum dilantik sebagai Menteri Besar Kedah ketujuh (16 Jun 1996 - November 1999). - CARI
9

Bagus
21

Marah
11

Terkejut
10

Sedih
12

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (73 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote EJALTI 9-3-2018 09:34 AM
Innalillah....

Takziah buat ahli2 keluarga...
Quote multinicky 9-3-2018 09:53 AM
Innalillah...Alfatihah..
Quote Changa 9-3-2018 09:56 AM
ingat kan heshe dah lama innalillah.
takziah??
Quote Mary_jane 9-3-2018 09:58 AM
Salam takziah.
Quote prettyuglybabe 9-3-2018 10:05 AM
takziah..


Quote kikuri 9-3-2018 10:06 AM
salam takziah buat keluarga
Quote alesandra 9-3-2018 10:08 AM
Changa replied at 9-3-2018 09:56 AM
ingat kan heshe dah lama innalillah.
takziah??

mungkin ko confused dgn megat junid..laki ziela jalil kot...
Quote alesandra 9-3-2018 10:10 AM
masa dia jadi menteri dulu ..dia suruh tanam padi atas bumbung ke apa  lebih kurang gitu.takziah.
Quote bettyboops 9-3-2018 10:12 AM
my condolences..

i selalu confuse nama tan sri sanusi junid ni dengan tan sri megat junid..
Quote kecimpret 9-3-2018 10:17 AM
inalillah....



aku penah gi umah dia, mmg baik org nya...anak dia cun  
Quote petit-saconnex 9-3-2018 10:24 AM

sapa? akram ka?
Quote nadna 9-3-2018 10:27 AM
Alfatihah.Moga roh dicucuri rahmat
Quote cap_ayam 9-3-2018 10:28 AM
Takziah buat keluarga. Iols rakan sekelas anak dia masa di sekolah rendah. Anak dia nak berkawan dengan golongan marhaen macam ai walaupun ayahnya menteri.
Quote jlo 9-3-2018 10:29 AM

Innalillah...Alfatihah..
Quote ad_hoc79 9-3-2018 10:47 AM
Innalillahiwainnailaihirojiun
Quote myakayina 9-3-2018 10:48 AM
takziah buat family arwah..
Quote lelakinaive 9-3-2018 10:50 AM
Rasa dia blog sendiri. One of my favourites tp dah lama x baca. Cari balik la nanti
Quote NAT_11 9-3-2018 10:55 AM
Senangnya dia meninggal, takda masuk keluar IJN, atau Prince Court
atau mana-mana spital.
Meninggal dalam tidur. Begitu senang dna mudah.
Aku harap, bila tiba waktuku, aku pun boleh pergi  denagn mudah begini
Alfatehah buat aruah.
Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.
Quote zafira 9-3-2018 10:55 AM
akak confuse dia dengan menteri tourism yang lama tu yang takut bini tu..... lupa lak sape nama dia... lebih kurang aje dua-2 ni.. apa-apa pun salam takziah buat family arwah..

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 04:41 AM GMT+8 , Processed in 0.037354 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top