CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Baru Tahu! Cuka Epal & Minyak Kelapa Boleh Dijadikan Remedi Untuk Buasir!

9-3-2018 02:40 PM| Diterbitkan: Cari-Amiey| Dilihat: 7168| Komen: 0|Original author: Oleh: Amiey

Buasir merupakan antara penyakit yang seringkali terjadi di kalangan kita namun jarang dibincangkan secara terbuka mungkin kerana malu. 

Malah, ramai yang memilih untuk menahan sakit hanya kerana tidak mahu ada sesiapa yang tahu mengenainya. 



Buasir atau dalam bahasa Inggeris dipanggil 'haemorrhoids' adalah berpunca daripada pembengkakan saluran darah vena di bawah rektum dan dubur. 

Antara yang berisiko untuk menghadapi masalah ini adalah mereka yang mengandung, golongan yang memiliki berat badan yang berlebihan, berdiri dalam jangka waktu yang lama setiap hari atau selalu mengangkat benda berat dengan cara yang salah. 

Foto: Carian Google
Bagi wanita yang mengandung risiko untuk menghadapi masalah buasir adalah tinggi. 

PENYEBAB BUASIR
Memetik dari portal The Asian Parent, antara faktor penyebab buasir dikalangan ibu mengandung adalah:
  • Perubahan hormon yang menyebabkan gangguan pada sistem pencernaan badan. Jadi, ibu mengandung akan cenderung untuk mengalami sembelit. Ketika sembelit terjadi, pesakit akan meneran dengan kuat semasa membuang air besar dan menyebabkan tekanan yang berlebihan pada bahagian dubur. 
  • Semasa kehamilan, rahim kita akan semakin besar dan jumlah darah juga akan bertambah. Inilah yang menyebabkan lebih banyak tekanan pada kawasan dubur dan menyebabkan salur darah vena membengkak dan menjadi radang.
  • Vitamin-vitamin yang diambil semasa pranatal mengandungi zat besi sintetik yang menyumbang kepada sembelit. 
  • Proses meneran untuk menolak bayi keluar menyebabkan tekanan yang tinggi pada rektum dan dubur yang mengakibatkan buasir berlaku. 
JENIS-JENIS BUASIR
Buasir boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu: 

Foto: The Asian Parents
Buasir dalaman - bengkak di lapisan dalam dubur dan tidak sakit. Pesakit mungkin akan mengadu kesakitan jika ia bengkak, berdarah dan terkeluar (prolapse).

Buasir luaran - bengkak di luar dubur. Pesakit akan mengadu sakit, mengalami pendarahan, rasa gatal-gatal atau bengkak semasa membuang air besar.

PETUA SEMULAJADI RAWAT BUASIR
Selain mengamalkan pengambilan makanan yang berserat tinggi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, terdapat beberapa cara semulajadi yang boleh diamalkan untuk merawat buasir ini. 

Foto: Carian Google
  • Rendam bahagian punggung ke dalam campuran setengah cawan cuka epal mentah dengan air.
  • Sapukan minyak kelapa pada kawasan yang mengalami radang. Minyak kelapa mempunyai ciri-ciri antibakteria dan antikulat yang boleh membantu melegakan rasa gatal-gatal, kesakitan, keradangan.
  • Sediakan kompres dengan menggunakan Witch hazel. Rendam sekeping tuala wanita ke dalam larutan Witch hazel organik, sejukkan/bekukan dan gunakan pada kawasan buasir. Cara ini juga boleh memberi manfaat kepada wanita yang baru melahirkan anak kerana fungsi kompres adalah untuk menenang dan menyembuhkan kawasan radang.
Foto: Carian Google
  • Gunakan hirisan lidah buaya segar yang telah dibuang kulit pada kawasan radang.
  • Pilih vitamin pranatal yang diperbuat daripada sumber makanan kerana ia lebih mudah diserap dan tidak akan menyebabkan sembelit berbanding vitamin sintetik, terutamanya zat besi.
  • Minum air yang secukupnya walaupun ini boleh menyebabkan anda kencing lebih kerap. Jika anda tidak minum air dengan banyak, tubuh anda akan menyerap air melalui usus dan meninggalkan najis kering yang sukar untuk diteran.
Foto: Carian Google
  • Amalkan pemakanan yang sihat dan pastikan anda makan makanan yang mempunyai banyak serat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Benih chia yang direndam boleh membantu pergerakan usus dan sumber lemak yang baik seperti minyak kelapa, minyak zaitun dan avokado boleh berfungsi sebagai pelincir di dalam usus.
  • Mengambil probiotik atau makanan bertapai.
Kebiasaannya, buasir akan mulai pulih selepas beberapa hari mengamalkan petua-petua di atas. Namun, sekiranya masalah semakin teruk atau tidak pulih, sebaiknya rujuk kepada pakar perubatan ye. Jangan sampai ianya melarat! -CARI

7

Bagus
10

Marah
10

Terkejut
14

Sedih
13

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (64 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 04:38 AM GMT+8 , Processed in 0.025557 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top