CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Rindu', Kepulangan Rakan Disambut Bagai VIP - Siapa Suruh Jarang Balik Rumah

9-3-2018 05:35 PM| Diterbitkan: cari-khair| Dilihat: 7563| Komen: 20|Original author: Oleh: Khair


Hidup berdikari di rumah sewa ketika zaman belajar di universiti ataupun ketika bujang pastinya menjadi kenangan yang akan diingati setiap orang kerana hampir setiap hari akan bersama rakan-rakan 'satu kepala'.

Baru-baru ini, tular video berdurasi 15 saat menunjukkan seorang rakan disambut meriah oleh teman serumahnya kerana sudah lama tidak pulang ke rumah tersebut. Video itu dikongsikan oleh @ashraffhaqimi di akaun twitternya.

Menurut Ashraff, rakannya itu telah lama tidak pulang ke rumah sewa mereka itu kerana sibuk dengan tugasan universiti. Oleh itu dengan niat bergurau, dia dan rakan-rakan sengaja meraikan kepulangan rakan mereka itu seperti menyambut VIP.



Ketika rakannya itu sampai mereka telah melaungkan "Selamat Datang Ke Mutiara Anggerik Datuk!" dengan berlatarbelakangkan bunyi paluan kompang.

Memang terhibur dengan perangai masing-masing di dalam video tersebut! Bukan senang nak jumpa teman serumah sempoi begini.



Satu perkara yang menjadi perhatian netizan dan mendapat pujian adalah keadaan rumah yang nampak kemas dan tersusun. Bahkan, ramai netizen memuji susunan kasut dan topi keledar di rumah mereka.


Foto: Twitter

Besar kemungkinan ahli rumah sewa itu memang jenis rajin berkemas dan bukanlah penyewa tipikal yang tidak mengambil hirau keadaan kebersihan rumah sewa. Siapa kata orang lelaki tak pandai mengemas, kan?

Jadi, untuk anda diluar sana apa kata jika ada rakan yang jarang balik ke rumah bolehlah bergurau dengan cara yang sama seperti Ashraff dan rakan-rakannya lakukan ini. - CARI
7

Bagus
10

Marah
7

Terkejut
7

Sedih
13

Lawak
27

Bosan

Friends Rank (71 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 9-3-2018 06:14 PM
Lawak pulak boleh le fefeeling vip sampai
Quote kechikchomel 9-3-2018 07:13 PM
karpet merah takde ke?
Bunga manggar?
{:smile
Quote sapeka 9-3-2018 07:44 PM
mana tau one day beliau betul2 menjadi datuk..
berkat doa kawan2
Quote missDollie 9-3-2018 07:56 PM
Wahh rindunya zaman study..
Quote M.Rose 9-3-2018 07:57 PM
X sunyi rumah dpt geng camgini
Quote Ambola 9-3-2018 09:23 PM
Hahaha sempoi sgt
Quote siputsedut 9-3-2018 10:11 PM
Haha teringat zmn blaja dlu...exam week ke bukan exam week ke mmg study room tu kediaman kedua aku...balik rumah utk mandi je...pastu last2 kwn2 perli suruh aku angkut je almari baju katil pegi study room tu...
Quote Jorja 10-3-2018 02:08 PM
Baguslah kalau orang lelaki tahu kemas rumah. Dolu dolu I ada kawan bapuk kt uni. Tiap tiap hari lah tpaksa dengar masalah dia dgn housemate yg pgotor
Quote nadna 10-3-2018 03:25 PM
Syoknya disambut macam tu gaya
Quote RatuDunia94 10-3-2018 03:55 PM
Iols dulu masa study dpt roomate yg sebulan sekali je balik bilik..
Quote prettyuglybabe 10-3-2018 05:37 PM
hahahaha.. rindu zaman belajar..
kalau la boleh ulang balik masa..
Quote cassriena 10-3-2018 07:10 PM
yg ni seyes memang lawak wey....and iols terasaaa gak la sebab dulu2 pun iols ada time yg jarang balik umah sewa
Quote aku_best 10-3-2018 07:10 PM
Rindunya zaman hostel iols.......
Quote Ferr_Remy 11-3-2018 01:10 PM
Video bodoh ni pun blh viral. Oh Malaysiaku... Makin lama makin biul.
Quote kakros63 12-3-2018 06:22 AM
Ferr_Remy replied at 11-3-2018 01:10 PM
Video bodoh ni pun blh viral. Oh Malaysiaku... Makin lama makin biul.

baik video ni dari video perempuan cendol tu viral . At least video ni dapat jugak la tunjuk ada lagi lelaki yang tahu jaga dan kemas rumah dekat malaysia ni
Quote mizruncing 12-3-2018 10:55 AM
amboi uols puji melangit. nk amik bideo kan. harusla kemas umh dlu
Quote alien88 12-3-2018 11:57 AM
iolls npk bnda ni dkt twitter rsa lawak sgt, hehe
rindu pula zmn study dlu.. padahal weekend je semua balik rumah
Quote gerbera.memopad 12-3-2018 12:22 PM
Hahaha. Good job dek. Benda yg sempoi, tak annoying & nampak genuine gini layak utk viral.
Quote Zaien 12-3-2018 03:25 PM
rindu plak zman study...

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 04:18 AM GMT+8 , Processed in 0.129162 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top