CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tak Bermasam Muka, Zahirah Macwilson Masih Berhubung Dengan Zul Ariffin

9-3-2018 05:44 PM| Diterbitkan: Cari-Amirah| Dilihat: 23711| Komen: 117|Original author: Oleh: Amirah

Rupa-rupanya hubungan Zahirah Macwilson dan Zul Ariffin tidak berakhir begitu sahaja. Zahirah mengakui bahawa dirinya masih berhubung dengan Zul Ariffin sehingga ke hari ini.


Foto: IG Zahirah Macwilson
Namun apabila ditanya dia tidak mahu mengulas lanjut tentang hubungan mereka berdua yang sebenarnya. Dia juga menafikan bahawa mereka bergaduh selama ini dengan apa yang berlaku sebelum ini.

Foto: IG Zahirah Macwilson

“Cukup sekadar saya katakan kami baik-baik sahaja dan masih berhubung tapi saya enggan komen lanjut mengenai hubungan kami. Saya dah Zul tak bergaduh atau bermasam muka.”


“Saya memohon maaf kerana tak dapat memberikan penjelasan terperinci. Sebagai perempuan, tak manis untuk saya memberikan komen berlebihan. Banyak hati yang perlu saya jaga dan saya juga nak babitkan pihak lain.”

“Sekarang masing-masing sibuk dengan tawaran lakonan. Lebih baik kami memberikan fokus terhadap kerjaya,” katanya pada Astro Gempak.

Foto: IG Zahirah Macwilson
Dia ingin melupakan kemelut yang terpalit pada dirinya sebelum ini dan mahu mementingkan perjalanan kariernya dalam industri seni.

Foto: IG Zahirah Macwilson
“Tahun lalu, saya terpalit dengan beberapa kontroversi. Jadi, saya mengambil perkara tersebut sebagai pengajaran.”

“Saya mahu terus fokus terhadap apa yang saya usahakan dan ingin mengukuhkan nama dalam bidang lakonan.”

“Saya juga mahu memberikan kualiti terbaik dalam setiap karakter lakonan untuk membalas jasa keluarga serta peminta yang tidak henti menyokong selama ini,” tambahnya lagi.

Berkongsi tentang perkembangan terbaru Zahirah, dia akan membuat kemunculan dalam drama adaptasi novel tidak lama lagi yang bertajuk Tidak Ada Cinta Sepertimu bersama Syafiq Kyle.

Foto: IG Zahirah Macwilson
Dulu ingat memang tidak berkawan lagi lepas kontroversi yang berlaku. Tapi baguslah mereka masih meneruskan hubungan baik. Industri seni tidak besar mana pun. Jauh mana pergi pasti bertemu juga. - CARI
2

Bagus
24

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
5

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (37 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote innocentsangat 9-3-2018 06:05 PM
Wow . Still couple ye. Bagus ni
Quote rayna_raynes 9-3-2018 06:41 PM
Bukan ke ada rumors kata dua orang ni dah bertunang?
Quote tomaz 9-3-2018 06:44 PM
Go go zahirah. Peluk bamjul ketat2. Jgn biarkan zombi hampiri bamjul
Quote L_Z 9-3-2018 06:48 PM
Tetiba keluar statement Kata baik baik aja padahal sebelum ko ni diam ja.. Kompom Takut kena caras ngan artis zouk
Quote M.Rose 9-3-2018 06:53 PM
Jaga jaga cik salmah. Sarip dol ada dimana2
Quote edoraixora 9-3-2018 06:55 PM
cantiknye zahirah
Quote jatiarjuna 9-3-2018 07:11 PM
yg penting xyah kecoh2
Quote orkedkecik 9-3-2018 07:22 PM
Lawanya zahirah,girl crush after faz,harap tak kena serang dengan zombi2 zouk
Quote doubleA 9-3-2018 07:25 PM
Iols je ke yg rasa macam sebaliknya? Bila zahirah cakap fokus karier, cliche sangat statement retis
Quote boongalalang 9-3-2018 07:34 PM
orkedkecik replied at 9-3-2018 07:22 PM
Lawanya zahirah,girl crush after faz,harap tak kena serang dengan zombi2 zouk

Sama. Suka dia selepas faz haha. Cantik sgt dia masa modelling utk brand apa tah dengan izara.
Quote rosannazmia 9-3-2018 07:57 PM
orkedkecik replied at 9-3-2018 07:22 PM
Lawanya zahirah,girl crush after faz,harap tak kena serang dengan zombi2 zouk

Kannnn... Same here.. Satu lagi danai gurira..
Quote minnie77 9-3-2018 07:59 PM
suka zahirah jugak
Quote moonbug 9-3-2018 08:12 PM
rayna_raynes: Bukan ke ada rumors kata dua orang ni dah bertunang?


Bukan ke bapaknya pernah keluar statement tak restu dia dgn Zul?
Quote Mejami 9-3-2018 08:16 PM
Baguslah masih kawan..tp ig memasing saling unfollow..acaner tu
Quote kiahkau 9-3-2018 08:21 PM
Mejami replied at 9-3-2018 08:16 PM
Baguslah masih kawan..tp ig memasing saling unfollow..acaner tu

Meols pun rs mcm diaorg dah xde apa2.. mybe zahirah masih berharap kot.. haritu zul nmpk mcm kecewa betul dgn zahirah ni
Quote nolya 9-3-2018 08:32 PM
tanam pinang rapat2, biar senang puyuh berlari
boleh sahaja bersahabat, mengharap kasih janganlah lagi

pohon jambu berbuah lebat, gugur berlambak di waktu pagi
Zul Aripin jagalah martabat, paknya tak sudi usah tehegeh2 lagi

pohon tumbang di tengah laman, dahannya rapuh daunnya berduri
banyak lagi kembang di taman, suntinglah yg dpt mengharumkan diri
Quote orkedkecik 9-3-2018 08:34 PM
boongalalang replied at 9-3-2018 07:34 PM
Sama. Suka dia selepas faz haha. Cantik sgt dia masa modelling utk brand apa tah dengan izara.

Masa dia berlakon dengan nanaz dulu cite hape entah,meols macam sape la dia ni,aje lawo,tup tup dengan jul ripin lak
Quote orkedkecik 9-3-2018 08:34 PM
boongalalang replied at 9-3-2018 07:34 PM
Sama. Suka dia selepas faz haha. Cantik sgt dia masa modelling utk brand apa tah dengan izara.

Masa dia berlakon dengan nanaz dulu cite hape entah,meols macam sape la dia ni,aje lawo,tup tup dengan jul ripin lak
Quote getarsukma 9-3-2018 08:42 PM
actually cemana rupa sebenar si zahirah ni?? meols tengok dia mcm makhluk yang sekadar ada mata hidung mulut telinga tapi tak boleh identify rupa paras dia... muka tawar tak ada kemanisan... adakah sebab mekap tebal atau rambut rebonding keterlaluan??

sesapa blh letak gambar natural look dia tanpa lighting atau mekap melampau??

Lihat semua komen(117)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 07:01 AM GMT+8 , Processed in 0.051565 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top