CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Jomlah Kumpul Duit, Ada Cara Seronok Melancong Ke New Zealand Tau!

19-3-2018 11:33 AM| Diterbitkan: Cari-Zai| Dilihat: 3872| Komen: 5|Original author: Oleh: Zailina

Pernah terfikir untuk melancong ke New Zealand? Kalau pergi sekeluarga, ramai memilih untuk manaiki campervan, motorhome atau kontena. Dengan pelbagai saiz bergantung kepada keluarga, ia memang selesa. 


Terdapat banyak tapak untuk kemudahan pengguna di serata tempat. Memang seronok kalau guna cara ni bila ke New Zealand. Kalau buat bajet, lebih murah daripada mengikut agensi pelancongan. Antara sebabnya adalah:


1. Pemandangan Sepanjang Perjalanan

New Zealand sangat terkenal dengan pemandangan semula jadi yang sungguh cantik hingga ada yang menggelarkannya sebagai “Syurga Dunia”. 

Paling menarik, pemandangan yang sebegitu indah boleh dinikmati sepanjang perjalanan hingga membuatkan kita tidak bosan dan penat memandu. Sekurang-kurangnya setiap sejam atau 70-100km perjalanan, boleh berhenti untuk mengambil gambar. Malah, rasa macam berada dalam poskad!


Boleh nikmati pemandangan indah seberapa lama yang disukai


2. Meriah Dengan Motorhome

Anda akan sentiasa terserempak dengan Motorhome ke mana saja anda pergi; sama ada di tempat-tempat pelancongan, di perhentian seperti R&R dan di bandar atau pekan mereka. Ia membuatkan kita terasa “sebahagian daripada mereka”. 

Malah, setiap kali bersua dengan Motorhome dari syarikat sama, masing-masing memberikan lampu tinggi atau high-beam kelip-kelip, siap teruja melambaikan tangan lagi!


3. Tumpuan Golongan Muda

Pekan kecil Queenstown terkenal dengan pelbagai aktiviti lasak bertaraf antarabangsa seperti Bungee Jumping, ATV (All Terrain Vehicle), Jet-Boating dan Mountain-Biking paling meriah dengan orang muda. 

Sangat seronok sebab mereka mudah mesra, pertama kali jumpa tapi borak bukan main! Mereka juga berfikiran terbuka. Kalau cakap tak nak beli barang dari kedainya, dia takkan terus mendesak, sebaliknya menunjukkan kedai mana memiliki barang dan harga lebih menarik. Sempoi, kan?

Tak bersesak nak ambil foto, tak macam naik bas dengan 40 orang pelancong lain


4. Pengalaman Baru

Berbeza dengan percutian di hotel dan kesukaran mencari kenderaan atau terpaksa menyewa, pergerakan amat terhad atau tertumpu pada sesuatu tempat. Dengan cara menaiki motorhome, drebar boleh bertukar ganti (jika datang beramai-ramai) dan menjimatkan wang dengan memasak sendiri serta makan bila-bila saja. 

Langit cerah dan bintang bergemerlapan kerana kurangnya pencemaran udara di sana


5. Memudahkan Ibu Bapa Dengan Anak-anak Kecil

Kadangkala anak-anak mempunyai kerenah sendiri. Kalau mereka nak ke tandas, hah, mudah saja sebab ia ada dalam motorhome. Tak perlu minta bas persiaran berhenti di mana-mana R&R. Yang penting, tak mengganggu pelancong lain.

Hobbiton yang terkenal dalam filem 'Lord Of The Ring' di Pulau Utara, New Zealand

6. Jadual Perjalanan Yang Fleksibel

Kadangkala bila cuaca tak mengizinkan kita ke suatu tempat, kita boleh mengubah rancangan dan pergi ke lokasi lain. Jadi, taklah rugi masa percutian. 

Malah, kalau musim buah, di tepi jalan akan diletakkan papan tanda 'Pick Your Own Fruits'. Bolehlah berhenti untuk memetik buah atau mengambil foto. Menarik, kan?

Motorhome (kiri) dan Caravan (kanan). Boleh pilih ikut bajet sendiri
Foto: ireach.my

Apa beza Campervan/Motorhome dan Caravan?

Campervan adalah van yang diubah suai dengan katil, meja makan, dapur masak untuk memuatkan 2-4 orang dewasa. Manakala, motorhome pula biasanya lori/trak yang di ubah suai sama seperti Campervan dengan tambahan tandas dan shower mandi. Motorhome boleh memuatkan 2-8 orang dewasa, bergantung kepada saiz dan kemudahan disediakan. Kelebihannya ialah tidak banyak yang perlu disiapkan bila tiba di destinasi untuk bermalam (sambung kabel elektrik, isi air tangki, salurkan sisa guna air dan buang bahan kumuh tandas).

Caravan pula seperti kontena yang diubah suai sebagai rumah (dengan kemudahan hampir sama dengan Campervan atau Motorhome seperti katil, meja makan, dapur masak, dan sebagainya) untuk ditarik kenderaan lain; biasanya jenis kereta wagon atau kenderaan pacuan empat roda (4WD). Sampai saja di tapak perkhemahan, pemilik caravan perlu memasang-siapkan caravan (putuskan kabel, tinggikan bumbung, dan sebagainya). Walaupun susah masa nak dipasang apabila tiba di destinasi untuk bermalam, kelebihannya ialah penumpang boleh menaiki kereta atau kenderaan 4WD yang mudah dibawa keluar-masuk bandar.


Jom kumpul duit, ajak adik-beradik atau sahabat handai untuk nikmati percutian yang berlainan daripada biasa ini! - CARI
8

Bagus
9

Marah
1

Terkejut
6

Sedih
4

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (33 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote capiloton 19-3-2018 12:10 PM
Edited by capiloton at 19-3-2018 12:11 PM

motorhome ni dapat ker memerut macam kat rumah?
ke kena pakai tisu?

dah la i ni cerewat bab toilet.
kalau i nak stay mana2, especially masuk hotel or homestay.
first thing i tengok, toilet dia.
toilet kena bersih, cukup air dan takde bau bauan.
Quote moonbug 19-3-2018 12:40 PM
Bila nak sampai ke South Island pulak ni
Quote Peterpan17 19-3-2018 06:50 PM
capiloton replied at 19-3-2018 12:10 PM
motorhome ni dapat ker memerut macam kat rumah?
ke kena pakai tisu?

Aku pun sama. Bab toilet mmg cerewet sikit. muahahah!! Takpelah. Dok hostel janji ada proper toilet.
Quote capiloton 19-3-2018 07:57 PM
Edited by capiloton at 19-3-2018 08:30 PM

- salah rumah -
Quote jofizo 19-3-2018 08:44 PM
Sewa motor ada x...

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 06:46 AM GMT+8 , Processed in 0.034232 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top