Dah lewat malam, tapi perut rancak buat konsert pula. Jangan risau, masih boleh makan tapi elakkan dari makan 300 kalori atau lebih.
Lepas makan, tengok jam. Tunggu sekurang-kurangnya satu jam sebelum masuk tidur supaya makanan itu dapat dihadam. Kenalah mengunyah betul-betul supaya cepat hadam. Kalau tak, meranalah esok jika perut memulas. Jom tengok apa makanan yang sesuai di makan pada tengah malam. Popcorn (bertih jagung) pilihan snek lewat malam yang sesuai asalkan tidak disalut dengan mentega atau karamel. Taburkan sedikit kulit kayu manis, paprika, ataupun rempah untuk menambah selera.
Oat adalah pilihan makanan rendah lemak yang berkhasiat. Tambah buah-buahan dan susu (rendah lemak) serta pilih oat segera supaya mudah dihadam. Biji chia mengandungi Omega 3 untuk kesihatan jantung, protein, serat, antioksida dan nutrien penting seperti kalsium, magnesium dan vitamin B3. Tambah di dalam minuman atau jus untuk lebih khasiat. Pisang bukan sahaja menyihatkan dan boleh membuat anda kenyang, tetapi ia juga adalah sumber terbaik triptofan yang membantu anda tidur lena. Pistachio seringkali menjadi snek pilihan ramai kerana ia kurang kalori dan sedap rasanya. Kaya dengan fiber, protein, Vitamin B6 dan menyerap lemak tidak tepu, anda hanya perlu memakan 46 biji kacang pistachio untuk satu hidangan lengkap! Alamak, banyak lah pula! Jenuh nak mengupas. Coklat gelap (dark chocolate) sesuai ketika anda sedang berdiet. Kandungan gulanya kurang jika dibandingkan dengan jenis coklat yang lain. Malah ia juga tinggi antioksida. Smoothie boleh dibuat dengan protein tanpa lemak, buah-buahan juga sayur-sayuran. Kisar bahan pilihan dan terus minum. Malah ia juga sarapan yang enak. Salad segar yang terdiri daripada baby carrot (lobak merah kecil), saderi, avokado serta sos mayonis (tanpa lemak). Ia sangat ringkas dan mudah disediakan. Sos (dressing) paling mudah adalah gabungan minyak zaitun, jus lemon, serbuk lada hitam dan garam. Bruschetta pula menggunakan roti yang dipanggang. Gaul tomato, lada benggala, selasih, cuka, secubit gula, hirisan daun selasih, sedikit minyak jagung, garam dan lada hitam, dah siap! |
kroit92 replied at 13-3-2018 12:46 PM
Dark Choc masa revision, dengan before exam, pergh terbaik
laju je otak. Tak tau kenapa
salmon-suki replied at 13-3-2018 08:15 PM
Sy xley mkn pisang,nti perut bertambah2 lapar..xkira laa,buah apa2 pn..bertindak sbg pembuka selera. ...
zasssssss replied at 14-3-2018 10:01 AM
mcm sama plak kita...kalo mkn buah2an rasa mcm tak kenyang dan mesti nak mkn mende lain....oat pun ...
salmon-suki replied at 14-3-2018 08:49 PM
Samelaaaaaaaa!! Adakah kita ni abnormal?org len sy tgk mkn buah dah kyg..tp kalau sy,mmg x ler..bu ...
ADVERTISEMENT