Kalau perasan, Malaysia kini dibanjiri dengan golongan 'penunggang agama'. Tidak kiralah sama ada untuk tujuan peribadi atau pun pelbagai tujuan lain. Kita perlu ingat yang matlamat tidak menghalalkan cara. Justeru itu, mari kita lihat beberapa hadis palsu yang popular dan sering digunakan dalam kehidupan seharian kita secara sedar atau tidak.
1. Terima nasihat walaupun dari seorang pelacur Hadis palsu ini sangat popular digunakan sebagai hujah si pahlawan kekunci dalam merungkaikan sesuatu isu. Ia menitikberatkan bahawa sebarang nasihat dari sesiapa pun kita ikut walaupun pemberi nasihat dari seorang pelacur. Walaupun niatnya baik, tapi wajib kita ingat ini. Allah SWT tidak menyukai seseorang yang selalu menasihat tetapi mereka juga sama berdegil dan tidak mahu mengubah dirinya mengikut apa yang diucapkan. Kita perlu sertakan amal dalam setiap nasihat kita, bak kata pepatah Inggeris, "you practice what you preach". Kalau main nasihat sahaj walhal dia pun buat benda yang sama, adalah salah satu perbuatan yang sia-sia.
2. Tuntutlah ilmu sehingga ke China atau liang lahad Pernah dengar hadis ini? "Dari Anas ra. bahawasanya Nabi saw. bersabda : “Tuntutlah ilmu walaupun di negeri Cina, kerana menuntut ilmu itu wajib bagi setiap Muslim. Sesungguhnya para malaikat meletakkan sayap-sayap mereka kepada para penuntut ilmu kerana gembira dengan perbuatan mereka yang menuntut ilmu.” (H.R. Ibnu Abdil Bar)" Ini adalah hadis palsu yang telah dijawab oleh Musti Perlis, Tn. Asri Zainul Abidin melalui tulisannya sekitar tahun 2007. Tidak cukup dengan itu, kita boleh rujuk dalam buku beliau bertajuk "Menangkis Pencemaran Terhadap Agama dan Tokoh-Tokohnya". Jangan lepas ni kita jadi malas untuk belajar. Belajarlah rajin-rajin, tetapi hadis ini tetap akan jadi palsu. Tak ada hadis ini, kita tetap akan belajar bukan? 3. Isteri bakal menerima payung emas sekiranya benarkan poligami Jika anda seorang lelaki, mesti pernah dengar hadis berkenaan ganjaran payung emas yang bakal menanti sang isteri sekiranya membenarkan sang suami untuk berkahwin lebih dari seorang. Hujah ini boleh terus dipatahkan kerana ianya palsu dan hanya digunakan oleh sang suami penunggang agama yang berhidung belang. Pihak Mufti Wilayah Persekutuan pernah mengeluarkan kenyataan dalam laman web mereka berkenaan status hadis ini iaitu palsu. Sang lelaki sudah pasti mempunyai niat, tetapi harus diteliti dari kisah hidup nabi sendiri yang menikahi ister-isterinya hanya setelah isteri pertamanya, Siti Khadijah meninggal dunia. Lagi pun, kalau belum stabil fizikal dan mental, anda tidak digalakkan untuk menikahi ramai isteri. Satu pun kau dah mencungap, buat apa ramai-ramai? 4. Larangan mencampurkan makanan darat dan laut dalam hidangan Bila sebut bab makan, orang Malaysia ni sangat suka. Tambah-tambah bila waktu bulan puasa yang dipenuhi dengan pelbagai makanan sedap-sedap dan hidangan ala-ala buffet yang mengiurkan. Tetapi anda akan perasan segelintir mereka yang mengamalkan makan makanan yang tidak bercampur antara makanan laut dan darat. Contohnya kalau dalam pinggannya ada kambing, dia tidak akan mengambil udang. Katanya ikut sunnah Nabi Muhammad S.A.W melalui sebuah hadis. Menurut Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, hadis tersebut adalah palsu. Apa yang sahih adalah hadis berbunyi begini, "Tidak ada tempat yang diisi oleh anak keturunan Adam yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi anak keturunan Adam agar makan sekadar untuk menegakkan tulang sulbinya. Melainkan jika dia tidak dapat mengelak, maka isilah sepertiga untuk makanannya, sepertiga untuk minumannya dan sepertiga untuk nafasnya.” - Riwayat al-Tirmizi (2380)." Makan boleh, tapi jangan sampai terdampar kekenyangan. 5. Boleh jadi gila apabila tidur selepas Subuh atau Asar Tidur adalah nikmat yang diberikan oleh Allah. Sebelum tidur kita penat dan sesudah tidur pastinya kita akan bertenaga semula untuk meneruskan kehidupan. Tapi ada segelintir masyarakat kita yang mengatakan ada hadis yang bangun tidur boleh jadi gila. Ini kerap berlaku sekiranya kita tidur lepas Subuh atau Asar. Tidak ada satu pun hadis mengatakan sebegini dan ianya palsu. Apa yang pasti, kita digalakkan untuk mencari rezeki seawal pagi mungkin kerana pada waktu itu kita bertenaga untuk berkerja. Di sini kita perlu bijak membezakan antara perkara yang ditegah atau cadangan. Garis panduan yang diberi lebih kepada cadangan sekiranya kita mampu membuat dan ada ganjarannya. Jangan salah konteks ye kawan-kawan semua! -CARI
|
4
Bagus |
2
Marah |
6
Terkejut |
4
Sedih |
7
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
krustykrab replied at 12-3-2018 11:55 AM
lagi tt...nak tau apa lagi yg palsu....elok disebarkan...
good job tt
ADVERTISEMENT