Rita Rudaini tidak puas hati dengan sikap Izreen Azminda yang menghilangkan diri dalam media sosial dan menyebabkan dirinya menjadi tempias kecaman netizen.
Sejak Izreen mengumumkan berita pernikahannya, dia terus tidak menghubungi langsung Rita mahupun ingin berjumpa dengannya. Rita berkongsi rasa kecil hatinya pada program Melodi ketika ditemubual dan mengatakan Izreen tidak sepatutnya menutup ruangan komen di Instagram. “Sebelum ini kalau saya kena kecam saya tak pernah tutup komen, biarlah. Saya tak pernah libatkan rakan-rakan keliling. Saya bukannya mahu hentam Izreen tetapi nak beritahu tentang diri saya” “Izreen pun kenapa buat macam ni. Kenapa lari? Kenapa tutup Instagram? Jujurnya saya berkecil hati dan terasa hati dengannya dan sebagai kawan dia tidak sepatutnya buat macam ni” Dia tidak faham mengapa dirinya dikaitkan dengan masalah rumahtangga Izreen dan marah dengan sikap netizen yang mengecam dirinya tentang permasalahan ini. “Memang geram! Lainlah saya yang kahwin dengan suami orang. Masa benda tu pecah saya kena kecam dan bila saya menelefonnya dia kata biarlah. Dia yang tutup komen tetap saya yang kena,” katanya. Rita tidak perlu melayan kecaman netizen lagi dan fokus sahaja kepada kerjaya serta keluarganya. Mudah sahaja, tidak perlu baca komen selepas muatnaik gambar di Instagram! - CARI
|
minahmanja replied at 12-3-2018 04:30 PM
kesian gak kat dia... tp mse kecoh kes dia ngan aqasha dlu dia ade off komen gak kan...
missinpiece replied at 12-3-2018 04:26 PM
Baru hang tau menggelupoq. Bukan sebelum nih hang pun sama naik komen2 sindir2 sokong bagai?
cmf_roll_vT replied at 12-3-2018 04:40 PM
ye padan muka ampa.comolot sgt kan?sindir2 konon..terima la...hg mesti kecewa kenapa aqasha x seba ...
Memang geram! Lainlah saya yang kahwin dengan suami orang.
ADVERTISEMENT