Bagaikan dejavu! Itulah yang berlaku terhadap pasangan suami isteri di Chengdu, China ini, Ye dan Xue yang telah berumah tangga sejak 2011, namun mereka sebenarnya telah ‘disatukan’ dalam sekeping gambar hampir 20 tahun lalu. Bagaimana ia boleh berlaku? Ironinya mereka bertemu dan bercinta tujuh tahun yang lalu hingga dikurniakan anak kembar perempuan, tapi jodoh itu sudah ada dalam gambar tersebut sekian lama. Suratan atau kebetulan? Media tempatan, Sina News melaporkan 4 Mac lalu, terbongkarnya rahsia ini pabila Ye membelek-belek gambar lama isterinya. Pada saat dia melihat sekeping gambar yang memaparkan isterinya sedang duduk di hadapan tugu arca, darahnya tiba-tiba berderau. Manakan tidak, nun di belakang sana, dia juga sedang bersedia untuk diambil gambarnya. Bermakna mereka telah ‘bertemu’ lebih lama dari yang disangka. Seperti drama TV pula rasanya. Nyata tarikh, waktu dan lokasi yang sama adalah pembuka cerita mereka berdua. Mengikut ceritanya, Xue telah ke dataran itu bersama ibunya yang sedang bercuti. Manakala Ye pula bersama rombongannya yang turut bergambar di hadapan tugu arca yang menjadi tarikan di situ. Masing-masing bergambar tanpa mengetahui bahawa itu adalah pasangan yang dikahwininya 18 tahun kemudian! Ye kemudian mencari semula gambarnya di dataran itu lalu mengesahkan situasi yang sama. Bagi mereka, penemuan itu sangat istimewa dan membawa kegembiraan berganda dalam hidup mereka sekeluarga. Kini kisah mereka sudah menjadi tular di China dan juga portal antarabangsa The Mirror. Ramai yang mengulas bahawa mereka sememangnya ditakdirkan untuk bersama! Jadi, cuba lihat gambar remaja anda. Manalah tahu gadis atau pemuda yang lalu lalang di belakang anda itu sebenarnya jodoh yang dicari selama ini. Oh! Dan itu hanya untuk mereka yang masih solo ya. - CARI |
19
Bagus |
4
Marah |
3
Terkejut |
8
Sedih |
15
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
fushimi replied at 13-3-2018 01:37 PM
apa kata sis sis yang belum kawin kat dalam porem ni pergi belek balik gambar gambar lama kot kot j ...
fushimi replied at 13-3-2018 01:37 PM
apa kata sis sis yang belum kawin kat dalam porem ni pergi belek balik gambar gambar lama kot kot j ...
ADVERTISEMENT