Jika penduduk rumah teres di beberapa taman perumahan tertentu pun ada masalah tempat meletak kenderaan, inikan pula kawasan penduduk flat. Hanya mereka yang pernah duduk di perumahan flat memahami perasaan mereka yang berebut ruang parkir. Terbaru, seorang pengguna Twitter dengan nama Adzra memuat naik dua keping gambar memaparkan dua keping surat penduduk di sebuah flat di Wangsa Maju yang 'bertekak' mengenai ruang parkir. Apa yang menarik perhatian adalah surat balas daripada pemilik kenderaan yang disifatkan agak biadab bunyinya. Difahamkan, surat 'dilayangkan' apabila salah seorang penduduk tidak berpuas hati kerana ruang yang sering digunakan untuk meletak keretanya diambil orang lain. "Selama saya duduk di sini, memang ini tempat saya memarkir kereta saya," tulisnya. Reda je la awak tu duduk rumah flat je Rata-rata netizen bersetuju perkara itu tidak sepatutnya diperbesarkan dan sepatutnya, tak perlu ada adegan 'sentap-menyentap' kerana memang begitulah lumrahnya jika menjadi penduduk perumahan flat. "Macam baru duduk flat je makcik tu. "Parking tu memang konsep siapa cepat dia dapat. Tapi, tak payahlah sentap. "Saya rasa perkara ini boleh je dibawa berbincang. "Memang salah makcik tu, tapi jawapan balas dia agak biadab. Boleh je balas elok-elok," komen netizen. Bagaimanapun, ada juga segelintir netizen yang merasakan jawapan berkenaan masuk dek akal dan tidak biadab. |
22
Bagus |
9
Marah |
20
Terkejut |
21
Sedih |
15
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Orix replied at 15-3-2018 01:14 PM
Patutnya umah flat pun kena buat sistem mcm kt kondo, kena ada palang dan pass bulanan bulan2 rm100 ...
krustykrab replied at 15-3-2018 02:43 PM
aku prnh duk flat pprt zaman jepun dulu....prnh jugak terima surat cinta mcm ni, mentang2 la dapo di ...
ADVERTISEMENT