CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dalam Lakonan Je Serius, Sebenarnya Nasir Bilal Khan Ni Pak Lawak

15-3-2018 03:57 PM| Diterbitkan: Cari-Amirah| Dilihat: 11632| Komen: 45|Original author: Oleh: Amirah

Siapa yang mengenali Nasir Bilal Khan pasti tahu karakter yang sering dibawa olehnya dalam mana-mana lakonan. 

Watak yang sering ditawarkan padanya juga sememangnya serius dan Nasir sentiasa berjaya menjiwai watak sebegitu sehingga meninggalkan kesan dalam jiwa penonton.


Foto: Media Hiburan
Namun tidak ramai yang tahu bahawa Nasir merupakan seorang yang suka berlawak dengan rakan seperjuangan. Bukanlah serius seperti yang sering digambarkan dalam lakonan.

“Orang selalu tengok saya ni serius dalam lakonan, watak pun berat-berat tapi sebenarnya saya suka berlawak dengan kawan-kawan.”

“Sebab saya percaya bahawa dengan bergurau dengan kawan-kawan, hubungan itu boleh jadi lebih erat sebab tu suka nak berlawak dengan rakan-rakan.”


“Begitu juga jika di set penggambaran, di luar kamera saya akan cuba berlawak dengan orang sekeliling,” katanya pada Media Hiburan.

Foto: Carian Internet
Siapa sahaja yang melihat Nasir pasti merasakan seperti sukar untuk mendekatinya tetapi apa yang difikirkan tidak sama sebenarnya. Nasir memang seorang yang mesra dan tidaklah serius.

Foto: Carian Internet
“Lepas kolaborasi saya dengan Shiro dalam Maharaja Lawak Mega, sememangnya saya teruja dan ingin mencuba lagi bidang komedi ini.”

“Bila ditawarkan untuk program bersama Bocey, sememangnya saya teruja namun apa yang penting buat saya ialah matlamat. Kalau matlamat betul, tujuan betul, saya okay sahaja.”

“Lagipun kita lihat ketawa itu merupakan terapi paling baik pada manusia. Dalam sambil kita berlawak pun, boleh selitkan juga pengajaran pada umum.”

“Sebab itulah saya terima tawaran ini”, jelasnya lagi ketika MH menemuinya pada sidang media Bocey and Friends Live.

Tidak sabar melihat Nasir dalam program baru ini. Mesti semua ingin lihat perwatakan lawak Nasir yang berbeza dengan sebelum ini. Tidaklah serius saja wataknya. - CARI
12

Bagus
10

Marah
10

Terkejut
7

Sedih
8

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (56 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zulka 15-3-2018 04:08 PM
ye ke lawak, bukan dlu pernah kena penjara ke sebab kes samun drebar teksi..
Quote mieymiey 15-3-2018 04:12 PM
Suka berlawak tak semestinya pak lawak. Kalau lawak menjadi, mungkin la boleh dikategorikan sebagai pak lawak. Kalau lawak hambar?
Quote awekjepun 15-3-2018 04:55 PM
Dia masa muda2 xde gosip bercinta ke? Or apa2 je gosip skandal?
Quote onexox97 15-3-2018 04:56 PM
mesti dia berlakon mahal bayarannya
Quote airmineral 15-3-2018 05:25 PM
xleh imagine camane dia punya lawak
Quote makita 15-3-2018 05:30 PM
Eh bukan dia ni pnh kwen dgn sapa tah nama mcik tu nama mahazan lebih kurang...yg blakon spa que tu...dlm tu pon si mcik mahazan ni skendel ngn hero dlm citer  tu.
Quote Zeatyisaac 15-3-2018 05:37 PM
Azizah Mahzan. Ye ke bekas isteri dia? Atau masih isteri?
Quote hanggukhangguk 15-3-2018 05:39 PM
Met him a few years ago....tinggi, putih, ensem, kemas... Kira helok bg org umur cam heols.
Quote tomaz 15-3-2018 05:54 PM
Dia ni x berbini ke? Mcm xde pulak dgr pasal rumah tangga ngn anak2 beliau
Quote salmon-suki 15-3-2018 07:12 PM
Suka dia ni blakon..xsabar nk tgk watak dia dlm cite munafik 2..hehehe~
Quote lonso 15-3-2018 07:32 PM
onexox97 replied at 15-3-2018 04:56 PM
mesti dia berlakon mahal bayarannya

Dia pnh ckp dlm satu event..dia di jemput dia x kisah berapa rege..lps menang beberapa anugerah artis lain jmpe dia ckp srh dia letak harga sbb kalo dia menang anugerah byrn biasa2..retis ygx pnh anugerah x kan nak bayar tinggi..haha
Quote lonso 15-3-2018 07:33 PM
tomaz replied at 15-3-2018 05:54 PM
Dia ni x berbini ke? Mcm xde pulak dgr pasal rumah tangga ngn anak2 beliau

Katanya dia x tggl kat area selangor tp duduk dkt perak..kalo ada lakonan dia akan stay dkt rmh adik beradik dia..dr apa yg dia cite mcm org kuat tasawuf..berguru...
Quote nooriesz 15-3-2018 07:45 PM
tok adi ni bg watak ape pun jadi jer.. jd penyamun ke penggali kubur pun ok jer tgkkn.. mcm allahyarham m rajoli..
Quote epis 15-3-2018 08:13 PM
BEza die ni mase muda2 dulu dgn skg.. mase muda dgn kurus cengkung nmpak x terurus.. bile dah tua ni nampak segak hah...
Quote nipskacang 15-3-2018 08:16 PM
nooriesz replied at 15-3-2018 07:45 PM
tok adi ni bg watak ape pun jadi jer.. jd penyamun ke penggali kubur pun ok jer tgkkn.. mcm allahyar ...

Rindu nye arwah m.rajoli.  Pastu ade sorg lagi pelakon yg meninggal kat mekah tu,  lpe dah name die..
Quote fadz84 15-3-2018 08:21 PM
menjadi betul NBK ni berlakon jd laki SJ dlm Perempuan Isteri dan ... thn 90an dulu..
Quote BookerT 15-3-2018 08:47 PM
paling lawak mak hayam bilal ni pernah kahwin dengan mak hayam mahzan...mak dapat tahu baca dekat wikipedia berdekah mak gelak...mak imagine macam mana dia dengan gaya dia bercakap tu bila bercakap dengan bini dia...
Quote RamonaFlower 15-3-2018 08:50 PM
nipskacang replied at 15-3-2018 12:16 PM
Rindu nye arwah m.rajoli.  Pastu ade sorg lagi pelakon yg meninggal kat mekah tu,  lpe dah name di ...

Ismail din. Yg tu mmg kelakar. Tgk muka pun kelakar hahahah
Quote borrow 15-3-2018 09:01 PM
Pacit ni dh kawen ek? ai igt single.

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:31 PM GMT+8 , Processed in 0.215666 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top