Perancis mengeluarkan waran tangkap terhadap adik perempuan Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman kerana disyaki mengarahkan pengawal peribadinya memukul pekerja di pangsapuri puteri itu di Paris, kata sumber terdekat kepad AFP pada Khamis.
Memetik The Straits Times, waran tangkap berkenaan menamakan Puteri Hassa Binti Salman menggunakan ejaan bahasa Perancis sebagai Hussat ben Salmane, dikeluarkan akhir Disember lalu, kata sumber, mengesahkan laporan majalah Le Point. Difahamkan, sebelum kejadian mangsa diarahkan untuk menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian di pangsapuri puteri terbabit di Avenue Foch, pada September 2016.
Ketika mengambil gambar di dalam sebuah bilik yang ditugaskan kepadanya, mangsa dituduh mengambil gambar puteri untuk dijual kepada pihak media. Pekerja terbabit mendakwa puteri itu kemudian mengarahkan pengawal peribadinya untuk memukul mangsa. Dia ditumbuk di muka sementara tangannya diikat dan dipaksa mencium kaki puteri. Dia hanya dibenarkan meninggalkan pangsapuri berkenaan beberapa jam kemudian tanpa peralatannya yang dikatakan telah 'dirampas' pengawal peribadi tarbabit. Pengawal peribadi terbabit didakwa pada 1 Oktober 2016 atas tuduhan melakukan keganasan, mencuri dan membuat ugutan bunuh. - CARI
|
9
Bagus |
3
Marah |
8
Terkejut |
5
Sedih |
6
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Minami2013 replied at 16-3-2018 01:24 PM
Bangsa arab mmg mcm tu.. kalau dah nama pekerje mmg treat cam hamba abdi je.. siap cium kaki :sweat3 ...
krustykrab replied at 16-3-2018 02:20 PM
cantik sgt ke puteri tu
melinda_kerr replied at 16-3-2018 02:49 PM
dalam Negara mungkin berbungkus , kalau kat luar Negara mesti sexy puteri ni.
saladin780 replied at 16-3-2018 03:02 PM
yg ni kot?
rasanya puteri2 arab ni..kat saudi kah oversea ka mmg x bungkus kepala pon..marhaen ...
ADVERTISEMENT