CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Gua Terbesar Dunia Di Vietnam, Jelajah Di Dalamnya Ada Sungai Dan Hutan

20-3-2018 10:50 AM| Diterbitkan: Cari-Nora| Dilihat: 5652| Komen: 11|Original author: Oleh: Diba S.

Gua Son Doong terletak di Taman Negara Phong Nha-Ke Bàng, daerah Quang Bình, Vietnam. Gua yang di dalamnya terdapat hutan dan sungai ini sepanjang 8.8 km dan tinggi kira-kira 40 tingkat! Wow! 


Pada tahun 1991 gua ini ditemui oleh warga tempatan yang bernama Ho Khanh, namun tak banyak yang tahu dan berani menjelajahinya. Kemudian pada tahun 2009, Howard Limbert seorang penjelajah berasal dari tanah Inggeris datang untuk melakukan kajian. 

Gua yang tercipta pada 2 hingga 5 juta tahun yang lalu ini terbentuk hasil daripada pengikisan air sungai bawah tanah di pergunungan batu kapur. Fenomena itulah yang membuatnya memiliki lubang besar di pintu-pintu gua. 

Foto:Liburmulu.com

Gua ini digelar Son Doong yang bermaksud gua gunung sungai.Berminat nak jelajah gua ini? 

Anda harus memasuki gua ini secara vertikal dengan ketinggian 80 meter. Sifat tenang dan tidak panik sangat penting dalam melakukan kegiatan seperti ini.

Foto:Liburmulu.com
Pengunjung juga boleh mendirikan khemah berdekatan Han of Dog, iaitu sebuah stalagmit raksasa yang berbentuk seperti cakar anjing. Kebiasaannya jika anda gemar menjelajah gua anda hanya akan nampak kegelapan dan batuan. 

Foto:Liburmulu.com
Namun berbeza dengan Son Doong yang ditumbuhi pepohonan lebat hingga terbentuk menjadi hutan. Bahkan menjadi rumah bagi haiwan seperti monyet dan tupai terbang. 

Terbentuknya hutan ini kerana adanya atap gua yang runtuh pada beberapa abad yang lalu. Terdapat pemandangan yang unik yang dapat dilihat di gua Son Doong ini, iaitu sebahagian gua yang diselimuti oleh hamparan alga. 

Bukan hanya itu, bahagian dalamannya juga menawan kerana mutiara yang menempel di dindingnya. Mutiara pasir ini dihasilkan selama ratusan tahun, akibat titisan air yang kemudian mengering, dan meninggalkan lapisan-lapisan kristal pada butiran pasir.

Foto:Liburmulu.com
Cara untuk ke sini:

Anda harus terlebih dahulu tiba di Ho Chi Minh City atau Hanoi, kemudian menuju ke Taman Nasional Phong Nha-Ke Bàng, dengan bas yang berangkat setiap hari menuju Phong Nha. Alternatif lain dengan menggunakan kereta yang berangkat setiap hari dari dan ke kota Dong Hoi.

Foto:Liburmulu.com
Barulah kemudian perjalanan dapat dilanjutkan menuju Phong Nha. Sebaiknya anda menggunakan khidmat agen pelancongan agar lebih aman dalam menjelajah gua ini.

Jom, tak sabarnya nak jelajah gua ni! -CARI
34

Bagus
24

Marah
15

Terkejut
46

Sedih
37

Lawak
28

Bosan

Friends Rank (184 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Supersirap 20-3-2018 11:17 AM
Subhanallah, hebat sungguh ciptaannya
Quote Artemesiaa 20-3-2018 11:40 AM
Wah menarik macam yang kat Jogja tapi yang ni lagi besar
Quote saviour_09 20-3-2018 11:58 AM
Subhanallah
kalo kat sini boleh jugak usha2

tapi biasa la orang kita alergik dgn tempat2 macam ni
dah viral je berbondong la datang dgn sampah sarap
lepas tu tinggal camtu je
perangai
Quote Levespa 20-3-2018 12:00 PM
cantiknyaa{:childlike
Quote syue86 20-3-2018 12:06 PM
waaa cantiknya mutiara pasir tu!
Quote umbut 20-3-2018 12:57 PM
Asal aku geli tgk mutiara pasir tu
Quote cicicumel 20-3-2018 01:40 PM
Rasanya dorang limitkan jumlah pengunjung per year..bkn bleh masuk sesuka hati sbb tmpt ni sgt luarbiasa.
Quote cmf_premierleag 20-3-2018 04:21 PM
tempat ni mmg superb pun sbb ada pantai di dalam gua..ye, beach dan pasir dan sungai..ala2 kat redang gituh..cantik sgt
akak penah tgk dokumentari psl gua ni kat NatGeo
Quote jofizo 20-3-2018 08:00 PM
1991 baru ditemui, maknanya byk lg hutan kt vietnam blm diteroka
Quote zaliza 21-3-2018 10:45 AM
MasyaaAllah.. cantiknyerrr ..
Quote aunisofia 11-4-2018 08:41 AM
cantiknya.....tapi geli la tgk mutiara pasir tu...

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:17 PM GMT+8 , Processed in 0.066312 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top