Gara-gara cuba meleraikan pergaduhan antara anak dan menantunya, wanita berusia 50-an hampir kehilangan tiga jari kirinya akibat terkena pedang samurai.
BH Online melaporkan, kejadian 5 pagi itu berlaku di sebuah rumah di Jalan Air Jernih, Kuala Terengganu pada Ahad. Difahamkan, anak lelaki mangsa berusia 30-an yang juga bekerja sendiri dan menantunya berusia 27 tahun berselisih faham mengenai wang. Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar, pertengkaran melarat hingga suspek tiba-tiba mengeluarkan pedang samurai dan cuba melibas isterinya. "Mangsa yang menyedari kekecohan itu cuba meleraikan pergaduhan pasangan berkenaan dan mangsa yang terkejut melihat suspek mengeluarkan senjata itu bertindak menahan serangan terbabit menggunakan tangan kirinya.
"Melihat keadaan ibunya, suspek menuduh isterinya bertanggungjawab menyebabkan ibunya cedera sebelum membawa mangsa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah. "Bagaimanapun, suspek dipercayai melarikan diri sebaik menghantar ibu dan isterinya ke hospital itu," katanya. Suspek ditahan susulan laporan dibuat menantu mangsa dan kini direman empat hari untuk siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan parah menggunakan senjata atau lain-lain benda berbahaya. - CARI
|
12
Bagus |
10
Marah |
13
Terkejut |
10
Sedih |
5
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
jazaa100: Terengganu.....Dadah & rogol ....
haryatie replied at 20-3-2018 11:20 AM
giler nya laki..
nak membunuh apa..
susah rupanya berlaki ni yer...
haryatie replied at 20-3-2018 11:20 AM
giler nya laki..
nak membunuh apa..
susah rupanya berlaki ni yer...
ADVERTISEMENT