Pendidikan sangat penting kepada anak-anak. Sebab itulah, sejak kecil lagi, ibu bapa akan menghantar anak-anak ke sekolah tadika. Apabila anak-anak mula bersekolah, ibu bapa akan mula risau memikirkan masa depan mereka. Jika boleh, ibu bapa mahu anak-anak mereka serba boleh iaitu bijak dalam pelajaran, mahir dalam pelbagai kemahiran dan mempunyai nilai kepimpinan yang hebat. Apabila ibu bapa menaruh harapan yang terlalu tinggi, anak-anak sebenarnya terbeban dan menjadi mangsa keadaan. Dalam pelajaran, ada ibu bapa terlalu menekan anak-anak supaya mendapat markah paling tinggi dan mula membandingkan keputusan peperiksaan dengan murid lain. Sudahlah sistem pendidikan dan silibus di sekolah sekarang ini terlalu mencabar bagi anak-anak, ditambah pula dengan sikap ibu bapa yang suka memaksa. Kesannya, anak-anak tertekan dan membesar dengan suasana yang tidak sihat. Seorang pengguna Facebook, Aizuddin Ismail berkongsi kisah seorang budak lelaki berumur 10 tahun yang terfikir untuk membunuh diri akibat tertekan dengan pelajaran dan sikap ibu bapanya. Seolah tidak logik akal apabila budak sekecil itu sudah memikirkan perkara sebegitu. Ramai netizen yang terkejut dan tidak menyangka kanak-kanak tahun 4 sudah mampu berfikir untuk membunuh diri. Hal ini sangat parah dalam masyarakat kita sekarang. Netizen mengecam ibu bapa tersebut yang terlalu mementingkan diri sendiri dan tidak menghiraukan perasaan dan kemampuan anaknya. Netizen turut risau dengan sistem pendidikan dan silibus pelajaran di sekolah yang semakin mencabar. Bukan sahaja murid-murid yang mengalami masalah, malah guru-guru dan ibu bapa juga. Ibu bapa yang ada anak-anak yang bersekolah tu, janganlah terlalu menekan anak-anak semata-mata untuk menurut kemahuan sendiri. Jika ibu bapa tidak stres dan tertekan dengan pelajaran anak-anak, sebenarnya semakin tinggi potensi anak-anak untuk berjaya hasil daripada motivasi mereka sendiri dan bukannya dipaksa. - CARI |
2
Bagus |
6
Marah |
3
Terkejut |
12
Sedih |
4
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
myakayina: aku prefer mental yg sihat utk anak2..dari gred yg bagus tapi end up bunuh diri dan dendam dgn mak bapak..klu dah tu setakat yg dia mampu , kita kena ...
ADVERTISEMENT