CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak 6 Tahun Maut, Basikal 'Hancur' Dilanggar Lari

20-3-2018 10:29 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4831| Komen: 26

Kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun maut akibat cedera parah selepas basikal ditunggangnya dipercayai dirempuh kereta dari belakang di Kilometer 16 Jalan Teluk Intan-Kampung Gajah, jam 12 tengah hari semalam, lapor BH Online.



Gambar Hiasan

Difahamkan, Muhammad Aqil Wafiy Mohd Yusof, 6, yang baru menyambut ulang tahun pada 8 Mac lalu meninggal dunia di lokasi kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Marzhuki Mohd Mokhtar mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 12.15 tengah hari.

"Kita dimaklumkan berlaku kemalangan membabitkan basikal dengan sebuah kenderaan yang tidak dapat dipastikan.


"Kanak-kanak terbabit dipercayai dilanggar lari kenderaan dipandu orang yang tidak dikenal pasti.

"Basikal dan kenderaan itu dipercayai dari arah yang sama iaitu Kampung Gajah menghala ke Teluk Intan," katanya.

Kejadian disaksikan lelaki berusia 34 tahun yang mendakwa mangsa dirempuh Proton Waja berwarna hijau, namun tidak dapat memastikan nombor pendaftarannya.

"Mangsa cedera parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala basikalnya rosak teruk.

"Mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Teluk Intan untuk dibedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga," katanya.

Misi mengesan pemandu terbabit kini giat dilakukan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987. - CARI
12

Bagus
23

Marah
17

Terkejut
13

Sedih
9

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (87 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sazida 20-3-2018 10:35 AM
Mohon mampos si pelanggar tu. Haram jadah betul.,,
Quote MH3707 20-3-2018 10:41 AM
teringat kes kat jb last time...yg sekumpulan budak bawak basikal mati kene lenyek motokar...
Quote Burong_Hantuk 20-3-2018 10:51 AM
kasihan.al fatihah
Quote vanillaninja 20-3-2018 11:02 AM
Innalillah, takziah buat family.

Semoga driver yang langgar lari dihantui rasa bersalah sampai la he/sheols menyerah diri.
Quote noor2 20-3-2018 11:08 AM
Inalillah. .umur 6 tahun patut ibu bapa pantau anak. ..tambah2 naik basikal di jalan raya. .

Moga yang melanggar tu tampil. ..
Quote idakamaruddin 20-3-2018 11:09 AM
Innalillah alahai dik anak tu baya anak iolss

cane ye budak besar tu dh bole bawa basikal kt jalan besar...

anak iols yg sama baya main kt luar pagar rumah pn iols pastikan dia berteman... sbb iols rasa dia kecik sgt2 lg...
Quote prettyuglybabe 20-3-2018 11:12 AM
anak 6 tahun di biar main basikal kat jalan besar ke?
Quote moonbug 20-3-2018 11:16 AM
Takziah. Harap driver yg tak bertanggungjawab tu dihadapkan ke mahkamah
Quote haryatie 20-3-2018 11:23 AM
6 tahun dibiar bwk basikal kt jalan besar ker..
Quote mieymiey 20-3-2018 11:44 AM
Mak ayah budak tu mana? Kenapa budak tu sampai boleh bawa basikal sendirian di jalan raya besar?
Semoga pemandu yang tak bertanggungjawab tu cepat dijumpai. Nak lari mana weyh?
Quote grizz 20-3-2018 12:38 PM
owh..tringat spupu iolls kne langgar kete time nek basikal blek skolah..
koma 2minggu pstu innalillah..
kt perak gak la kejadian itu..
Quote jazaa100 20-3-2018 01:06 PM
Ni cuti sek, aku sikit goyang bawak keta kat tempat pprt....

Bebudak bersepah naik basikal mcm jln tu tok wan dia yg punya....

Ni budak 6thn dah bawak basikal kat jlnraya, nak pergi mana?
Quote ~boolean 20-3-2018 01:09 PM
Selain salahkan parents budak,

Boleh tak kita carutkan bangsat yang langgar budak ni...
Apa babi langgar budak kecil langsung tiada rasa tanggungjawab nak berhenti.
Quote jue10 20-3-2018 01:44 PM
ya allah... cmne la perasaan fmly dia nk2 mak dia

bru start cuti skola ni makpak tlg laaaa pantau ank2. cmne bdk ni blh ada dijln raya tghari ni . bdk2 mna tau apa. kita yg kena jga dorg
Quote mintu 20-3-2018 02:10 PM
iols masa hari pertama cuti persekolahan berlaku 2 kejadian.  
1. budak lelaki umur dlm 11 tahun baring kat jalan raya. kawan sorang lagi tengok dari tepi jalan.
2. budak umur 3-4tahun lari2 keluar ke jalan raya kawasan perumahan.
yg kes 1, salah budak tu sendiri,  dia da bole bfikir.  tapi kes 2, itu iols salahkan mak bapak sebab dorang xde akal lagi.
tapi budak2 ni selamat,  iols dapat elak.
Quote meya 20-3-2018 03:45 PM
Jangan biarkan anak-anak bawa basikal sorang sorang bahaya sekarang ni.  Saya faham kadang tu desakan hidup.  Ramai ibu bapa seakan membiarkan anak untuk berdikari awal sangat.  

Dulu aman aman saja kalau berbasikal.
Quote azimodin 20-3-2018 04:08 PM
Aduhai, baru 6 tahun. musim cuti sekolah ni mmg aku drive slow2 kat kawasan rumah. geng2 basikal kemian berleluasa lagi dari subuh bawak ke tengah malam. selamber je bawak macam ular pastu acah2 nak sagat lutut kat jalan. Dulu pernah la ada sorang mamat prihatin luahkan kebimbangan dalam group whatsapp lalu dihencap oleh sorang makcik bawang dengan ayat "macam la masa korang kecik2 x main basikal kat atas jalan"
Quote iszablack 20-3-2018 04:28 PM
Kesiannya... kecik lagi.. innalillah..
Quote iszablack 20-3-2018 04:29 PM
mintu replied at 20-3-2018 02:10 PM
iols masa hari pertama cuti persekolahan berlaku 2 kejadian.  
1. budak lelaki umur dlm 11 tahun b ...

Ngerinya keadaan no 1 tu.. kalau la ada kereta tgh laju... huhu

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 12:16 PM GMT+8 , Processed in 0.259364 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top