Satu perangai netizen di Malaysia adalah cepat benar membuat andaian sendiri, bahkan mereka gemar mengecam tindakan seseorang tanpa mengetahui cerita sebenar terlebih dahulu.
Baru-baru ini, seorang netizen (@skinnyondinie) di Twitter telah mengecam tindakan atlet lasak negara, Redha Rozlan atau lebih dikenali sebagai Mat Redho kerana telah melakukan rope swing bersama anaknya yang masih kecil. Netizen tersebut bukan sahaja mengecam tindakan bapa itu, bahkan turut menyifatkan operator sukan ekstrem Rentas Adventure tidak bertanggungjawab kerana membenarkan aksi tersebut walaupun dilengkapi dengan peralatan keselamatan.
Sebelum itu, Mat Redho yang sebelum ini terkenal dengan aksinya dalam Ninja Warriors Vietnam telah memuat naik beberapa video memaparkan aksi berani dia dan anak kecilnya ketika terjun dari Jambatan di Kuala Kubu Baru, Selangor. Menerusi posting di Instagramnya, Mat Redho memaklumkan bahawa terjunan tersebut bukanlah dilakukan secara paksaan tetapi anaknya sendiri memohon untuk terjun dan dia sebagai bapa memang mengambil kira keselamatan anaknya dengan memakaikan abah-abah yang diikat pada badannya. Secara logik, pasti Mat Redho tahu apa langkah keselamatan yang perlu diambil untuk melakukan aksi ekstrem seperti ini kerana dia lebih berpengalaman dan tahu had-hadnya. Tweet daripada netizen terbabit turut tidak dipersetujui netizen lain dan menyifatkan tweet tersebut sekadar ingin meraih retweet yang banyak tanpa berfikir sedalam-dalamnya. Mujur juga ada netizen yang tahu cerita sebenar, jadi sebelum anda mengecam apa-apa tindakan orang lain, selidik dan dapatkan kisah sebenar terlebih dahulu. Jangan cepat sangat nak melatah. - CARI
|
13
Bagus |
17
Marah |
13
Terkejut |
17
Sedih |
14
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
multinicky: so, ni ke ciri2 apak2 kesukaan bbnu sekarang?? xlm lpsni sorg tu pon mgkn tiru kot..
multinicky: so, ni ke ciri2 apak2 kesukaan bbnu sekarang?? xlm lpsni sorg tu pon mgkn tiru kot..
prettyuglybabe replied at 20-3-2018 05:49 PM
hebat anak dia dua tahun dah pandai request ek..
anyway, aktiviti kat jambatan tu berlesen berinsur ...
ADVERTISEMENT