Ada saja cakap sumbang yang mengatakan Hanez Suraya mempunyai mengalami masalah rumah tangga. Namun dia menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan jualan sambal bilisnya itu bukanlah sebab dia ingin mencari pendapatan sendiri untuk kelangsungan hidup yang dikatakan berantakan itu. “Semua itu hanya andaian sesetengah orang. Bagi saya, mereka memang boleh terus berteka-teki dan mulut masing-masing tentu saja bukan mudah untuk ditutup. Dakwaan kononnya rumah tangga kami goyah tidak betul”
“Malah, pada 14 Mac lalu, saya dan suami menyambut ulang tahun ketiga perkahwinan kami. Sebelum ini pun saya ada menjalankan perniagaan tudung dan koleksi pakaian sedia untuk pakai. Ketika itu, tiada pula isu saya berniaga sebab rumah tangga berantakan,” jelasnya kepada BH Online. Dalam pada itu, dia juga menasihati golongan wanita perlu berusaha untuk meningkatkan pendapatan diri sendiri. Jualan sambal bilis ini menjadikan dirinya bersemangat untuk meneruskan perniagaan. “Sebagai wanita, saya rasa kita perlu ada pendapatan sendiri. Ia memudahkan kita untuk mendapatkan apa yang diingini. Sebelum berkahwin lagi saya sudah terbiasa dengan berbelanja duit sendiri, hasil aktiviti lakonan” “Lagipun, saya ada tanggungan sendiri seperti cukai pendapatan, kereta dan sebagainya. Saya juga ada ibu bapa yang nak ditanggung, selain keperluan diri,” katanya. Kita tidak boleh henti daripada tuduhan liar orang. Jadi abaikan sahaja. Semoga perniagaan sambal bilis semakin maju dan berjaya dipasarkan dengan lebih jauh. - CARI
|
8
Bagus |
16
Marah |
13
Terkejut |
25
Sedih |
16
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
sharlenetexas replied at 21-3-2018 03:26 PM
Best ke? Sbb selalu jumpa punyalah banyak biji lada. Bilisnnya berapa ekor je.
Untung datin paduk ...
syidasaleh replied at 21-3-2018 03:32 PM
Takkan jual sambal dah berantakan.lain la dia jual cincin nikah ke kete laki dia ke.
cmf_blingblings replied at 21-3-2018 03:35 PM
tapi kira bagus laki dia, kasi bini keluar jimba-jimba dgn geng beminggu lamanya, Paris, Dubai, Ba ...
ADVERTISEMENT