Warga Cyberjaya, untunglah ada tempat makan sedap seperti Bawal Power Sempoi. Apa yang best di sini? Bayangkan hanya RM15 anda boleh menikmati makan tengahari yang enak lagi memuaskan.
Tempat ini popular di kalangan orang-orang yang bekerja sekitar Cyberjaya dan Putrajaya. Mana taknya, mereka menyediakan aneka makanan laut bakar dan goreng. Antara menu wajib cuba ialah Sotong Bakar Percik and Bawal Goreng. Anda juga boleh memesan set menu di sini. Ia dihidang bersama nasi, kuah kari ikan, bendi, sambal dan ulam.
Setiap jenis makanan laut seperti sotong dan ikan dijual pada harga tetap tanpa mengikut saiz. Jika anda memesan set menu, nasi boleh ditambah secara percuma. Dijamin puas hati dan kenyang. Saiz makanan laut juga cukup besar dan anda boleh memesan beraneka menu bersama rakan atau keluarga dan kongsi bersama. Paling penting makanan laut yang disajikan di sini segar, dibeli dari pasar berhampiran. Harga Set Menu (set bakar atau goreng termasuk nasi & ulam): Sotong - RM15 Siakap - RM15 Bawal - RM11 Kembung - RM10 Cencaru - RM10 Keli - RM8 Pari - RM8 Info lokasi: TSI Sport Arena Food Court, Jalan Usahawan 2, Cyberjaya 011-3533 1741 11am - 4pm (tutup Ahad) FB: https://www.facebook.com/Bawal-Power-Sempoi-Cyberjaya-1433968970258997/ Terliur tengok gambar. Mereka yang duduk di luar Cyberjaya atau Putrajaya kami jamin sungguh berbaloi makan di sini! Jom, tunggu apa lagi! - CARI
|
ADVERTISEMENT