Hari jadi adalah hari yang amat penting bagi sesetengah orang dan ia diraikan dengan pelbagai cara. Sama ada ia diraikan dengan memberikan hadiah yang istimewa, mengadakan jamuan dan acara memotong kek hari jadi dan atau diberi kejutan yang kreatif daripada pasangan, ahli keluarga atau kawan-kawan. Ia dilakukan semata-mata untuk mengembirakan dan menghargai orang tersayang. Bagi pasangan suami isteri, pasti tidak mahu melupakan tarikh hari jadi pasangan masing-masing bukan? Kadang kala pening juga memikirkan hadiah yang sesuai agar pasangan berasa gembira menyambut ulang tahun kelahiran yang hanya setahun sekali. Sebab itulah penting bagi suami atau isteri itu mengenali dan memahami minat, hobi atau kesukaan pasangannya agar hadiah yang diberikan benar-benar istimewa dan dihargai. Kisah kejutan hari jadi yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Encik Amar ini begitu menarik dan unik. Dia sendiri tidak menyangka bahawa isteri kesayangan berani membuat kerja gila dengan ‘mencuri’ keretanya selama seminggu untuk dicat dengan warna baru sebagai hadiah hari jadinya. Dia siap sebarkan kehilangan keretanya di Facebook dengan harapan ada orang yang menjumpai. Laporan polis juga dibuat. Netizen berasa terhibur dan tergelak dengan kejutan atau prank yang dibuat oleh isteri lelaki tersebut. Mereka mengakui yang isterinya begitu kreatif dan berani. Sedangkan si suami begitu resah dan tidak senang duduk selama seminggu kerana memikirkan keretanya yang hilang. Netizen juga mengangap yang isteri lelaki tersebut begitu menyanyanginya malah memahami dan menyokong minatnya pada kereta sehingga sanggup memberikan kejutan yang luar biasa. Lelaki tersebut pada mulanya ingin marah tetapi pada masa yang sama berasa sangat lega dan gembira kerana menjumpai semula keretanya dengan cat baru berwarna merah. Sekarang memang sudah menjadi trend menyambut hari jadi dengan membuat prank kepada mereka yang ingin diraikan. Ia tidaklah salah tetapi aspek keselamatan juga perlu diambil kira. Jangan memberi kejutan yang melampau dan membahayakan sudahlah. - CARI |
sarahmirza replied at 22-3-2018 11:17 AM
Boleh dakwa menyusahkan polis tak?
Prank tahap mengada2...
Ingat cool ke?
alieyrina replied at 22-3-2018 04:37 AM
Pls tell me yg laki bini ni skolah x tinggi...
haryatie replied at 22-3-2018 11:20 AM
zamn sekrang org suka nak show off, nak mintak org viral jerk
konon mereka lah couple sporting, lov ...
ADVERTISEMENT