CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Pergi Solat Sekejap Je, Kena Tinggal Kapal Terbang" - Wanita Luah Rasa Tak Puas Hati

22-3-2018 12:15 PM| Diterbitkan: Cari-Aimi| Dilihat: 9312| Komen: 58|Original author: Oleh: Aimi

Pelbagai kerenah perlu dihadapi jika bekerja di syarikat penerbangan. Macam-macam aduan diterima dari penumpang dari sekecil-kecil masalah hingga ke serius.

Di Facebook, seorang wanita memuat naik status tentang rasa tidak puas hatinya terhadap sebuah syarikat penerbangan. Hanya kerana terlewat lima minit untuk menunaikan solat subuh, dia tidak dapat menaiki kapal terbang.



Wanita itu kecewa sangat dengan syarikat penerbangan berkenaan kerana tidak bertimbang rasa. Menurutnya, bukan hanya dia seorang tetapi ada enam lagi penumpang menerima nasib serupa.

Katanya, dia terkilan dengan syarikat penerbangan itu kerana dia dapat melihat masih ada penumpang yang beratur menunggu kerusi untuk diduduki.


Perkongsian itu mendapat perhatian netizen yang rata-rata bersimpati dengan nasib wanita berkenaan, kerana bukan semua mampu untuk membeli tiket baru. 

Dalam masa sama, mereka turut merasakan Syarikat penerbangan tersebut bersikap penting diri.



Namun, ada juga segelintir netizen menghentam wanita berkenaan kerana dia sepatutnya perlu menghormati prosedur yang telah ditetapkan. Solat bukan halangan dan boleh saja dilakukan ketika dalam perjalanan. 

Lebih haru, ada juga yang mengutuk tatabahasa Bahasa Inggerisnya sampaikan susah untuk memahami jalan cerita yang cuba disampaikan.



Ada yang pernah mengalami pengalaman tertinggal pengangkutan awam? Cuba kongsikan sedikit. - CARI
3

Bagus
3

Marah
8

Terkejut
4

Sedih

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (23 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nazzse 22-3-2018 12:31 PM
Nasib tak baik agaknya..iols ok jer boleh masuk pergi solat wlpun dah final call, siap crew tlg tengokkan beg lagi
Quote HoneyManjer 22-3-2018 12:32 PM
Hmm...
Ntahla...flight ni xleh memain...bukan semacam bas...boleh tggu sampei penuh baru gerak...

Which u already knew...

So, time management lah dik...kalau flight ko 2 / 3 jam...leh jer solat atas flight...

Anyway..cek pun x pandai...ni just pendapat cek
Quote ladybugz 22-3-2018 12:33 PM
Pernah juga mintak dulu kebenaran utk solat since surau tu just berdepan dgn gate sementara nk tunggu boarding n tanya dulu brapa minit yg ada to spare. Jika ade kesempatan boleh la. N petugas air asia kat situ bagi je cume bagi time limit. Jgn simply keluar. Kita kan ade mulut so tanya baik2 terlebih dahulu.
Quote haryatie 22-3-2018 12:40 PM
ingat naik bus ker..
Quote moonbug 22-3-2018 12:52 PM
Alaaaa kenapa tak tulis Bahasa Melayu je sis
Quote Artemesiaa 22-3-2018 12:55 PM
Apa juga alasan kenalah ikut procedure yang ditetapkan lagi pun bukan kita je nak naik pesawat tu ada beratus penumpang lain juga.  Nak solat atas pesawat nanti pun boleh je solat tak semestinya nak kena guna surau.  Tak pun untuk lebih selesa jangan pilih waktu penerbangan yang hampir sama dengan masuk waktu solat kalau nak bersolat disurau juga.
Quote hady_vit 22-3-2018 12:56 PM
aku rasa makcik ni salah besar sb nak post tu biar proper dan tertib ke? tak paham apa yg dibebelkan.
Quote pearl.silver 22-3-2018 12:59 PM
Kau punya flight pukul berapa
Masa beli tiket tu patut dah boleh agak nk sampai airport pukul berapa, nk solat pukul berapa. Dah boleh expect apa nk buat klu surau jauh dr boarding gate. Atur siap2..pki baju yg xleceh nk kne sarung telekung,nk lipat balik segala..alahaiii tau nak membawang je keje nye
Quote Nenasketum 22-3-2018 01:04 PM
Ape kebender acik ni tulis. Macam main2 jerk. Tulis yindon pon orang mesia paham cik!
Quote sufi^_^ 22-3-2018 01:08 PM
Boarding dia pukul 6 pagi.
Masa tu dia dah masuk kat boarding area tu, dah masuk waktu subuh so dia pun gi solat kat surau dekat boarding area juga.
Lepas habis solat staff AA dah tak bagi dia + 5 other passengers boarding sebab gate dah tutup.
Tapi penumpang lain yang dah masuk gate masih queue up kat bridge tu, maknanya masih ada yang belum masuk pesawat.
Quote sufi^_^ 22-3-2018 01:10 PM
Patutnya dia check dulu sama staff AA tu, kalau saya gi solat jap agak2 sempat tak boarding?
Atau to be safe, solat je dalam pesawat.

Memanglah boleh mintak budi bicara, tapi nanti berapa banyak pulak budi bicara nak kena bagi kalau semua orang beralasan?
Quote Dollyzzzz 22-3-2018 01:11 PM
Elok je org lain solat dlm flight. Ambik wuduk siap2 dan pakai stokin dan sarung tgn kot risau tersentuh ke apa ke..
Quote prettyuglybabe 22-3-2018 01:18 PM
dah tau AA memang macam-macam, ikut je la regulation..
Quote shuk_one 22-3-2018 01:22 PM
kalau flight pagi selalu macam tu.. sangat tergesa2..

Quote missinpiece 22-3-2018 01:29 PM
Org je nak kena ikut budi bicara dia
Quote Iema5008 22-3-2018 01:33 PM
sufi^_^ replied at 22-3-2018 01:08 PM
Boarding dia pukul 6 pagi.
Masa tu dia dah masuk kat boarding area tu, dah masuk waktu subuh so dia ...

Rasanya staff air asia x lah sekejam itu...
Mungkin dia silap ttg masa boarding. Atau silap ttg apa maksud boarding?
Kenapa nak jadikan alasan takut tak sempat solat lepas tu flight thempas.. aish aku such kenot brain org bgini..

Boleh saja solat dlm flight, masa 20 minit tu bukan lama cik kak mlain kn hang jantan.. ni nak urus tudung nak urus telekung nak ambek ayaq lg..

And please jgn guna agama nak tunjukkn diri tu suci n pjaga gate tu kafir dan bdosa.. kalau dah seploh orang mcm hang dok nak last minit solat2(bg aku 20 minit bfore depature tu last minit dah) so brp.lama nak delay...

Tak reti tanya ka che kak? Hang reti pesbuk tp x reti tnya kat org jga gate tu.. aku geram sbb last flight aritu satu flight dgn makcik bawang.. kibas2 libas2 tudung and expect aku bg ruang kat dia lebih.. bg takzirah bagai huahuah.. padan muka aku free hair.. siap mintak nak duk tepi tingkap sbb nk extra ruang nak solat... aku tido je lah.. 6 jam hazab...
Quote sufi^_^ 22-3-2018 01:39 PM
Iema5008 replied at 22-3-2018 05:33 AM
Rasanya staff air asia x lah sekejam itu...
Mungkin dia silap ttg masa boarding. Atau silap ttg  ...

True, actually boleh je dia tanya dulu staff AA.

Sefaham I, boarding time tu kita dah start naik pesawat.
Patutnya tak yah lah nak gi mana2 lagi, tunggu je kat dalam tu sampai dorang panggil masuk pesawat,
unless memang ada announcement kata flight delay.
Quote Iema5008 22-3-2018 02:17 PM
sufi^_^ replied at 22-3-2018 01:39 PM
True, actually boleh je dia tanya dulu staff AA.

Sefaham I, boarding time tu kita dah start nai ...

Apatah lagi airlines mcm air asia ni... kita pun tau peel dia mcm mna..tpksa ikut rules dia wlaupun kdg2 logic dalam x logic... yg tak betul sgt tu tak pa lah.. mcm kes basikal cyclist tu hancur oleh ground staff, yg ni totally mistake air asia.. tp hat boarding time ni aku ssh nk trima.. mungkin pada aku makcik ni x paham maksud boarding dan blepas.. ke aku yg x paham haba
tp dengan air asia la kebanyakkn kita mampu jelajah dunia luar.. lgpun air asia nk byr kat mahb tu bukan sikit.. lmbt2 delay2 layan peel makcik ni, azab nk bayar tau. Hahah.. air asia pun nk bt untung wlaupun kdg2 harga tiket last minit x masuk akal...
Quote annehuda 22-3-2018 04:56 PM
aku rasa akak ni maybe tak paham kot boarding time dgn kapal terbang berlepas tu bile. maybe die beli tiket tu waktu berlepas pkl 6.45 pg, tp pas print boarding pass tgk boarding time pkl 6 pg, eh takpela aku gi solat dulu flight terbang pun 6.45. ello akak sedangkan naik bas pun ko kene tunggu 15 minit awal kt terminal.

pastu boarding pass die tak terkoyak plak tu. kalau btul ko dh masuk gate, bkn ke kalau kt klia bukak siap2 pintu tu die dah koyak dah boarding pass tu?

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 02:51 AM GMT+8 , Processed in 0.037547 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top