CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Wanna One Tak Sedar Perangai Tak Senonoh Disiar Secara Langsung

22-3-2018 12:32 PM| Diterbitkan: Cari-suzy| Dilihat: 8345| Komen: 30|Original author: Oleh: Suzy


Kumpulan K-Pop yang sangat popular di Korea Selatan, Wanna One sedang berdepan dengan kontroversi baru-baru ini dan membuat orang ramai terutama peminat menjadi tidak keruan.

Kumpulan yang dibentuk daripada program realiti "Produce 101" itu sedang dalam rangka promosi album baru mereka "0 + 1 = 1 (I Promise You)."

Untuk meraikan kemunculan semula mereka, kumpulan itu muncul di "Star Live" terbitan Mnet pada 19 Mac, kira-kira empat jam sebelum album mereka dilancarkan.



Ketika di bilik menunggu, dapat dilihat ahli-ahli Wanna One mula melompat-lompat sambil bergurau mengenai soalan wawancara dan membuat komen mengejutkan. 

Malangnya, mereka tidak menyedari bahawa aksi mereka sedang dirakamkan kamera secara langsung.

Park Woo Jin, yang memegang kamera dengan selfie stick, merakamkan aksi rakan-rakannya sambil mengeluarkan soalan-soalan yang sensitif pada pendapat peminat kpop. 

Kang Daniel: "Mengapa kita tidak menerima bayaran?"
Park Ji Hoon: "Kenapa kita hanya mendapat 20 peratus?"
Ong Seung Wu: "Mengapa kita tidak tidur? Mengapa kita tidak mempunyai kebebasan?"


Sumber foto: YMC Entertainment

Seorang kakitangan wanita kemudian memotong percakapan mereka dan berkata, "Baik semua, mari bersedia untuk siaran langsung".

Walau bagaimanapun, ahli Wanna One masih berdegil dan mula membuat kenyataan lagi.

Park Ji Hoon: "Saya akan mendedahkan nombor telefon bimbit saya."
Kang Daniel: "Saya membuang air besar pagi ini."
Ha Sung Woon: "Baik saya mencarut sekarang sebelum bersiaran langsung. F * ck, f * ck, f * ck, f * ck."

Seorang lagi ahli Wanna One, Lai Kuan Lin, memanggil Sasaeng – peminat obsesif, dan berkata, "Sorento (jenama kereta), apa yang awak lakukan di bawah rumah kami semalam? Berhenti datang ke rumah kami."

Satu lagi suara dari latar belakang berkata, "Dae-ddal-gak, hanya yang cantik," yang bermaksud "Jerk off, hanya yang cantik," bermaksud hanya yang cantik dibenarkan berada di situ.


Sumber foto: Dispatch

Sehubungan itu, netizen menyelar tindakan Wanna One selepas siaran yang mengejutkan itu dan ramai peminat menyatakan kekecewaan terhadap tingkah laku idola mereka. 

Seorang kakitangan Mnet mengesahkan bahawa penyiaran video itu adalah satu kesilapan. Wanna One juga telah membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi sebuah laman peminat. 

Itulah, lain kali 'cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar'. - CARI
21

Bagus
11

Marah
41

Terkejut
29

Sedih
24

Lawak
24

Bosan

Friends Rank (150 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote eizarz 22-3-2018 12:40 PM
macam sekawan monyet je sampai 11 org group menyanyi..{:thief{:thief
Quote Yunho 22-3-2018 01:00 PM
eizarz replied at 22-3-2018 12:40 PM
macam sekawan monyet je sampai 11 org group menyanyi..{:thief{:thief

setuju.... tp standby kejap lg mesti kena maki...
Quote Artemesiaa 22-3-2018 01:05 PM
Kelakuan sebenar sesetengah orang bila tengah berseloroh tak ada yang nak dipelikan pun.  Mereka semua dewasa bukan kanak2 pun.  Sebab tu jangan mudah terpedaya dengan penampilan di kaca TV sebab kebanyak pasti akan tunjukan sisi baik je.  Bila sisi kurang baik terlihat ramai mula mencemuh.
Quote toynme 22-3-2018 01:30 PM
Sape yg menang ek time season ni? Semua mcm shemale je
Quote tomaz 22-3-2018 01:39 PM
Yuckssss
Quote Catpaw 22-3-2018 02:20 PM
Gelilah gambar tangan kat punggung laki terdampar kat bawah tu
Quote Nt-ViruS 22-3-2018 02:21 PM
biasalah, bila dah jadi industri dah jadi cendawan tumbuh, quantity mengalahkan quality.

sama macam malaysia. quality takde nak jadi penyanyi nak jadi pelakon. ada smpai dua2 nak sapu.
Quote Thuglife 22-3-2018 02:35 PM
ni ke yg peminat dorng agung-agungkan?
Quote sapeka 22-3-2018 03:33 PM
muka semua sepesen je
Quote Telolet 22-3-2018 03:42 PM
clarified dah : http://www.asianjunkie.com/2018/ ... e-still-good-to-go/

There were 3 parts that were fabricated/misunderstood:
1. 미리 익혀야겠다(I need to memorize it first/I need to familiarize with it first) became 미리 욕 해야겠다 (I need to swear first)
2. 메디테이션 (Meditation) became 마스터베이션 (Masturbation)
3. 됐다 해/대답해라 (Alright/Answer) was also misinterpreted and falsely spread (t/n: alluding to the “hand job” comment)
As for the parts where they said “Why can’t we get paid” “Why can’t we sleep”, while they were said carelessly, they are parodies of Kim Haeun’s rap on High School Rapper 2 that recently became a trending topic, they were just joking around. It wasn’t anything severe.


takyah risau, takde sape nak datang serang kalau mengata diorang pon. kosser fans w1 kat sini nak bazir masa yach.
Quote Abot 22-3-2018 03:49 PM
hahaha kesian sape peminat fanatik tu {:yameteh
Quote nadie90 22-3-2018 05:21 PM
Huhu besala budak2..ad msanya akn kluar jgk prangai sbnr depa....dgn schedule padat...mesti depa pnt jgk nk maintain elok sntiasa...
Quote dani-rox 22-3-2018 08:22 PM
ramainya band member. muka dan body shape pun sebijik, persis diklon sebegitu.
Quote merrissa 22-3-2018 08:34 PM

kannnnn kannnn....muke sepesen...aku pon tak reti beza..................
Quote merrissa 22-3-2018 08:34 PM
padan muka....sib bek setahun je....lepas tuh group ko dah bubar....kesiannn
Quote jetonkepoh 23-3-2018 01:12 AM
merrissa replied at 22-3-2018 08:34 PM
padan muka....sib bek setahun je....lepas tuh group ko dah bubar....kesiannn

Boddo nyeh dikau... Dah kontrak dipersetujui setahun setengah je... Lps habis ni, diorg akan form grup baru based on agency masing2... Lg satu, muka depa ni lain2. Bole kenal sorang2.... Choii makcik bawang detected here
Quote Sazida 23-3-2018 04:43 AM
0+1=1 cemane boleh jd i promise you? Formula matematik mana ni? Bijaknya
Quote alien88 23-3-2018 08:42 AM
o.. isu ni la yg dok bising skrg
maybe wanna one nak bergurau sesame diorg tnpa sedar dah live
stress juga kot, aktiviti penuh setahun stgh ni, dgn sasaeng fans lg
kesimpulannya, kalau emosi tak kuat jgn jd artis.. fans pon xperlu nk fanatic sgt
Quote BuBuComey 23-3-2018 10:38 AM
Poster pakai baju putih tu..sepesen je muka. Satu acuan plastik ke semua ni?

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 10:11 AM GMT+8 , Processed in 0.094543 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top