Sempena Road To Agro Tourism Siri ke 4 (Perlis-Kedah) yang dianjurkan oleh Majlis Pelancongan Malaysia baru-baru ini, terdapat banyak lokasi menarik di utara Semenanjung yang wajib dikunjungi. Siri penjelajahan hasil kerjasama Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) tersebut telah membongkar sebuah resort percutian yang mampu membuatkan anda mengimbau keindahan kampung suatu ketika dahulu. Bayangkan betapa seronoknya menikmati keunikan inapan ala kampung yang lengkap dengan kemudahan moden dan selesa. Tambahan pula, boleh menikmati kehijauan sawah padi serta merasai kedinginan berenang di sebalik batu kapur serta merehatkan minda dengan keindahan alam semula jadi. Terasa bagaikan di syurga dunia. Keindahan suasana kampung ini dapat dinikmati kala menginap di Keriang Hill Resort. Keriang Hill terletak di kaki Gunung Keriang, Kedah dengan topografi bukit batu kapur serta sawah padi terbentang luas. Ianya terletak 10 kilometer daripada bandar Alor Setar, Kedah yang terkenal dengan panggilan Jelapang Padi Malaysia. Resort ini mempunyai 15 pondok penginapan dengan pelbagai rekaan bersejarah berserta landskap dengan konsep rumah kampung terdahulu. Menariknya, ia adalah reka bentuk asal rumah tradisional yang terdapat di sekitar Kedah. Yang mana rumah ini dibina oleh tukang handal untuk memudahkan ianya diangkat dan dipindahkan. Rumah-rumah ini kemudiannya dibawa ke kaki bukit ini dan dibaiki untuk dijadikan pondok penginapan. Keriang Hill merupakan satu lokasi ideal bagi mereka yang ingin merasai suasana kampung bertepatan dengan slogan resort ini iaitu “Back To Kampung Life”. Percutian idaman ini membawakan anda keluar dari kesibukan kota dan hanyut dalam keindahan pokok-pokok redup dan kesejukan angin dari sawah padi yang terbentang luas. Selain memberikan memori istimewa kepada pengunjung yang menginap di Keriang Hill, santapan ala Puteri juga dapat dinikmati di restoran The Puteri terletak berdekatan resort. Restoran ini menawarkan pelbagai sajian daripada masakan tempatan hingga ke masakan barat. Dengan bertemankan ketenangan tasik, juadah yang dinikmati pasti menjanjikan kepuasan kepada para pelanggan. Terdapat dua jenis bilik penginapan yang disediakan iaitu pondok pasangan dan keluarga. Perbezaan pondok ini adalah pondok pasangan dilengkapi sebuah katil King manakala pondok keluarga disertakan dua buah katil Queen. Harga bermula daripada RM200 - RM300 (tidak termasuk GST). Antara kemudahan lain adalah dewan, bilik mesyuarat, dataran, gimnasium, kolam renang dan pentas utama. Menarik bukan? Siapa yang mahu merasai nostalgia berada di kampung, bolehlah ke sini. - CARI |
18
Bagus |
20
Marah |
17
Terkejut |
16
Sedih |
20
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT