Kecewa dalam percintaan adalah sesuatu yang normal. Rata-rata daripada kita pernah dikecewakan suatu ketika dahulu. Tiada jaminan bahawa sesuatu perhubungan akan kekal ke akhir hayat. Namun, perkara yang wajib dilakukan selepas putus cinta adalah meneruskan kehidupan. Bagi Barbarella Buchner, jodohnya kini bukan dengan manusia. Kini Barbarella bahagia setelah berkahwin dengan Spider dan Lugosi. Ambil perhatian ya, Spider dan Lugosi adalah kucingnya!
Setelah mempunyai kekasih selama 7 tahun dan dikecewakan, Barbarella mengambil keputusan untuk tidak membuka hatinya untuk orang lain. Hatinya kini telah dimiliki oleh 2 ekor kucing kesayangannya dalam satu upacara kecil secara atas talian, seterusnya menjadikan mereka pasangan suami dan isteri.
Majlis itu berlangsung dalam sebuah laman web 'marryyourpet.com' selepas membayar £20 (RM120) dan menekan butang 'I Do' dalam laman web itu. Dalam laman web tersebut juga diletakkan juga beberapa garis panduan kepada 'bakal' pengantin yang wajib dipatuhi. Antaranya adalah untuk tidak menganiaya haiwan kesayangan itu dalam apa jua cara. Menurut Barbarella, seorang pereka laman web, kucingnya membantunya untuk kembali menjalani kehidupan normal setelah berpisah dengan kekasihnya. "Jika kucingnya mati, saya tidak akan mengahwini kucing yang lain. Kalau ada lelaki yang ingin mengetuk pintu hatinya, terus terang saya katakan yang saya telah berkahwin dengan kucing," ujarnya. Walaupun ramai berpendapat yang Barbarella pelik, tetapi sebagai seorang yang hati kering, Barbarella langsung tidak mempedulikannya. Dua 'suaminya' itu dipeliharanya sejak 12 tahun lalu selepas mengambilnya dari pusat perlindungan kucing di London. Nasib baik haiwan peliharaannya kucing, cuba kalau bela ular ke, ignuana ke, masih ke mahu kahwin? -CARI
|
15
Bagus |
7
Marah |
7
Terkejut |
13
Sedih |
10
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
shernazz replied at 23-3-2018 04:50 PM
Spider?
@spiderman80 kenapa awak sampai hati mengahwini dia?
zulka replied at 23-3-2018 03:51 PM
cakap je la lebih baik bela kucing dari org kan senang....takyahla nk ckp kawin dgn kucing tu, takka ...
ADVERTISEMENT