CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Banyak Lagi Lokasi Sakura Yang Masih Rahsia Di Jepun, Kenapa Baru Tahu?

29-3-2018 11:26 AM| Diterbitkan: Cari-Zai| Dilihat: 5541| Komen: 7|Original author: Oleh: Zailina

Sebut sahaja keindahan di bumi Jepun, pasti semua terbayang bunga Sakura di Tokyo, Osaka atau Kyoto, kan? Musim sakura tiba awal di Fukuoka berbanding kota raya lain di Jepun. Apa kata kali ini kita 'jalan-jalan' di wilayah Fukuoka pula?

Walaupun kurang mendapat tumpuan pelancong, lokasi ini tetap ada keunikannya tersendiri. Kereta api laju (bullet train Shinkansen) dari Tokyo ke Fukuoka mengambil masa selama 5 jam. Memetik bolg Home Away, musim sakura di sini bermula dari lewat Mac sehingga awal April. Jom tengok rimbunan sakura di sini!


Taman Nishi

Terpukau dengan pemandangan kuntuman sakura yang mekar


Dengan pemandangan indah, Teluk Hakata dinobatkan sebagai salah satu lokasi terpilih dalam senarai Japan’s Top 100 Cherry Blossom Spots dan pemilihan itu memang sesuai sangat. Di sini terdapat 1,300 jenis pokok ceri pelbagai spesis – weeping cherry, Oshima cherry, dan mountain cherry.


Taman Maizuru

Musim bunga atau spring yang mengiringi kehadiran sakura

Ia memiliki hampir 1,000 pokok Yoshino dan weeping cherry yang sarat dengan kuntuman bunga. Inilah antara taman terbaik untuk melihat bunga sakura di Fukuoka. Taman ini menawarkan pengalaman melihat sakura yang unik dengan latar belakang sejarah kerana di sini terdapat runtuhan Istana Fukuoka.


Istana Kokura

Kecantikan sakura berlatar istana zaman silam

Asalnya dibina pada 1602, istana ini dibina semula pada 1959 setelah ia dimusnahkan oleh kebakaran. Kawasan sekitar istana dikenali sebagai Taman Katsuyama, sebuah kawasan terkenal dengan bunga sakura. Kokura Castle Sakura Festival ke-14 akan diadakan dari 31 Mac hingga 1 April, 2018.


Kuil Dazaifu Tenmangu

Sakura juga adalah pokok ceri berbunga

Secara amnya, apabila sakura muncul di sini, kuntuman bunga buah plum mulai berkurangan. Tetapi, jika musim dingin terlalu sejuk, bunga plum mekar agak lewat. Jadi, sekiranya anda bernasib baik, anda boleh melihat bunga plum dan bunga ceri mekar serentak. Inilah keajaiban yang mempesonakan!


Taman Amagi

Kecantikan bunga sakura memukau pandangan

Taman yang luas ini amat popular di kalangan penduduk tempatan untuk menikmati sakura dalam suasana yang nyaman dan semulajadi. Di taman itu terdapat 4,000 pokok ceri. Kebanyakannya telah ditanam di sekeliling Kolam Sakura yang terletak di tengah-tengah taman.

Memang keindahan bunga sakura tak dapat disangkal lagi. Kena kumpul duit kalau nak pergi Jepun tengok sendiri. Ia pasti akan menjadi pengalaman yang mengasyikkan! - CARI
15

Bagus
12

Marah
15

Terkejut
10

Sedih
9

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (74 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote meisapoya 29-3-2018 12:10 PM
Cantik nye....
X berkesempatan lg nk ber hana matsuri..
Ade rezeki nnt blh gi....
Quote cmf_ultraviolet 29-3-2018 07:34 PM
cantiknyaaaa
Quote Artemesiaa 1-4-2018 11:13 AM
Sebab kebanyakan tak gi try tengok kat tempat lain sebab terlalu nak ikut kawasan yang kawan2 dah pernah pergi je sebab tu ramai tak tahu nak gi area lain
Quote ira_229 5-4-2018 01:35 PM
Edited by ira_229 at 5-4-2018 01:40 PM

dulu saya pergi ke kawazu dlm perterngahan Mar 2016 bunga kebanyakkan dah gugur n layu nasib baik tempat dia cantik & menenangkan klu tidak tak berbaloi pergi...tempat ini mmg cantik semulajadi..kawazu mmg tempat tumpuan pelancung jika nak tengok sakura..mula berkembang pada akhir feb tiap tahun..disini bunga sakura cepat keluar disebabkan kedudukannya dekat dgn pantai hawanya kurang sejuk jadi pohon sakura cepat mengeluarkan bunga
ada juga bunga2 lain yg sedang mekar..
sakura2.jpg

sakura3.jpg sakura8.jpg sakura4.jpg

yg ini di taman istana osaka..bunga baru nak kembang...ni rasanya bukan sakura sebab baunya wangi...kat sini sakura pun ada tapi bunga2 lain bagi saya lebih cantik menawan..


sakura.jpg sakura11.jpg sakura12.jpg

Quote friedfishsoup 5-4-2018 11:15 PM
ok la.. i prefer cherry blossoms.
Quote aunisofia 6-4-2018 10:47 AM
subhanallah...cantiknya
Quote ainunaina 19-4-2018 03:22 PM
baru balik....subhanallah...mak aii cantik sangat2...

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 01:34 PM GMT+8 , Processed in 0.087310 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top