Zaman moden sekarang ini, tidak ramai yang mengambil berat tentang berpantang selepas bersalin. Lebih-lebih lagi, ada juga doktor perubatan yang tidak menggalakkan ibu selepas bersalin berpantang. Bagaimana pun, ia tidaklah salah untuk dilakukan dan masih ada yang percaya kebaikan berpantang selepas bersalin dari sudut menjaga kesihatan badan, emosi dan kecantikan mengikut cara dan petua orang zaman dahulu. Baru-baru ini, penyanyi terkenal Dato Siti Nurhaliza selamat melahirkan seorang bayi perempuan setelah 11 tahun menanti kehadiran cahaya mata. Bagaimanapun, tular pula tentang harga perkhidmatan pakej berpantang bertaraf lima bintang bernilai RM8800 selama 44 hari. Seorang pengguna facebook bernama Raja Izni Munirah Omar berkongsi pendapatnya mengenai pakej berpantang yang ditempah oleh Dato Siti Nurhaliza. Ramai yang terkejut dengan harga pakej berpantang tersebut yang dianggap mewah dan mahal sedangkan ramai dalam kalangan wanita sekarang yang berpantang di rumah ibu bapanya tetapi tidak menghargai penat lelah ibu bapa sendiri yang membantu dan menjaga mereka ketika dalam pantang.
Ramai netizen yang bersetuju dengan pendapat wanita ini. Jika tidak mampu membayar dengan wang ringgit, cukuplah dengan berterima kasih dan menghargai pertolongan serta kasih sayang ibu bapa yang banyak membantu ketika berpantang. Hakikatnya, ibu bapa tidak mengharapkan mereka dibayar dengan wang ringgit. Jika perlu berpantang di rumah ibu bapa sekalipun, hulurkan wang ringgit untuk membeli keperluan berpantang. Jangan biarkan mereka menanggung semua perbelanjaan berpantang. Tidak dinafikan, ada benarnya komen netizen ini. Mungkin ada ibu bapa yang berkecil hati jika anak-anak tidak mahu berpantang di rumah mereka. Kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak tetap sama biarpun anak-anak sudah berkahwin. Mereka tidak sanggup melihat kesusahan anak-anak dan sanggup melakukan apa sahaja. Walau bagaimanapun, masing-masing mempunyai pendapat tersendiri. Ramai ibu bapa yang gembira menerima kehadiran ahli keluarga baru dalam hidup mereka dan sanggup menjaga anak dan cucu ketika berpantang. Sebagai anak, pandai-pandailah menghargai ibu bapa dengan apa cara sekalipun. Betul tak? - CARI |
4
Bagus |
2
Marah |
6
Terkejut |
9
Sedih |
4
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
chazey: Murah je bagi akak. Setimpal la rega dengan service. Sure mencanak naik bisnis ko lepas ni.
armin: Meols pun rasa murah sbb baca kt lowyat forum deyols amik confinement ladybyr 6k utk 2minggu je. siapa siti amik ni? Ada sape2 tau yg lagi murah dr ni ...
Siputjelly: iols berpantang dulu rm3k+ utk 44hari. tu pun ada promo. mana ada murah dah skrg ni, ok lah tu. siap masak apa semua
Siputjelly: iols ambil pantangplus.com. cuba uols tengok ada je yg murah dari siti tuu
ADVERTISEMENT