Dipukul dengan penyapu, selain disimbah minyak panas memaksa seorang gadis untuk melarikan diri dari rumah keluarganya. Maarib Al Hishmawi, 16 diperlakukan sedemikian kerana tidak bersetuju untuk berkahwin dengan lelaki pilhan keluarga.
The Sun melaporkan, Maarib hilang sejak Januari selepas ibu bapanya mengatur beberapa lelaki untuk mengahwininya dengan pertukaran wang sebanyak RM 78,000 (USD 20,000). Polis menyatakan, Abdulah Fahmi Al Hishmawi, 34 dan Hamdiyah Saha Al Hishmawi, 33 mendera anak kandung mereka sendiri apabila berang Maarib enggan menerima cadangan tersebut.
Walau bagaimanapun Maarib sudah ditemui semula awal bulan ini dan sekarang di bawah penjagaan rapi. Polis Bexar County, Javier Salazar berkata, Maarib juga pernah dicekik sehingga hampir tidak sedarkan diri. Maarib dan lagi lima adik beradiknya berusia lima hingga 15 tahun kini di bawah penjagaan perkhidmatan perlindungan kanak-kanak. -CARI
|
4
Bagus |
8
Marah |
7
Terkejut |
10
Sedih |
2
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT