Selalu terserempak dengan lelaki yang dapat menarik perhatian anda, tetapi si dia sudah berpunya. Nampak macam mudah, tapi sampai sekarang masih gagal mencari kekasih hati untuk dijadikan pasangan hidup? Ketahuilah bahawa kecantikan semata-mata bukanlah faktor membuatkan lelaki jatuh cinta pada wanita, sebaliknya apa sahaja yang ada pada seseorang wanita termasuk sikap, perangai dan gerak-gerinya mampu menarik perhatian lelaki.
Alamak, tak tahu apa yang boleh dibuat untuk menarik perhatian lelaki? Jom tengok apa yang dikongsikan pengguna Twitter ini. 1. Main game Hampir semua lelaki memang suka melayan game. Jadi, kalau ada wanita yang memiliki minat sama dengan mereka, pasti ia akan membuat si dia mendekati kita. Tapi, janganlah main Candy Crush pula. Tak ramai lelaki main permainan itu. Hobi menonton anime atau manga/komik juga akan membuat lelaki lebih berminat untuk bersembang dengan anda. 2. Bersukan Kalau dah asyik memerap saja dalam rumah, macam mana lelaki nak kenal dengan kita. Cubalah aktif sedikit! Haip, janganlah pakai bau-bauan yang terlalu menggoda hingga boleh menaikkan nafsu lelaki. Kalau dah kahwin, tak mengapa. Malah, sangat digalakkan! 4. Jangan jadi 'perempuan' sangat Janganlah jadi 'penggeli' sangat sampai nak buang sampah harian pun kena pakai sarung tangan. Lelaki suka wanita manja, tapi bukan yang terlampau hingga menyusahkan. Senang cerita, boleh buat kerja lah. 5. Memasak Bukanlah nak suruh jadi pro macam Masterchef, cukuplah boleh masak dan dimakan dengan aman tanpa rasa nak tercirit. Apapun, jangan sangka semua trik ini akan berkesan sepanjang masa. Yalah, mana tahu dari beratus lelaki yang kita jumpa, mungkin ada seorang yang boleh tersangkut sukakan kita, kan? Tak rugi pun mencuba. Malah, nombor 2, 4, dan 5 itu kan perkara yang sangat baik. Langsung tak merugikan pun terutama memasak! - CARI |
28
Bagus |
26
Marah |
17
Terkejut |
36
Sedih |
28
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
zawara replied at 27-3-2018 02:52 PM
main game pubg: player unknown battleground selalu dgn dak2 laki..tp sbb ai garang, dorg takut nk l ...
cmf_premierleag replied at 4-4-2018 12:08 AM
Toksah la folo tips dr artikel bodoh ni
Baik jd diri sendiri jah... Buat apa nak tawan hati org lai ...
ADVERTISEMENT