Semua orang mempunyai bentuk badan idaman dan ada yang sanggup lakukan apa sahaja bagi mencapai keiinginan tersebut sehingga kadang kala boleh menyebabkan bahaya kepada kesihatan.
Ini termasuklah dengan mengamalkan diet tak seimbang yang mengabaikan nutrien dan zat penting untuk tubuh badan. Terbaru, diet Cinderella pula menjadi 'trend' semasa di kalangan rakyat Jepun. Puteri-puteri Disney selalu digambarkan memiliki pinggang yang sangat ramping dan bertubuh langsing dan ianya hampir mustahil untuk mendapatkan bentuk badan sebegitu di alam realiti. Ter'inspirasi' daripada bentuk badan kartun Disney itu, diet Cinderella mula tersebar di kalangan wanita di Jepun.
Formula untuk mencapai berat Cinderella ini adalah dengan mendarabkan tinggi badan (dalam meter) dengan tinggi badan, kemudian didarab dengan 18. Sebagai contoh: Tinggi 158cm. Jadi cara pengiraannya adalah = 1.58m (tinggi) x 1.58m (tinggi)= 2,4965. Kemudian, 2,4965 x 18 = 44.9Kg. Jadi, berat badan ideal untuk mendapatkan bentuk badan seperti Cinderella ini adalah 44.9kg sahaja! Bagaimanapun, berdasarkan World Health Organization, 18 adalah indeks massa tubuh yang sudah masuk dalam kategori underweight atau kurang berat badan. Sementara indeks massa tubuh normal sepatutnya diantara 18.5 hingga 25. Perkiraan yang sepatutnya adalah dengan mendarabkan tiggi dengan tinggi dan kemudian didarabkan pula dengan 20. (Tinggi x Tinggi x 20) Contohnya: 1.58m (tinggi) x 1.58m (tinggi) = 2,4965. Kemudian, 2,4965 x 20 = 49.9kg. Jadi, berat ideal adalah 49.9kg. Jika dilihat,perkiraan berat ideal untuk mereka yang berketinggian 158cm mengikut diet Cinderella ini cuma 44.9kg. Manakala, mengikut perkiraan World Health Organization, seorang yang mempunyai ketinggian 158, perlu mempunyai berat ideal ini 49.9kg. Jauh berbeza bukan? Ini adalah sesuatu yang tidak sihat kerana dengan dikhuatiri mereka yang terpengaruh dengan berat Cinderella ini terdorong untuk tidak mengamalkan pemakanan yang berkhasiat atau langsung tidak menjamah makanan yang akhirnya menyebabkan badan mereka lemah. Jadi, berhati-hatilah ye. Nak kurus tak salah, tapi jangan sampai anda berada di dalam kategori 'underweight' pula! -CARI
|
13
Bagus |
6
Marah |
9
Terkejut |
10
Sedih |
7
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
MissMamamia75: Dapat body kakak tiri cinderella pun dah syukur sgt..hahaha{:smile
mieymiey replied at 28-3-2018 12:59 PM
So berat cinderella iols sepatutnya 42kg. Masa zaman study iols pernah 41kg, tak sangka masa tu iols ...
insulin replied at 28-3-2018 01:03 PM
So sekarang ni body you masih berat Cinderella ke?
MissMamamia75 replied at 27-3-2018 05:02 PM
Dapat body kakak tiri cinderella pun dah syukur sgt..hahaha{:smile
ADVERTISEMENT