CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dilibas Rakan Dengan Batang Paip Kerana Hutang

27-3-2018 06:04 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4786| Komen: 36

Akibat berhutang, seorang lelaki berusia 30-an cedera di kepala dan telinga kanan selepas dua rakan melibasnya dengan batang paip dan kerusi.

Memetik BH Online, kejadian di Kampung Penampang Proper itu berlaku pada 5.30 petang, semalam.




Menurut Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim, dalam kejadian, mangsa didatangi dua lelaki yang dikenalinya ketika dia sedang membasuh keretanya.

"Salah seorang suspek kemudian menghampiri mangsa sambil memegang batang besi berukuran satu meter dan bertanya berapa jumlah hutangnya yang masih belum dijelaskan kepada mangsa.

"Belum sempat mangsa menjawab, suspek memukul menggunakan batang paip di bahagian telinga kanan dan bahagian kanan kepala mangsa, selain dipukul menggunakan kerusi.


"Siasatan mendapati mangsa mengenali suspek hampir 10 tahun dan mengesyaki punca kejadian disebabkan hutang," katanya.

Tambah Mohd Haris, pihaknya kini sedang mengumpul maklumat bagi mengesan kedua-dua suspek yang masih bebas dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan menggunakan senjata. - CARI
10

Bagus
6

Marah
22

Terkejut
16

Sedih
19

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (80 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote batu kikir 27-3-2018 06:09 PM
Rule of thumb..... kalau berhutang.... bayar.... jangan cuba nak mengelat.
Quote Maideen. 27-3-2018 06:32 PM
batu kikir replied at 27-3-2018 06:09 PM
Rule of thumb..... kalau berhutang.... bayar.... jangan cuba nak mengelat.

Tapi bagi orang Isle mereka boleh memilih untuk mengadu kepada suatu persatuan dimana persatuan itu akan menghantar gengster genster besarban untuk memberi amaran kepada pemberi hutang itu dan menguploadkan videonya kat youtube...
Selain dari itu kalau orang Isle menipu bank dengan memajakkan kereta yang mereka sewa beli dari bank dengan menyerahkannya kepada pihak ketiga, boleh jugak mintak tolong dengan persatuan ini.

Rasanya ugama lain tak ada persatuan macam ni........Prrrrrrrrrrrrrrrrrpfffftght

Wallahualam.

Quote batu kikir 27-3-2018 06:44 PM
Ya ka Maideen? Betul la Islam itu mendahului zaman.

Dalam perbanken Islam.... riba itu haram. Tapi dont worry..... twist sikit cerita jadikan dia jual dan beli mesin MRI (macan nak koner Tuhan) adalah halalan toiyyiban
Quote shernazz 27-3-2018 06:53 PM
Dia bg hutang..dia yang kena libas..
Siannya
Quote insulin 27-3-2018 07:03 PM
Barangkali kalau nak selamat lebih baik jangan memberi pinjaman kepada sesiapa pun.
Quote batu kikir 27-3-2018 07:10 PM
shernazz replied at 27-3-2018 06:53 PM
Dia bg hutang..dia yang kena libas..
Siannya

Betul la cakap kau. Dia beri hutang dia kena libas. So kalau dia Islam..... cakap kat pemiutang tu..... kau tak nak bayar kau punya pasal. Tapi aku tak akan halalkan hutang ni OK.  Tapi sapa yg berjiwa besar....halalkanlah dan mohon Allah beri rezeki yg lebih ..... konsep rezeki ni luas, bukan duit semata-mata
Quote shernazz 27-3-2018 07:22 PM
batu kikir replied at 27-3-2018 07:10 PM
Betul la cakap kau. Dia beri hutang dia kena libas. So kalau dia Islam..... cakap kat pemiutang tu ...

Huhu...tu.la...agaknya dia try mintak
Last last suspek tu tunjuk samseng plak kan...gila lah..
Iols senang je...iols.penah mesej acik.yg hutang xnak bayar ni...
Nnt acik dh.mati..minta.waris acik.panggil saya sebab saya nak tuntut hutang..hahahaha....
Sampai.skang xbayar...punya hati kering
Quote batu kikir 27-3-2018 09:31 PM
shernazz replied at 27-3-2018 07:22 PM
Huhu...tu.la...agaknya dia try mintak
Last last suspek tu tunjuk samseng plak kan...gila lah..
I ...

Sembahyang tonggang tonggek.........hutang tak nak bayar.
Dalam Islam.........nak masuk syurga tu almost zero lah kecuali kalau waris tolong bayarkan (itupun kena beitahu waris)........atau sipemberi hutang yang halalkan.

Quote shernazz 27-3-2018 09:50 PM
batu kikir replied at 27-3-2018 09:31 PM
Sembahyang tonggang tonggek.........hutang tak nak bayar.
Dalam Islam.........nak masuk syurga tu ...

Iols.mmg x halalkan
Iols.kena.tamggung hutang dia segalak...
Sampai.iols tinggal.spender je..
Lahir tahun 1955..tahap.nenek.iols.taw..muda.10tahun dr nenek.iols.pon.perangai.x hengat kubur..
Tu pasai iols.bgtau dia begitu..hahahaha
Kot dia mati dulu..iols.nak pi tuntut segala.hutang drpd dia..
Naseb iols x libas parang je kt dia
Quote lastmonth 27-3-2018 09:51 PM
sib baik hutang si semut aku dah bayar habis



Quote samasam90 27-3-2018 09:53 PM
Maideen. replied at 27-3-2018 10:32 AM
Tapi bagi orang Isle mereka boleh memilih untuk mengadu kepada suatu persatuan dimana persatuan it ...

hg nak cakap suspek kat atas isle ke? takde kena mention pon..
Quote batu kikir 27-3-2018 09:59 PM
shernazz replied at 27-3-2018 09:50 PM
Iols.mmg x halalkan
Iols.kena.tamggung hutang dia segalak...
Sampai.iols tinggal.spender je..

If that is the case..........kalau orang tu mati
Memang kau ada hak minta hutang kau dijelaskan olih waris.
Sila sediakan bukti, dokumen ke hape.
Doa yang terbaik untuk kau. Simpati juga untuk kau. Semoga kau berjaya


Quote ReginaGeorge 27-3-2018 10:01 PM
Babis tatau malu
Quote Maideen. 27-3-2018 10:10 PM
samasam90 replied at 27-3-2018 09:53 PM
hg nak cakap suspek kat atas isle ke? takde kena mention pon..

I sikit pon tak sebut pasai suspek.
Cumanya forumner Batu Kikir kata, kalau hutang kena bayar. Lepas tu I kata kat forumner Batu Kikir " Bagi orang Isle mereka boleh memilih untuk mengadu kepada suatu persatuan dimana persatuan itu akan menghantar gengster genster besarban untuk memberi amaran kepada pemberi hutang itu dan menguploadkan videonya kat youtube..."

Jelas lah dari posting kami, Batu Kikir kata hutang kena bayar. Tapi I cakap kalau orang yang berhutang itu Isle, mereka ada opsyen lain!

Macamna you boleh ingat I cerita pasal agama suspek? Ada ayat yang sukar you sukar fahami ka?
Quote moonbug 27-3-2018 11:00 PM
Hutang punya pasal
Quote swimswim 27-3-2018 11:18 PM
Dah nape gitu
Quote Simunggu 28-3-2018 08:20 AM
Rakan tu??? kenapa libas dgn batang paip???
Quote Maideen. 2-4-2018 08:28 PM
Inilah akibatnya apabila memberi hutang kepada orang yang tidak bertanggong jawab.

Wallahualam.
Quote lkick2113 3-4-2018 12:25 PM
Maideen. replied at 27-3-2018 06:32 PM
Tapi bagi orang Isle mereka boleh memilih untuk mengadu kepada suatu persatuan dimana persatuan it ...

persatuan pengguna kristian tak buat servis macam ni ke maideen?

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 12:54 PM GMT+8 , Processed in 0.077975 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top