CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Ramai Bapa Macam Cacat Pun Ya, Anak Nangis Pun Tak Tahu Nak Buat Apa..

29-3-2018 12:07 PM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 4059| Komen: 16|Original author: Oleh: Whitney

Gambar sekadar hiasan
Bagi setiap pasangan yang berkahwin pasti mengimpikan kebahagiaan rumah tangga yang berpanjangan. Lebih-lebih lagi setelah mempunyai anak-anak sebagai pengikat kasih sayang. Oleh itu, akan wujud tanggung jawab dan beban kehidupan sebagai suami, isteri, ibu dan juga bapa yang harus diuruskan dengan baik agar keluarga yang di bina bahagia dan gembira selalu.

Sebenarnya, mempunyai sikap toleransi antara suami dan isteri adalah sangat penting dalam memastikan kerukunan sesebuah rumah tangga. Suami isteri perlu ada sikap tolong-menolong dalam melaksanakan amanah keluarga. Seringkali masyarakat memandang tugas menjaga anak-anak merupakan tugas isteri atau ibu, manakala suami atau bapa pula keluar mencari nafkah. Tetapi suami juga boleh bertoleransi untuk menjalankan tugas isterinya menjaga anak-anak dan melakukan kerja-kerja rumah. Isteri juga memerlukan sedikit ruang melepaskan lelah dan menikmati makanan dengan tenang.

Apa yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Fauzan N Siti ini diharap dapat membuka mata ramai netizen bergelar suami atau bapa. Ia sekadar luahan seorang isteri dan juga ibu yang sememangnya memerlukan bantuan suami dalam mengurus anak-anak walaupun pada mata kasarnya, suami sering melihat isterinya seorang wanita yang perkasa dan serba boleh.  


Oleh kerana si bapa tidak menunjukkan tanda-tanda untuk menjaga anaknya setelah habis makan, wanita ini menghulurkan bantuan untuk mendukung bayi tersebut untuk membolehkan ibunya makan dengan selesa.


Ehsan suami pada isteri yang mempunyai anak yang kecil sangat perlu. Walaupun sesetangah perkara itu nampak remeh, tetapi ia sangat dihargai isteri.



Netizen melahirkan rasa sedih dengan sikap segelintir suami yang seakan-akan tidak memahami keadaan dan keperluan isterinya sendiri.


Nampaknya, ramai juga netizen yang bergelar isteri komen berterima kasih pada suami masing-masing kerana bertoleransi dengan mereka. Rupanya ramai juga para suami yang memahami dan mendahulukan isteri mereka menjamah makanan sedangkan mereka menjaga anak kecil.
 

Ada betulnya komen netizen ini. Memang ada jenis lelaki yang perlu disuruh atau diberitahu jika memerlukan pertolongan. Bukan semua lelaki faham kehendak isterinya dan mereka sebenarnya tidak ada masalah pun untuk membantu jika diminta.


Sudah namanya suami isteri, perlulah saling melengkapi antara satu sama lain. Suami isteri perlu bersikap terbuka, bantu-membantu, bertoleransi dan menerima segala kelebihan dan kelemahan demi menjaga keharmonian keluarga. Setuju tak? - CARI 

11

Bagus
5

Marah
12

Terkejut
1

Sedih
10

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (48 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jazaa100 29-3-2018 12:32 PM
Bosannnn.....

Next..
Quote prettyuglybabe 29-3-2018 12:41 PM
hasanah versi makan kedai pulak ke..
Quote mieymiey 29-3-2018 12:41 PM
Panjang sangat nak baca
Quote sufi^_^ 29-3-2018 12:52 PM
Hasanah sangat ni.
Quote fliphair8 29-3-2018 01:09 PM
Hahahahahasanah......markonah.....bosannyaaaa....
Quote vanillaninja 29-3-2018 03:33 PM
Dah banyak sangat cerita yang sama before this pun.
Quote uda 29-3-2018 03:38 PM
Tapi ada juga anak yang tidak mau dengan bapanya.

Macam anak saya, langsung tak mau dengan ny husband. Akan melalak kuat if husband yang dokong. So senanglah my husband
Quote gekkou 29-3-2018 03:38 PM
yang penting makcik bawwang bila komen sure tag suami masing2 sambil puji memuji
Quote leylapple 29-3-2018 04:52 PM
len kali kalau laki taknak tlg jaga anak, jgn beranak ramai2...

yang penat tu sapa?

yg beranak penat2 tu sapa?

yang tak terurus tu sapa?

unless ko mampu hired bibik2 utk jaga anak, ko nak beranak penuh 1 mini bus pun takpa...

tugas ko just mengangkang jer...
Quote RatuDunia94 29-3-2018 07:08 PM
Dua tiga kali pikir apakah "berehsan"... Loghat mana tu?
Rupanya "ber-ehsan"
Quote miznora 29-3-2018 07:20 PM
kadang nak komen pun susah. laki yang takmo tolong bini ni la yang selalunya pandai buat anak ramai.
contoh kawan2 aku banyak... dalam pada merungut laki tak tolong apa kat umah.. tak tolong jaga anak.. tak tolong masak. eh eh ko mengandung lagi??
Quote miznora 29-3-2018 07:21 PM
tapi yelaa.. anak bederet2 tu rezeki. gittew kata kawan2 aku
Quote faraway1 29-3-2018 09:19 PM
masa ulangtahun dulu, my baby baru 7 bulan,
kami pergi resto, nenek ni offer nak jaga
my baby masa kami tengah makan...

happy nenek tu laki bini..
sebab cucu dia pun mix juga..
Quote LautBiru52 30-3-2018 12:30 PM
ramai je spesis suami mcm ni. mcm kwn aku. balik keje dia kelam kabut urus anak meragam. nak masak lagi. laki dia boleh chill je tgk tv.
Quote sufi^_^ 30-3-2018 12:37 PM
gekkou replied at 29-3-2018 07:38 AM
yang penting makcik bawwang bila komen sure tag suami masing2 sambil puji memuji

hahahaha!

Selain itu, ada jugak makcik bawang yang suffering from conversational narcissism akan coba merebut lime light dengan membawak cerita bahawa dorang punya experience lagi hebat dari si hasanah ni.
kahkahkah
Quote beeeee 24-5-2018 11:15 AM
iye memang bapak2 goyang kaki je. tapi tak semua segelintir jah. Anak melalak bini takde kat situ g toilet kot, heolls buat derk jek. org keliling meja dah jeling panas

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 09:45 AM GMT+8 , Processed in 0.102621 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top