“Traffic jammed, bos!” Jawapannya, tidak. Menurut kaji selidik CareerBuilder (perkhidmatan sumber manusia Amerika Syarikat) mendapati terdapat persamaan alasan yang diberikan oleh pekerja apabila mereka lewat ke tempat kerja di seluruh dunia. Dan kebanyakannya memang pernah anda dengar! Antaranya, lebih separuh mengatakan masalah kesesakan trafik (51 peratus), terlajak tidur (31 peratus), faktor cuaca (28 peratus) dan terlalu penat untuk bangkit dari katil (23 peratus). Eh! Serius? Ada pekerja yang sangat jujur memberikan alasan baru bangun? Tinjauan terhadap lebih 1,000 pengurus sumber manusia dan 800 pekerja sektor swasta membuktikan bahawa semua manusia sebenarnya adalah sama walaupun berbeza bangsa, budaya dan agama. Bagaimana pun alasan yang sama ini lah akan membuatkan majikan muak jika pekerja tidak mengambil alternatif bagi mengatasi masalah tersebut. Sebagai contoh, jika trafik sesak, mungkin boleh tinggal berhampiran tempat kerja, jadi lebih jimatkan masa. Mungkin sebab itu lah, kajian ini juga mendapati alasan tidak masuk akal yang diberikan oleh pekerja tersebut. Antaranya ialah seorang pekerja lelaki berkata ”Saya ada ‘morning sickness’ atau ‘mabuk hamil’! Satu lagi alasan pelik, “Ahli kaji bintang memberi amaran saya akan terbabit dalam kemalangan, jadi saya memandu mengikut laluan yang jarang diikuti, menyebabkan saya lewat selama sejam”. Macam-macam alasan yang dicipta untuk membenarkan kesilapan tersebut. Paling kelakar ialah seorang wanita mendakwa bulu mata palsunya bergumpal menyebabkan dia datang lambat. Tidak hairanlah jika 42 peratus majikan memecat pekerja mereka atas alasan sering lewat. Maklumlah 25 peratus berkata mereka lewat ‘sekurang-kurangnya sekali sebulan’ manakala 12 peratus lagi akan lewat ‘sekali dalam tempoh seminggu! Nampaknya ia seperti sindrom atau penyakit yang sukar untuk dirawat. Malahan golongan ini juga berpendapat istilah kerja 9-5 perlu diubah, manakala 88 peratus berkata tempoh masa bekerja seharusnya menjadi lebih fleksibel. Andakah yang tergolong sebagai pekerja yang selalu datang lambat akibat kesesakan trafik? - CARI |
5
Bagus |
3
Marah |
7
Terkejut |
3
Sedih |
4
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
palmolive replied at 29-3-2018 02:52 PM
patut la aku tengok yg bwk kereta ni rilek jek main henpon masa jem..
dh sedia ngan alasan
adeqbun replied at 30-3-2018 09:07 AM
Gile kau nak bg alasan terlajak tidur dan terlalu penat..baik la ai bg alasan jem..
LostStar replied at 30-3-2018 09:42 AM
saya kalau terlajak tidor.. memang bagitaw gitu la.. bos kata dia x suka orang menipo.. so jujur j ...
adeqbun replied at 30-3-2018 09:48 AM
bg alasan terlajak tido mati la kene memo dari HR sbb boss tamau endorse..kekeke..bos ai sgt perfe ...
Cari-Azza replied at 29-3-2018 09:19 PM
Ini memang geram, kita yang kat belakang ni macam hape jer dok follow, rupanya depa main phone!:ma ...
palmolive replied at 30-3-2018 03:38 PM
minggu ni aku dh jumpa 2 pemandu yg perangai buruk cmni..
depan dia leh masuk 2 bijik bas..
palmolive replied at 30-3-2018 03:38 PM
minggu ni aku dh jumpa 2 pemandu yg perangai buruk cmni..
depan dia leh masuk 2 bijik bas..
drivethru replied at 30-3-2018 04:03 PM
Secara jujur nyer, aku susah nak tgk perempuan india guna phone masa drive. Ini mmg aku respect.
Cari-Azza replied at 30-3-2018 04:30 PM
pastu dok bawak line tengah macam nothing happened. Kalau ko nak bersiar-siar, sila bawa di taman ...
ADVERTISEMENT