CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Warga Emas Yang Kelihatan Seperti Remaja - Anda Takkan Percaya Umurnya..

30-3-2018 03:02 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 6500| Komen: 34|Original author: Oleh: Azza Rai

Jika baru-baru ini tular mengenai pembaca berita kaji cuaca yang awet muda, negara China sebenarnya  sudah pun digegarkan dengan penampilan muda seorang warga emas yang dianggap seperti 20an.

Dengan bentuk badannya yang masih tegap, air muka yang tidak nampak tua, rambut masih kekal hitam dan perwatakannya yang sentiasa ceria langsung tidak menyamai datuk berusia 68 tahun. Tidak hairanlah Hu Hai digelar 'Datuk Paling Moden di Shanghai' dua tahun lalu.

Hai menjadi sebutan ketika mengambil bahagian dalam program bakat tempatan untuk warga emas di Shanghai. Dia mengejutkan penonton dan juri dengan penampilan dan sikapnya seperti remaja lelaki, yang jauh berbeza dengan usianya.

Jadi, mesti ada rahsia awet muda kan?
Lelaki lebih separuh abad itu berkata ia sebenarnya gabungan pelbagai faktor. Untuk menjaga bentuk badannya, dia mengamalkan yoga, meditasi dan menterbalikkan badannya selama 30 minit sehari.

Oh! Padanlah kurang berkedut dan rambut pun tebal lagi.

Dari segi pemakanan pula, Hai lebih suka makan dalam saiz yang kecil serta mengambil pelbagai suplemen kesihatan, termasuk vitamin dan pil kolagen.



Lagi?
Yang sebenarnya Hai kelihatan jauh lebih muda daripada usia adalah kerana sikapnya.

Dia menganggap dirinya 20 tahun dan akan merasakan seperti itu sehingga menarik nafas terakhirnya.

"Semua orang akan menjadi tua suatu hari nanti, tidak ada cara untuk mengelakkannya. Tapi jika anda berasa tua dan hanya menunggu untuk mati, tidak mahu belajar perkara baru lagi, anda sudah tua, tidak kira berapa pun umur anda."

Hai percaya setiap orang mempunyai tiga usia iaitu usia mental, usia fisiologi dan usia fizikal.

Warga emas yang kelihatan seperti remaja - anda takkan percaya umurnya sudah 68 tahun

Foto Carian internet
Malahan Hai mendakwa doktor memberitahunya bahawa dia mempunyai badan dan fungsi tubuh seorang manusia berumur 40 tahun. Tetapi usia mentalnya jauh lebih rendah.

"Saya fikir umur mental saya akan sentiasa 20 tahun. Saya boleh buat apa yang boleh dibuat oleh orang berusia 20 tahun. Menjadi remaja menyeronokkan.  Semangat ingin menjalani kehidupan yang berbeza setiap hari," katanya.

Menariknya Hai bukanlah satu-satunya datuk berjiwa muda di China. Tahun lepas, Wang Deshun, yang kini berumur 82 tahun menjadi tajuk berita apabila diberi gelaran datuk paling hangat.

Jadi, berapa usia mental anda? - CARI

9

Bagus
5

Marah
4

Terkejut
13

Sedih
5

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (41 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chicozinn 30-3-2018 03:24 PM
ke dia wat treatment muka cam hakak ifa puk puk ittew?
Quote vanillaninja 30-3-2018 03:31 PM
Usia mental I mungkin 45 kot
Quote mamapea 30-3-2018 03:35 PM
ex ceo aku pun sama...umur dkt 50 tp nmpk muda...badan pun mcm umur 20 an...
dia mmg jaga pemakanan...muka asyik senyum jer...
Quote shernazz 30-3-2018 03:48 PM
Pakai plastik mmg muda
Nak.umur sweet 17 pung boleh
Quote fox. 30-3-2018 03:54 PM
mamapea replied at 30-3-2018 03:35 PM
ex ceo aku pun sama...umur dkt 50 tp nmpk muda...badan pun mcm umur 20 an...
dia mmg jaga pemakanan ...

kalau macam tu akak pun nak slalu senyum lah
Quote Jorja 30-3-2018 03:55 PM
Getting old is natural thing. And you'd better embrace it 'cause you've got no choice ~ Robert De Niro
Quote Artemesiaa 30-3-2018 03:56 PM
"Semua orang akan menjadi tua suatu hari nanti, tidak ada cara untuk mengelakkannya. Tapi jika anda berasa tua dan hanya menunggu untuk mati, tidak mahu belajar perkara baru lagi, anda sudah tua, tidak kira berapa pun umur anda."

Menarik dan ada betul apa yang diperkatakannya tu.  Ramai yang suka menuakan diri sebelum waktu dan berhenti belanjar apa yang baru.  Sebab tu pentingmya jaga pemakanan dan rajin bersenam.  Kalau biasa ke Shanghai pasti akan perasan kebanyakan mereka kat sana agak bergaya dari di bahagian lain di China.  Pengaruh colonial pada masa lalu banyak mempengaruhi mungkin.
Quote Levespa 30-3-2018 04:26 PM
macam remaja tu melampau laa hahahaa.. tapi memang awet muda la.. nampak macam late 40’s gitu
Quote Cari-Azza 30-3-2018 04:28 PM
Jorja replied at 30-3-2018 03:55 PM
Getting old is natural thing. And you'd better embrace it 'cause you've got no choice ~ Robert De Ni ...

luv this quote

Quote BoongaKertas 30-3-2018 04:29 PM
muka dia..ya Allah! ni baru #goal. Senang nak beribadah kalau badan sihat ni.
Quote Sazida 30-3-2018 05:08 PM
Kalau semua mcm gini, budak2 pun xtau mcm mana rupa tua.
Quote cicicumel 30-3-2018 06:18 PM
Air muka tetap tua....
Quote Zaien 30-3-2018 06:20 PM
x nampk la mcm remaja pun....
aikshhh klu ckp 40 above ok la kot kan....
Quote iloveselangor 30-3-2018 06:40 PM
Ramai orang tua fikir nak mati masuk dlm lubang kubur je.

Lepastu kena sakit murung, nyanyuk hidup sedih  je.
Quote jazaa100 30-3-2018 06:47 PM
Nampak ok dia ni banding dgn pak nil....
.

Pak nil tu aku tgok pelik semacam....
Quote noraidil_06 30-3-2018 07:11 PM
Jorja: Getting old is natural thing. And you'd better embrace it 'cause you've got no choice ~ Robert De Niro


Mr de niro sgt kacak di mata iols di usia mn skali pun
Quote dani-rox 30-3-2018 08:54 PM
wahh good for you, pakcik hu hai.

tp stetmen kelihatan remaja tu over sgt. remaja purba barangkali
Quote Potpouri 30-3-2018 09:48 PM
Woww seriously 68? Awat mcm tak sama mcm atok2 kat msia ni. Umur 68 dah pakai tongkat.. sakit sana sini. Bior betik??
Quote Potpouri 30-3-2018 09:49 PM
Muka nampak berusia jg. Tp body mmg remaja

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 10:29 AM GMT+8 , Processed in 0.054292 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top