Seorang pengawal keselamatan rebah dan meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung selepas terkejut melihat kilang perabot tempat kerjanya di Kawasan Perindustrian Cheras terbakar, jam 4.40 pagi semalam.
Harian Metro melaporkan, dalam kejadian, Mohd Jaya Vacho, 50, bekerja syif malam sebelum rebah di hadapan pondok pengawal sebaik melihat bangunan kilang berkenaan terbakar. Menurut rakan sekerja mangsa, Yoong, mangsa berasal dari Sabah dan baru enam bulan bekerja di situ. "Ketika kejadian, kilang itu belum memulakan operasi dan mangsa bekerja seorang diri. “Mangsa ditemui terbaring di pekarangan kilang oleh orang ramai yang melihat kebakaran. “Dia kemudian dibawa ke Hospital Serdang oleh orang ramai, namun disahkan meninggal dunia,” katanya. Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang Mohd Jaslizad Jalil mengesahkan pihaknya menerima panggilan jam 4.44 pagi. Sebaik tiba di lokasi kira-kira 10 minit kemudian, anggota terpaksa mendapatkan bantuan dari BBP Bangi, Serdang, Pandan Indah dan Pasukan Bomba Sukarelawan kerana api terlalu marak. “Operasi memadamkan kebakaran membabitkan 43 anggota dan 13 jentera. “Api berjaya dikawal jam 7 pagi, namun kilang itu musnah 90 peratus dan turut merebak ke bangunan sebelah yang terbakar kira-kira 10 peratus,” katanya. Anggota mengambil masa lama untuk memadamkan kebakaran kerana kilang itu dipenuhi perabot kayu selain bahan kimia untuk membuat perabot. - CARI
|
16
Bagus |
7
Marah |
9
Terkejut |
9
Sedih |
12
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT