Pelakon yang semakin jelita Hanez Suraya, baru-baru ini terkejut apabila namanya dipetik bekas kekasih iaitu Awi Rafael. Hanez yang kini sudah berumah tangga merasakan perbuatan tersebut tidak manis dan boleh mengundang salah faham kepada suaminya. Justeru, Hanez mengambil keputusan untuk menegur Awi dan berharap supaya namanya tidak lagi dikaitkan dalam mana-mana kenyataan pada masa akan datang. Menurut Hanez, sudah sekian lama mereka meneruskan kehidupan sendiri, jadi penyanyi itu tidak perlu membangkitkan kisah lalu. "Saya terkejut apabila suami memaklumkan ada terbaca mengenai nama saya disebut baru-baru ini. Perkara yang sudah lama berlalu, rasanya tak perlu diungkit semula, tambahan pula orang pun sudah lupa. "Apabila dibangkitkan kembali, tentu ia boleh menimbulkan rasa kurang selesa kerana saya isteri orang. Sedikit sebanyak, pasti suami saya juga tertanya-tanya. Dia juga sepatutnya menjaga hati tunangnya. "Memang selepas kenyataan itu keluar, ada yang meminta saya mengulas. Minta maaflah... Dulu, pasal isu saya pun dia ada bagi maklum balas. Tapi tak perlu rasanya, saya tiada kena mengena dengan dia. Cuma dalam kes ini saya harap jangan lagi kaitkan saya. Saya tak suka," katanya dipetik daripada BH Online. Hanez juga mengakui suaminya, Romie Razin Adilha Abd Rais agak cemburu, tetapi yakin rasa itu hadir kerana kasih sayang yang kuat antara mereka. Terdahulu, nama Hanez Suraya timbul apabila Awi mengeluarkan kenyataan bagaimana dia mengenali tunangnya, Atikah Suhaimie. Manurut Awi, dia mengenali gadis itu ketika masih bercinta dnegan Hanez 8 tahun lalu. - CARI
|
8
Bagus |
15
Marah |
16
Terkejut |
18
Sedih |
5
Lawak |
21
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
shailyvelera replied at 30-3-2018 12:14 PM
jap, nak tanya kain yg hanez pakai kt atas tu nmpk kaki ke camne?
virgo19 replied at 30-3-2018 04:46 AM
ok la tu awi sebut nama ko, kalau tak, takde la wartawan nak interview ko kan.. sendu je..
friedfishsoup replied at 30-3-2018 04:18 AM
ADVERTISEMENT