Umum tahu lambakan barangan berjenama terkenal dijual pada harga tinggi melambung walaupun kebanyakannya bagaikan tidak masuk akal. Bagaimana seutas jam tangan, kasut, beg tangan dan sebagainya boleh dijual pada harga puluhan ribu? Malah, ada yang ditawarkan lebih dari itu!
Dengan kejayaan drama jenayah bersiri Amerika, Assassination of Gianni Versace: American Crime Story baru-baru ini, tidak hairanlah jika kemeja T berjenama dengan slogan jenamanya menjadi kegilaan ramai sekarang! Jenama global yang terkenal dalam industri fesyen Itali itu, Versace mengeluarkan lima koleksi kemeja T baharu. Harganya? Sudah tentulah mahal gila! Koleksi itu dilancarkan sebagai sebahagian daripada koleksi musim bunga/musim panas 2018, yang direka sendiri Donatella Versace sempena memperingati ulang tahun ke-20 kematian abangnya. Koleksi yang boleh didapati dalam lima warna itu; tiga warna pastel, hitam dan putih, menjadi kegilaan ramai walaupun dijual pada harga 280 British Pound (RM1,488)! Ramai yang berebut-rebut mahu mendapatkannya termasuk model serta blogger. Malah, Orlando Bloom juga begitu teruja berswafoto sambil menggayakan kemeja T berkenaan. Lebih istimewa, ketika koleksi itu diperagakan, Versace menampilkan model yang telah lama bekerjasama dengan mereka seperti Naomi Campbell, Claudia Schiffer, Cindy Crawford, Helena Christensen dan Carla Bruni. Kalau ada yang teringin nak membeli dan rasa dia berkemampuan, bolehlah dapatkan koleksi terbaru Versace ini secara dalam talian di Versace.com, Farfetch.com, dan Net-a-Porter.com. - CARI |
4
Bagus |
25
Marah |
9
Terkejut |
7
Sedih |
13
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
kikuri replied at 30-3-2018 04:38 PM
american crime story ni macam ala ala american horror story ke ...?
dani-rox replied at 30-3-2018 08:48 PM
iya la tuh... jgn tak tau, kilang sweatshop yg jahit t shirt utk tesco dan primark adalah kilang yg ...
shernazz replied at 31-3-2018 04:26 PM
Usd1 utk.kos tshirt pun dh kira mahal
Bayangkan jual harga brapa
Donatello boleh dok maeikh 2 3 ...
dani-rox replied at 31-3-2018 08:54 PM
tu la pasal. cop jenama jah yg mahal, kualiti kain lebih kurang dgn yg jual kat pasaraya.
kosser ...
ADVERTISEMENT