CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Parasomnia, Boleh Gemuk Sebab Tak Sedar Makan Ketika Tidur

2-4-2018 11:08 AM| Diterbitkan: Cari-Ghafar| Dilihat: 3825| Komen: 12|Original author: Oleh: Ghafar Nawi

Makan adalah antara benda yang paling seronok kita lakukan. Itu sebabnya ramai rakyat Malaysia kini mempunyai penyakit obesiti yang hampir di luar kawalan. Nasib baik masih boleh dikawal, tetapi tidak untuk Kate Archibald yang menghidap penyakit makan tanpa sedar ketika tidur.


Sumber: Youtube Channel InformOverload 2
Parasomnia atau gangguan ketika tidur adalah penyakit yang dihidapi Kate yang mana ia mendorong untuk Kate tanpa sedar untuk makan (Nocturnal Eating Disorder). Gabungan dua penyakit (Parasomnia dan NED) menyebabkan berat badan Kate naik mendadak dan sukar untuk diturunkan.

Menurut gadis berusia 20-an itu, menjadi tanda tanya kepadanya mengapa berat badannya naik mendadak sedangkan dia sangat mengambil berat berkenaan apa yang dimakan. Ianya terjawab apabila suatu hari dia tersedar dari tidur dan terdapat beberapa bungkus makanan di sekelilingnya.


Tanpa Kate sedari, dia telah mengambil kalori berlebihan daripada pelbagai makanan ringan seperti bar coklat, kekacang, keropok dan bertih jagung. Ini berlaku walaupun Kate sedar yang dia sebenarnya alergi kepada kekacang. Alergi itu dapat disedari selepas dia bangun dari tidur.

Sumber: metro.co.uk
Dalam kes ini, penyakit ini berpunca dari kesan ubat yang diambil semasa kecil untuk mengurangkan sindrom kurang daya tumpuan dan hiperaktif (ADHD). Ubat ini menyekat selera makan dan akibatnya dia asyik berasa lapar.

Dr. John Winkleman, seorang pakar psikiatri di Fakulti Perubatan Universiti Harvard, Cambridge Amerika Syarikat memberitahu bahawa penyakit itu berpunca daripada masalah kesihatan seperti tekanan akibat trauma, kemurungan serta gangguan tidur.

Dr Winkleman menambah yang penyakit ini berkait rapat dengan sindrom makan waktu malam atau Nocturnal Eating Sindrome (NES) yang mana ia mempunyai perbezaan yang sangat ketara antara NES dan Parasomnia.

Sumber: thesun.co.uk
"Penyakit NES menyedari setiap tindak-tanduk dan perlakuan mereka manakala pesakit makan tanpa sedar ketika tidur berlaku di luar kawalan dan kesedaran pesakit," katanya.

Ubat-ubatan seperti topiramate boleh diambil untuk merawat gangguan itu kerana ia berfungsi di otak untuk mengurangkan rasa lapar.

Kalau dah lapar tu, macam-macam boleh jadi. -CARI
15

Bagus
7

Marah
13

Terkejut
12

Sedih
15

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (75 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote grizz 2-4-2018 11:40 AM
kne nyorok smue makanan cmni..
Quote chinta89 2-4-2018 11:42 AM
kalau mcm tu, makanan kat rumah kena buh sikit je lah.

elakkan peti sejuk penuh ngn mcm2 mknan. buh sayur2 je dlm tu.
Quote MadameOnion 2-4-2018 12:30 PM
patut la i gemok walaupun tak makan..maybe makan time tido
Quote Artemesiaa 2-4-2018 01:24 PM
Mujur kes2 sebegini jarang kita dengar berlaku kat Malaysia
Quote blewnatural 2-4-2018 03:45 PM
Mana datangnya coklat bar , jajan bagai kalau dia kata nak jaga pemakanan dia .. nak jaga diet semua . Pasni jgnlah simpan stok makanan tak sihat kat umah kalau dah tau ada pyakit mcm tu .
Quote Ayu61279 12-4-2018 04:09 PM
kena pastikan healthy food je yg perlu ada kat umah klu camni or xyah buat stok
Quote sambaldurian 14-4-2018 12:04 PM
Dh taw alergi kacang, beli mknn berkacang buat ape. Pelik2
Quote selyusi 22-4-2018 01:28 PM
"tanpa sedar ketika tidur" atau tak tidur tapi mmg tak ingat langsung..
Quote joyahglam 23-4-2018 01:50 PM
biasa aku dengar orang mengigau sebut benda bkn2 dlm tido. acik kate ni mengigau sambil mkn2 lak
Quote cassriena 25-4-2018 11:56 AM
pelik kejadian ni. kesian dia malam2 perut org lain rehat, perut dia masih memproses lagi
Quote mdhelmi 25-4-2018 04:38 PM
aku cuma terbayang org tgk movie dpn tv sambil makan pop corn
cerita bosan sampai tertidur tapi mulut masih mengunyah
Quote buapakperut 3-5-2018 02:32 PM
biarkan jela peti tu kosong. taruk jajan cakelat memang keje tawaf kat situ jela

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 08:16 AM GMT+8 , Processed in 0.188712 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top