Tular seorang wanita menunggang motosikal dengan membawa empat anak kecik bersama tanpa memakai topi keledar. Tindakan 'berani mati' wanita yang dikenali sebagai Suriani Aziera, 32 itu telah mendapat pelabagai reaksi dari netizen selepas videonya dimuat naik oleh seorang wanita yang berjumpa dengan lima beranak itu di jalan raya.
Bercakap kepada Harian Metro, Suriani menyatakan, "Memang saya sedar bahaya membawa anak naik motosikal tanpa memakai topi keledar, tetapi saya tiada pilihan lain kerana bimbang tinggalkan anak kecil di rumah tanpa pengawasan orang dewasa memandangkan suami dan anak sulung keluar bekerja." Tambahnya semasa hari kejadian, dia keluar dari rumah mereka di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Wahyu ke Masjid Saidina Umar al-Khattab, Bukit Damansara selepas solat Zuhur untuk mendapatkan bantuan keperluan makanan.
“Bekalan makanan kami sudah terputus, hendak tunggu gaji suami pada 5 April ini masih lama. Jadi, saya cuba ikhtiar mendapatkan bantuan di masjid berkenaan selepas disyorkan seorang kenalan kerana kasihan dengan anak-anak yang hanya makan nasi kosong dan mi segera untuk mengalas perut. “Saya terpaksa membawa empat anak bersama ke masjid itu kerana bimbang sesuatu yang buruk berlaku kepada anak kecil memandangkan rumah kami di tingkat 14 dan kebetulan ada tingkap terbuka yang belum mampu kami gantikan dengan cermin baru.” Dia juga bukan berniat untuk meraih simpati dengan cara ini( menjadi tular), sebaliknya segalanya adalah hanya kebetulan. “Ada juga mengecam saya kerana tidak mempedulikan keselamatan anak, namun saya diamkan saja kerana mereka tidak tahu kedudukan sebenar. “Jika tidak terdesak, saya tidak akan pergi meminta bantuan kerana ini kali pertama dalam hidup saya lakukan perkara seumpama itu. Tetapi demi keselesaan anak-anak, saya tebalkan muka dan tanggung risiko ini." Difahamkan suaminya bekerja sebagai kelindan lori dengan pendapatan RM800 sebualan. Orang ramai yang bersimpati dan mahu meringankan beban lapan beranak terbabit boleh menghulurkan sumbangan ke akaun Bank Rakyat 220071504200 atas nama Suriani Aziera Shahril. -CARI
|
4
Bagus |
6
Marah |
10
Terkejut |
19
Sedih |
14
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
batmana replied at 1-4-2018 12:10 PM
jap lagi ada la acik2 bwang yg mengencap, wt pe anak ramai, dh tau susah, nyusahkn
dia igt, org2 ...
harkktuih replied at 1-4-2018 01:05 PM
Revise la bantuan zakat tu..350 sebulan dizaman gini mmg x cukup..
ADVERTISEMENT