Ramai yang mengimpikan untuk mempunyai kerjaya sebagai pramugari dan pramugara atau lebih mudah dipanggil kru kabin kerana berpeluang terbang ke negara orang selain pulangan gaji yang agak lumayan. Kebiasaannya, temuduga terbuka akan dilakukan oleh syarikat penerbangan untuk melihat calon-calon yang layak mendapat tawaran kerja ini, tetapi berlainan dengan apa yang dilakukan oleh CEO AirAsia, Tony Fernandes apabila menyatakan dia akan mencari seorang kru kabin lelaki dan wanita daripada mereka yang tag beliau di post instagram.
Posting berkenaan mendapat perhatian ramai netizen yang ingin mencuba nasib untuk mendapatkan peluang kerjaya di langit biru itu. Apa yang perlu dilakukan hanyalah tag Tony Fernandes pada video tentang diri sendiri di Instagram anda. Lebih menarik, jika terpilih, sesi temu duga khas akan dijalankan oleh Tony Fernandes sendiri. Posting IG tersebut mendapat perhatian daripada ramai netizen dan masing-masing berusaha untuk mendapatkan perhatian daripada CEO AirAsia itu sendiri. Hebat, kan?! Boleh dikatakan, AirAsia adalah syarikat penerbangan pertama di dunia yang mencari kru kabin dengan cara sebegini. Pada mereka yang mencuba nasib, kami doakan anda berjaya. Jangan lupa payung tiket kapal terbang satu untuk kami. - CARI |
29
Bagus |
32
Marah |
26
Terkejut |
28
Sedih |
29
Lawak |
36
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
prettyuglybabe replied at 2-4-2018 04:30 PM
pastu kat ig punya lawa..
sekali datang interview serupa nyonya sayur..
ADVERTISEMENT