CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Pisang Goreng Terbaik, Pergi Brickfields Wajib Singgah Gerai Uncle Chiam

3-4-2018 11:16 AM| Diterbitkan: Cari-Nora| Dilihat: 11282| Komen: 28|Original author: Oleh: Diba S.

Memang sedap kalau dapat kunyah goreng pisang rangup petang-petang.Jika anda berada di Brickfields, pastikan anda cari gerai pisang goreng Uncle Chiam. 

Foto:FriedChillies
Ia telah beroperasi lebih 30 tahun dan hanya menjual 4 jenis kuih di gerai mereka. 

Menu:-
Pisang Raja - RM 1.40
Bola Bijan - RM 1.40
Kuih Bakul - RM 1.40
Karipap - RM 1.60


Foto:Pinterest
Menariknya, Uncle Chiam tidak memotong atau menggunakan separuh pisang tetapi seluruh isi pisang Raja. Setiap hari dia menyediakan 30kg pisang untuk memenuhi selera pelanggan yang datang tak kira cuaca, panas mahupun hujan. 

Uncle Chiam hanya menggunakan pisang Raja dan ianya agak susah untuk dijumpai. Dia mendapatkan pisang ini dari sebuah ladang di Pahang. 

Foto:VKeong
Selain goreng pisang, Uncle Chiam juga menjual karipap, bola bijan dan juga kuih bakul. Seperti pisang goreng, kesemua kuih Uncle Chiam datang dalam saiz yang memuaskan. 

Foto: Seeties
Kuih-muih Uncle Chiam juga boleh dipesan awal jika anda ingin mengadakan majlis-majlis tertentu. Sudah tentu kuih-muih Uncle Chiam cepat laris dan jika anda berkesempatan, datanglah sebelum pukul 3 petang kerana kebiasaannya selepas waktu ini kebanyakannya habis dijual. 

Lokasi:
Mr Chiam's Pisang Goreng 
Bertentangan YMCA
Jalan Tun Sambanthan, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur.
Masa operasi: 12.30pm – 6pm (ditutup kadangkala pada hari Isnin)
Tel: 012-617 2511
-CARI
6

Bagus
5

Marah
11

Terkejut
17

Sedih
20

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (67 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote amyza 3-4-2018 11:33 AM
Rasanye gerai dia dekat selekoh traffic light tu kot. Blom penah mkn, nanti nak try singgah.
Quote mizruncing 3-4-2018 12:13 PM
nk try tp cina plak yg jual. bkn racist just ragu2 je
Quote barfi 3-4-2018 12:18 PM
Boleh ke makan yg cina jual??
Quote drivethru 3-4-2018 12:24 PM
Kuih bola bijan tu kuih bom ke?

Quote Usa.Gi 3-4-2018 01:58 PM
@Cari-Nora dah try ke? uncle guna minyak apa? nak p beli  nihh..
Quote chicozinn 3-4-2018 02:41 PM
haah, pakcik ni goreng guna minyak pe?was2 lak tapi pisang raja sedap tu..
Quote malutapimahu 3-4-2018 02:51 PM
kuih bakul dia terbaik.. iols beli ja makan tanpa was2 ahahahah
Quote te_peng 3-4-2018 06:24 PM
mencari yang halal itu satu kefarduan
Quote giyomi 3-4-2018 07:02 PM
takan lah dia nak goreng pakai minyak babi, uol ni pon, agak2 lar...tp akak ttp tak beli sebab harga nya ya ampun mahal lgpon jarang gi brickfield.
Quote chazey 3-4-2018 10:14 PM
Uncle tu goreng guna minyak babi. Tu yang sedap.

Quote chazey 3-4-2018 10:15 PM
barfi replied at 3-4-2018 12:18 PM
Boleh ke makan yg cina jual??

If bersih, why not? Daripada Melayu jual tapi serabai selekeh pengotor jah si penjual?
Quote AyaqMeloSuam 3-4-2018 10:20 PM
#BukanSemuaOK
Ada 1 makcik ni dekat area Pudu.. grg pisang dia mmg sedap.. sedap gilalah... kira mcm mak2 kita punya tepong gorengan tu.. bukan yg crispy2 eh...bnyk serdak.. pastu kuih keria dia mmg marvelos.. 1 lgi vadey dia sedapp.... karipap dia pn ya ampunn..  semua dia grg on da spot la... skali aku mmborong rm20 xlari la....
tp 1 hari aku tersinggah awal & aku ternmpk apa yg x spttnya aku tgk la..
Pastu teruih aku banned itu makcik...
Huh...mau Cancer aku lelama mkn..
Quote missDollie 4-4-2018 12:31 AM
AyaqMeloSuam replied at 3-4-2018 02:20 PM
#BukanSemuaOK
Ada 1 makcik ni dekat area Pudu.. grg pisang dia mmg sedap.. sedap gilalah... kira mc ...

Cepat la sambung sisss ape yang sis nampak..pegi topup bawang pls..jangan membawang sekerat2..
Quote mamacute1 4-4-2018 08:14 AM
AyaqMeloSuam replied at 3-4-2018 10:20 PM
#BukanSemuaOK
Ada 1 makcik ni dekat area Pudu.. grg pisang dia mmg sedap.. sedap gilalah... kira mc ...

mesti dia goreng pakai plastik kan mcm org indon goreng nak bagi minyak dia tahan lama..
Quote dekmieDandy 4-4-2018 08:54 AM
ni pisang goreng tepung adabi kan?

dekat2 ngan rumah iolls pon ada

memang sedap
Quote dewi_rina 4-4-2018 12:22 PM
Harga yang tertera tu umtuk sebiji kuih ke?

Quote ira_229 4-4-2018 01:17 PM
ni sama dgn pisang old chang kee & pisang goreng halal yg dijual oleh bangsa cina ditempat i...tak suka sebab minyak dia kat tepung rasa cepat muak...i prefer pisang goreng biasa yg banyak kerak tu..
Quote AyaqMeloSuam 5-4-2018 03:54 PM
missDollie replied at 4-4-2018 12:31 AM
Cepat la sambung sisss ape yang sis nampak..pegi topup bawang pls..jangan membawang sekerat2..

Makcik tu slow2 lepaskan plastik minyak dlm minyak panas tu..fuhhh
Quote puteralilin 5-4-2018 04:57 PM
kt area umah aku dulu ada makcik indon jual goreng pisang cheese, sedap gak la satu hari tu aku tgk dia tambah minyak , dia amik minyak masak dlm plastik tu dia celup je bahagian bawah plastik tu dlm minyak panas mudah dan cepat je kerja dia, start dari tu terus aku pancung kedai dia, sekarang dh tutup, dh mereput kut makcik tu....

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 09:11 AM GMT+8 , Processed in 0.044108 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top