Nasi lemak rendang ayam? Fuh, sedap tu! Memang terliur apabila memikirkannya terutama jika perut sedang kosong meminta diisi. Bagaimanapun, gara-gara mempersembahkan Nasi Lemak Ayam Rendang, peserta MasterChef UK Zaliha Kadir Olpin tersingkir dari siri baru pada peringkat suku akhir kerana menurut juri, ayam rendang yang dihidangkan tidak rangup.
Keputusan menyingkirkan Zaliha itu dibuat juri John Torode dan Gregg Wallace yang tidak berpuas hati dengan hidangan disediakn Zaliha. "Kulit ayam tidak rangup, ianya tidak boleh dimakan," ujar Gregg yang menyifatkan keputusan Zaliha memilih hidangan berkenaan sebagai satu kesilapan besar. Zaliha bagaimanapun, menerusi Instagramnya menegaskan dia tidak akan mengubah cara memasak makanan tradisi nasi lemak walaupun kecewa dengan keputusan itu. Keputusan menyingkirkan Zaliha dengan alasan yang dianggap tidak munasabah itu mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia. John Torode tidak menghormati budaya bangsa lain! "Kenapa tidak mengaku salah saja? Nampak sangat tidak mengambil tahu mengenai variasi makanan tradisi negara lain," komen netizen. Kritikan netizen mendapat perhatian John yang kemudian menulis sebuah posting di Twitternya. Bagaimanapun, posting berkenaan turut dikecam pengguna Twitter lain yang menyifatkan John kurang pengetahuan tentang masakan dari Asia. Mungkin rendang berasal dari Indonesia! Namaste Isu ini telah membawa masyarakat Indonesia dan Malaysia bergabung mempertahankan 'kebenaran rendang'! Demi rendang, Nusantara bergabung! Isu ini bukan sahaja mendapat perhatian netien, malah ia turut membuat beberapa selebriti berasa marah dengan kenyataan John mengenai rendang berkenaan. Siapa setuju nak suruh John Torode dan Gregg Wallace cuba masak rendang ayam yang rangup dan garing atau sup ayam dengan mengekalkan kerangupan kulitnya? - CARI |
11
Bagus |
15
Marah |
13
Terkejut |
14
Sedih |
22
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
CiliPadiSedap replied at 3-4-2018 12:32 PM
jangan sampai hairul azreen masak rendang
ADVERTISEMENT