Aktres Smallville, Allison Mack dituduh sebagai orang kuat kepada pemimpin sebuah kumpulan didakwa 'kultus seks' New York.
Ketua gerakan itu, Keith Raniere ditahan di Mexico dan dituduh menyimpan wanita untuk dijadikan hamba seks. Wartawan Frank Parlato yang pernah mendedahkan aktiviti gerakan berkenaan mendakwa, Allison yang memegang watak sebagai Chloe Sullivan dalam filem spin-off Superman merekrut wanita lain untuk kultus NXIVM itu yang mengamalkan sistem 'tuan dan hamba'. Frank mendakwa, Allison dan bintang gandingannya, Kristin Kreuk mula terlibat ketika mereka menghadiri sebuah seminar dijalankan Keith sendiri.
"Mereka menggunakan Allison sama seperti Kristen, sebagai tarikan untuk membawa wanita lain kerana status selebriti mereka," katanya kepada New York Post. Bagaimanapun, Kristen yang memegang watak Lana Lang memilih untuk keluar dari kultus itu, manakala Allison, 35, kekal bersama Keith. Malah, Allison mencadangkan mereka menanda mangsa dengan menyelar kulit mereka menggunakan besi panas berhampiran kemaluan mereka. Frank percaya Allison akan menjadi orang seterusnya yang akan ditangkap. "Dia bermula sebagai hamba dan kini dia menjadi 'tuan hamba'. Dia juga memiliki nama gelaran dalam kultus itu iaitu ‘Pimp Mack'," tulisnya dalam artvoice.com. Menurut jurucakap Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Keith Raniere, 57, dituduh menyalahgunakan kuasa dan menyifatkan tindakannya sebagai jenayah berat terhadap manusia serta berdepan tuduhan pemerdagangan seks. Difahamkan, Keith mendakwa semua 'hamba' dikehendaki melakukan hubungan seks dengannya dan mengugut untuk menyebarkan maklumat peribadi jika mangsa enggan melakukannya. Pihak berkuasa mula menjalankan siasatan selepas beberapa wanita tampil membuat laporan berhubung Nxivm yang mendakwa beroperasi sebagai bengkel bantu diri yang membuat ahlinya kerugian beribu-ribu dolar. Menurut laporan, ahli kumpulan terdiri daripada waris dan aktres yang kaya. Keith berdepan penjara seumur hidup jika sabit kesalahan. - CARI
|
8
Bagus |
13
Marah |
10
Terkejut |
16
Sedih |
9
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
capiloton replied at 3-4-2018 10:45 PM
ohws kristin kreuk. my crush masa moda2 dulu.
spiderman80 replied at 3-4-2018 10:50 PM
Dia tu Indon kan?
capiloton replied at 3-4-2018 10:52 PM
buat keje ko tu spidey.
kang aku rampas takhta nanti.
spiderman80 replied at 3-4-2018 10:50 PM
Dia tu Indon kan?
ultra78 replied at 3-4-2018 10:58 PM
Ya.Belah mak dia orang cina indonesia
ADVERTISEMENT