Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka mengumumkan pembubaran Parlimen pada Jumaat ini, lapor Harian Metro. Ia juga dipercayai bahawa Mesyuarat Kabinet pada Jumaat ini adalah yang terakhir sebelum Parlimen dibubar bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) diadakan.
Menurut sumber, Najib berkemungkinan besar membuat pengumuman itu selepas solat Jumaat. “Jumaat ini Perdana Menteri dijangka umum pembubaran Parlimen. Kita agak sibuk sikit minggu ini. Kita tunggu,” kata sumber di Dewan Rakyat, semalam. Menurut laporan, Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan Manifesto PRU14 di Axiata Arena Bukit Jalil pada jam 8 malam Sabtu ini.
Sementara itu, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata, sidang Dewan Rakyat akan ditangguhkan pada Khamis ini manakala mesyuarat Kabinet pula ditunda ke Jumaat, dan BN pula akan melancarkan manifestonya pada hari berikutnya menguatkan lagi spekulasi pembubaran itu. "Lagi senang untuk meneka, saya rasa kanak-kanak sekolah boleh memikirkannya," katanya seperti dipetik Malaysia Kini. Dalam masa sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan juga memiliki pandangan sama. - CARI
|
11
Bagus |
11
Marah |
8
Terkejut |
11
Sedih |
14
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
saviour_09 replied at 3-4-2018 08:40 AM
dengar2 ada choki-choki utk org gomen esok
dengar2 la
ntah iya ntah tak
sufi^_^ replied at 3-4-2018 05:10 PM
Kalau dah askar wataniah, polis simpanan,warga felda, warga risda semua ada habuan,
takkan orang ...
sepiITUindah replied at 3-4-2018 05:34 PM
tak ade konsert k-pop ker tahun ni
OrenTheReturn replied at 3-4-2018 04:41 PM
Good bye pemerintahann Barisan Nasonal
sepiITUindah replied at 3-4-2018 05:34 PM
tak ade konsert k-pop ker tahun ni
dcruins replied at 3-4-2018 02:59 PM
Raya sebelum Raya....
ADVERTISEMENT